Aida Khalida cantik semula jadi, usia lewat 60an pun masih nampak anggun. Aida Khalida dikenali dengan bakat lakonannya yang memukau dan karisma yang memikat. Di sebalik kemasyhurannya, Aida Khaleda dikenali sebagai seorang yang rendah diri dan bersahaja.

Aida Khalida Cantik Semula Jadi, Usia Lewat 60an Pun Masih Nampak Cantik & Anggun

Siapa sangka, dalam usia lewat 60an namanya tetap utuh di persada seni. Cukup sinonim menjayakan watak ibu, pemilik nama sebenar, Khalidah Adibah Ahmad ini kini meniti usia 67 tahun. Cukup berdisiplin dalam karier, jelitawan ini bukan hanya ibu kepada dua anak malah sudah pun bergelar nenek.

Aida Khalida Cantik Semula Jadi, Usia Lewat 60an Pun Masih Nampak Anggun

 

Aida Khalida Cantik Semula Jadi, Usia Lewat 60an Pun Masih Nampak Anggun

 

Aida Khalida Cantik Semula Jadi, Usia Lewat 60an Pun Masih Nampak Anggun

Jadual harian Aida tidak hanya diisi dengan tugas di set penggambaran. Jika tiada shooting, aktres ini mengisi masa dengan membaca Al-Quran atau menghadiri majlis ilmu.

Ads

Apa yang pasti, penghijrahan Aida ke arah kebaikan sekitar tahun 2008 banyak mengubah gaya hidupnya hari ini.

Dalam usia 67 tahun, keanggunan Aida tetap terserlah dan cantik dalam kelas tersendiri. Paling penting tanpa botox atau pembedahan muka.

Meski jelas kelihatan kedutan halus di raut wajah, pesona dan aura Aida tidak pernah luntur. Berkongsi amalan kecantikan, Aida menerusi sebuah portal mendedahkan dia menitikberatkan soal pemakanan.

Aida Khalida Cantik Semula Jadi, Usia Lewat 60an Pun Masih Nampak Anggun

 

Aida Khalida Cantik Semula Jadi, Usia Lewat 60an Pun Masih Nampak Anggun

Ads

 

Aida Khalida Cantik Semula Jadi, Usia Lewat 60an Pun Masih Nampak Anggun

“Saya kurangkan makan. Kadang-kadang berselera cuma saya pastikan makan dalam portion yang kecil lebih kurang satu senduk nasi saja dan akan makan ulang-ulang (bila lapar).

“Saya juga banyakkan sayur-sayuran dan buah-buahan. Malah setiap kali lepas makan, saya amalkan minuman detoks. Dua sudu besar apple cider dicampur dengan segelas air.”

Seiring pertambahan usia, Aida turut melakukan rutin senaman seperti sit up dan push up dalam tiga kali seminggu. Selain brisk walk demi menjaga kecergasan tubuh badan.

Sumber: Instagram Aida Khalida

Ads

Baca artikel lain juga: Tetap Anggun Di Usia 66 Tahun, Aida Khalida Kongsi Amalan Dan Petua Yang Dilakukan Untuk Kekal Cantik Dan Sihat

Aida Khalida, Nenek Kepada Lima Cucu Tetap Anggun. Kekal Berlakon Di Usia 65 Tahun Tarik Perhatian!

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI