Aida Khalida atau nama sebenarnya, Khalidah Adibah Ahmad, 63, sering saja muncul dalam drama tempatan dan kini wajahnya dapat ditonton menerusi drama bersiri, Terima Kasih Cinta di slot Akasia memegang watak Ummi.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Jika dilihat meskipun telah berpuluh-puluh tahun menjadi anak seni, bakat lakonan pelakon veteran ini masih mendapat perhatian dan siapa sangka, dalam usia lewat 60an namanya tetap gah di dunia seni tanah air.
“Alhamdulillah, rezeki tak putus, rasanya sebab berkat. Bila kita jujur, amanah dan bertanggungjawab, serta menjaga pergaulan, insya-Allah, orang selesa untuk bekerja dengan kita. Itu semua kena ambil kira juga dan paling penting kena jaga adab dan masa,” katanya berkongsi rahsia tentang rezeki yang tak putus-putus.
Walaupun sering diberi watak seorang ibu, Aida tak pernah merungut kerana sebagai pelakon, beliau sentiasa berusaha untuk mempelbagaikan karakter seorang ibu berdasarkan jalan cerita yang diberikan.
Nenek Lima Cucu
Tidak menjadikan hidup solo tanpa suami sebagai kekurangan, jadual harian Aida tidak hanya diisi dengan tugas di set penggambaran. Bahkan jika tiada shooting, aktres ini selesa mengisi masa dengan membaca Al-Quran atau menghadiri majlis ilmu.
Apa yang pasti, penghijrahan Aida ke arah kebaikan sekitar tahun 2008 banyak mengubah gaya hidupnya hari ini. Dalam usia 65 tahun, keanggunan Aida tetap terserlah dan cantik dalam kelasnya yang tersendiri.
Meskipun bila ditatap wajahnya, jelas kelihatan kedutan halus namun pesona dan aura Aida tidak pernah luntur. Berkongsi amalan kecantikan, siapa sangka Aida yang juga merupakan nenek kepada lima orang cucu ini mendedahkan dia menitikberatkan soal pemakanan menerusi sebuah portal.
“Saya kurangkan makan. Kadang-kadang berselera cuma saya pastikan makan dalam portion yang kecil lebih kurang satu senduk nasi saja dan akan makan ulang-ulang (bila lapar).
“Saya juga banyakkan sayur-sayuran dan buah-buahan. Malah setiap kali lepas makan, saya amalkan minuman detoks. Dua sudu besar apple cider dicampur dengan segelas air,” ujarnya yang turut melakukan rutin senaman seperti sit up dan push up dalam tiga kali seminggu. Selain brisk walk demi menjaga kecergasan tubuh badan.
Sumber : Ig @aidakhalida11, Bebas News & Nona