
Tahniah kepada Ain Edruce yang berkongsi berita gembira bakal menimang anak lelaki tidak lama lagi.
Ain berkongsi jantina bayinya itu menerusi Instagram ketika menitipkan ucapan bersempena sambutan ulang tahun perkahwinannya bersama suami.
“Apa-apa pun baby baharu adalah seorang lelaki.
“Semoga awak bahagia sekarang kerana mungkin drama akan berkurangan di rumah. Sama-sama kita doakan,” kongsinya.
Ain sebelum ini merahsiakan jantina bayi keduanya namun membuat pengumuman itu ketika anniversarynya bersama suami.
“Selamat ulang tahun perkahwinan. Saya sayang awak.
“Selamat ulang tahun perkahwinan. Dah berapa tahun dah. Lupalah tapi rasa macam lamalah. Ke belum lama lagi,” katanya berseloroh.
Terdahulu, Ain dan Amirul mendirikan rumah tangga pada 2019 dan dikurniakan dengan seorang cahaya mata, Soraya yang kini berusia empat tahun.
Bapa Ni Biasakan Anak Permudahkan Kerja Orang Lain! Terbaik Kesannya.

Mendidik anak untuk melakukan perkara yang baik perlu dibiasakan sejak mereka kecil lagi. Dan menjadi tanggungjawab kita juga sebagai ibu bapa memberi tauladan untuk dijadikan contoh buat anak-anak.
Ini sebagaimana yang dilakukan oleh penceramah Firdaus Wong dalam mendidik anak-anaknya tentang perihal permudahkan urusan orang lain. Jom ketahui apa yang dilakukannya.
Saya menjadikan satu kebiasaan untuk anak-anak saya iaitu apabila kami makan di luar, akan kami kumpulkan sisa makanan dan bersihkan meja bagi memudahkan pekerja untuk membersihkannya.
Pada awalnya mereka pernah bertanya: “Kenapa kita mak bersihkan semua ni Daddy? Kan kita dah bayar dan pekerja akan bersihkan nanti?”
Well, soalan mereka ini valid cuma saya terangkan; “Ya betul kita dah bayar dan akan ada orang akan bersihkan cuma sebagai Muslim kita dididik untuk memudahkan urusan orang lain dan apa salahnya kita bantu bersihkan sedikit untuk mudahkan pekerja membersihkannya nanti?
Nabi Sallalahu Alaihi Wasalam juga pernah sebut kalau kita mudahkan urusan orang di dunia, Allah mudahkan urusan kita di akhirat. Tambahan pula orang akan nampak kita sebagai Muslim ini pembersih dan suka membantu orang lain.”
Hari ini selepas mereka selesai makan, mereka pula kemas sendiri sambil berkata kepada saya; “Kan Daddy kata kita mudahkan urusan orang lain jadi kita bersihkanlah untuk mudahkan urusan orang lain. Kitakan Muslim.”
Alhamdulilah.. Mereka semakin faham. Moga usaha kita yang sedikit tetapi istiqomah ini akan membuahkan hasil dengan akhlak yang baik pada generasi akan datang. Allahuma Ameen. Mungkin sahabat semua juga boleh melakukannya bersama anak-anak nanti tetapi mulakan dengan diri kita sebagai orang dewasa ya…
Sumber : Firdaus Wong Wai Hung
“Dulu Mungkin Boleh Main Sama-sama. Sekarang Dah Besar Jangan Dibuat Main.” Kena Jaga Aurat!

Sedar atau tidak, sebenarnya bab aurat antara sepupu sepapat tetap perlu dijaga. Namun ada juga yang ambil mudah, konon katanya sudah seperti adik beradik.
Bahkan ada sesetengah pasangan buat endah tak endah tentang aurat bila bersama ipar duai. Mungkin juga dek kerana tidak faham tentang batas-batas aurat.
Lantaran itu, jom kita baca perkongsian daripada Ustaz Farid Rashidi untuk menambah ilmu pengetahuan agama berkaitan aurat.
Selalu perasan, ada pasangan yang buat endah tak endah tentang aurat bila bersama ipar duai, atau dengan sepupu.
Sedangkan ipar duai atau sepupu itu auratnya tetap sama sebagaimana orang luar lain. Yelah, tahulah dulu main tuju tin, pondok-pondok, batu selambut, main sorok sama-sama.
Walaupun kenal sejak zaman kanak-kanak lagi, bila baligh hukumnya tetaplah haram dedahkan aurat.
Dulu mungkin boleh main sama-sama. Sekarang dah besar jangan dibuat main. Lain jadinya nanti.
Ada hadis menyebutkan:
إِيَّاكُمْ وَالدُّخُولَ عَلَى النِّسَاءِ فَقَالَ رَجُلٌ مِنَ الأَنْصَارِ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَفَرَأَيْتَ الْحَمْوَ . قَالَ الْحَمْوُ الْمَوْتُ
Dari Uqbah bin Amir katanya: Rasulullah SAW sesungguhnya telah bersabda: “Jauhilah olehmu sekalian masuk ke tempat para wanita”.
Lalu seorang sahabat Ansar bertanya: “Bagaimana pendapat baginda tentang ipar?”
Rasulullah SAW menjawab: “Ipar itu maut”. [Hadis Riwayat Bukhari no. 5232 dan Muslim no. 2172]
Apa yang dimaksudkan dengan ipar itu ‘maut’?
Maksudnya, kena lebih berhati-hati bila bersama ipar duai sebab kita selalu berjumpa, bergaul, berbual dan dibimbangi yang biasa itu jadi luar biasa. Nah, itu juga jalan menuju zina jika tak dipelihara betul-betul.
Jadi, berpesan-pesanlah pada mereka yang tak tahu, atau yang buat-buat tak tahu atau lupa. Ingatkan, semoga tak terpalit dosa ya.
Sumber : Ustaz Farid Rashidi
Amalkan Doa Ini, Supaya Suami Kekal Kasih Sayang Pada Isteri

Isi Kandungan
ToggleBenar, jodoh dan perpisahan itu adalah ketentuan Ilahi. Tidak salah untuk kita berikhtiar untuk memastikan kebahagiaan yang berkekalan. Sudah tentu perkara yang menakutkan adalah perpisahan akibat pergolakkan dalam rumahtangga. Justeru, selain memberi layanan yang baik kepada suami, titipkan doa buat suami supaya suami setia dan sayang kepada isteri.
Bagi isteri yang khuatir suami mereka tidak berlaku jujur dan tidak setia kepada anda, bolehlah amalkan petua dan amalan doa ini. Insyaallah si suami akan lebih jujur kepada isteri dan setia dengan limpah kasih sayang.
1. Doa agar suami tidak berlaku curang
Ketika suami sedang tidur atau suami sedang beristirehat, pujilah suami anda. Usap dan belailah rambutnya atau wajahnya sambil membaca Surah Yusuf Ayat ke empat. Ambil ayat yang pengakhiran sahaja.
Rumi : inni ro aitu ahada ‘asharo kaukaban wash-shamsa walqomaro ro-aituhum lisajidin
Maksudnya : “Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku”.
Kalau boleh tiup di muka suami, tiup terus. Tapi janganlah sampai exaggerate sehingga suami hairan pula ya.
2. Doa agar suami sentiasa jujur dan tidak berahsia
Sama juga seperti di no 1, anda bolehlah mengusap atau membelai suami anda sambil membacakan Surah Taha ayat ke tiga puluh sembilan (39). Tapi ambil ayat yang hujung sahaja.
Rumi : wa alqaitu ‘alaika mahabbatammini walitusna’a a’laa ‘ain
Maksudnya : Dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu.
Boleh juga cuba tiupkan pada suami atau minuman suami. Juga boleh diamalkan ketika memasak atau menyediakan pakaian kepada suami.
3. Doa agar suami tidak ada niat untuk berkahwin lagi satu
Antara tips lain untuk melembutkan hati suami ialah tawarkan diri untuk mengurut mereka. Siapa tidak suka diurut kan? Kalau anda tawar untuk memberikan masaj di tengkuk, di leher, belakang badan atau lain-lain, pasti suami tidak akan menolak. Pada ketika ini, bacalah Surah Ali Imran ayat ke 31 ini.
Rumi : qul inkuntum tuhibbu nallaha fattabi’u ni yuhbib kumullahu wa yaghfir lakum zunubikum wallahu ghafururrahim
Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Baca ayat ini sambil mengusap-ngusap tubuh suami. Insyaallah hati suami akan lembut dan bertambah kasih sayangnya kepada anda. Kalau anda tak jampi ayat ini pada suami pun, penulis amat yakin suami anda tak akan cari calon isteri baru kalau setiap hari anda urut badan mereka.
4. Doa agar suami setia
Amalkan doa ini selepas solat fardhu harian. Ayat ini bukan untuk jampi pada suami, tapi untuk diri anda sendiri. Amalkannya setiap hari Insyaallah menemui kejayaan.
Rumi : Ya aiyuhallazi na amanusbiru wa sobiru wa robithu wattaqullaha la’allakum tuflihun
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).
Moga perkahwinan kekal bahagia hingga akhir hayat.
Sumber: iluminasi.com