Bebanan dan kesusahan hidup yang ditanggung akibat setahun berperang dengan pandemik Covid-19, kini semakin ramai terjejas teruk dari segi sumber pendapatan. Ada yang terpaksa mengikat perut dek kerana hendak makan pun terasa susah. Lantaran itu, ada keluarga yang terpaksa meminjam wang pada keluarga terdekat untuk membeli barang dapur, ada juga yang meminjam beras dari jiran bahkan ramai juga telah diusir dari rumah sewa kerana gagal membayar duit bulanan. Semua ini cukup memeritkan untuk ditanggung.
Pun begitu, bila ada bantuan yang diberikan oleh kerajaan sebagaimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri Mahiaddin Yassin baru-baru ini, dapatlah menarik nafas lega. Antaranya bantuan yang boleh dimanfaatkan adalah bilamana KWSP akan membenarkan penyimpan untuk melakukan pengeluaran melalui program pengeluaran baharu iaitu i-Citra.
Katanya, pengeluaran dibenarkan sehingga RM5,000 dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan untuk lima bulan, tertakluk kepada jumlah simpanan ahli.
Ahli boleh mula memohon kemudahan pengeluaran di portal i-Citra bermula 15 Julai 2021 dengan pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan ke akaun ahli pada Ogos 2021.
Program itu bagi meringankan beban seramai 12.6 juta yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
APAKAH I-CITRA KWSP?
Pengeluaran i-Citra diperkenalkan untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan akibat PKP bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka.
Semua ahli di bawah umur 55 tahun layak untuk memohon i-Citra, yang membolehkan mereka mengeluarkan sehingga maksimum RM5,000 tertakluk kepada jumlah baki di kedua-dua Akaun 1 dan 2.
Bayaran sebanyak RM1000 sebulan untuk tempoh sehingga 5 bulan tertakluk kepada baki simpanan atau minimum RM50.
Ads
SYARAT KELAYAKAN
Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap; dan;
Simpanan minimum RM100 perlu dikekalkan dalam Akaun 1 agar dapat mengekalkan status sebagai ahli KWSP serta layak untuk mendapat manfaat yang berkenaan. (Manfaat Bantuan Kematian & Bantuan Hilang Upaya)
JUMLAH / AMAUN PENGELUARAN YANG BOLEH DIKELUARKAN
Jumlah pengeluaran yang diluluskan akan dibayar untuk tempoh sehingga lima bulan dengan bayaran bulanan sebanyak RM1000 sebulan tertakluk kepada baki simpanan atau minimum RM50.
Berikut syarat terperinci:
-Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM5,000.
-Bayaran bulanan akan dibuat sehingga lima (5) bulan.
-Bayaran yang ditetapkan adalah RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan.
-Bayaran minimum adalah RM50
-Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1
-Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang akan datang (jika ada)
TARIKH PERMOHONAN
Permohonan boleh dibuat mulai 15 Julai 2021 hingga 30 September 2021.
CARA PERMOHONAN I-CITRA KWSP
Ahli boleh mula memohon kemudahan tersebut di portal dalam talian i-Citra di icitra.kwsp.gov.my mulai 15 Julai 2021, dengan pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan dalam akaun ahli pada bulan Ogos 2021.
Ads
Nombor telefon bimbit yang telah dikemas kini untuk menerima Transaction Authorisation Code (TAC) dan akaun bank peribadi aktif diperlukan untuk memudahkan proses permohonan.
TARIKH PEMBAYARAN DIBUAT
Bayaran sebanyak RM1000 sebulan untuk tempoh sehingga 5 bulan tertakluk kepada baki simpanan atau minimum RM50.
Bayaran bagi permohonan yang dibuat pada bulan Julai dijangka dibayar bermula bulan Ogos 2021.
Selain itu, Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi terus dilaksanakan untuk memberi manfaat kepada yang terkesan akibat Covid-19 ini dan ini ringkasannya untuk memudahkan anda.
Ads
1. BPR sehingga RM500 pada bulan Julai. Bayaran dimulakan secara berperingkat mulai 29 Jun. BPR fasa ketiga dengan kadar bantuan antara RM100 hingga RM1,400 akan dibayar pada bulan September nanti.
2. GKP 3.0 : RM500 pada bulan Julai 2021
3. GKP 4.0 : RM500 pada September 2021 dan RM500 pada November 2021
4. Program i-Citra dibuka pada 15 Julai 2021 nanti
5. Moratorium 6 bulan, boleh mohon dan kelulusan akan diberikan secara automatik.
Bila melihat anak muda yang berjaya dan dapat mencipta nama, kita sebagai ibu bapa turut terinpirasi untuk mendorong anak-anak kita juga agar dapat mencipta kejayaan buat diri mereka suatu hari nanti.
Seperti apa yang dibuktikan oleh Juara Qariah Tilawah peringkat antarabangsa, Nor Farhatul Fairuzah Panut dan juga merupakan penuntut jurusan al-Quran dan Sunnah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini.
Baru sahaja berusia 21 tahun dan menjadi antara sembilan individu yang dilantik sebagai Ikon Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) 2021-2022 sekali gus menjadikan dirinya ikon paling muda!
Melalui perlantikan ini, Nor Farhatul Fairuzah atau mesra membahasakan dirinya Farha menyifatkan sebagai satu amanah dan menerimanya dengan hati terbuka.
Berkongsi momen menerima watikah tersebut, Farha berkongsi beberapa keping gambar di akaun instagram miliknya serta mohon didoakan agar menjadi orang yang lebih baik dan dapat berkongsi manfaat dan kebaikan buat semua.
Alhamdulillah selesai program pagi tadi, atas lantikan ikon YaYasan Dakwah Islam Malaysia , rasa tak layak diri ini sebab ramai lagi yg lebih hebat dan layak utk menyandang perlantikan ini🤲🏻 doakan farha smoga menjadi orang yg lebih baik.. dan dapat berkongsi manfaat dan kebaikan buat semua💕
.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet mengucapkan tahniah di atas lantikan tersebut dan tumpang berasa bangga dengan pencapaiannya.
Bila bercakap tentang Gout, lazim kita membayangkan keadaan di mana ibu jari kaki akan menjadi merah, panas, bengkak dan dikatakan ianya tersangat sakit. Gout juga boleh menyerang di bahagian sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.
Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman. Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan. Rasa sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
Lantaran itu, selain mengamalkan ubat-ubatan yang dibekalkan oleh doktor, anda juga bolehlah mengamalkan beberapa petua yang dikongsikan ini sebagai usaha dalam mengurangkan kesakitan yang ditanggung dan sekali gus diharapkan sembuh daripada penyakit tersebut.
Ramuan Ubat Herba Untuk Gout
Salah satu caranya anda boleh amalkan minum air kisaran nanas. Nak tahu detail bahan-bahan dan cara penyediaannya, baca perkongsian penuh di bawah ini.
Photo by Gabriel Yuji on Unsplash
Anda boleh memproses nanas menjadi jus untuk merawat gout. Inilah resipi untuk membuat jus nanas untuk ubat gout.
Bahan :-
100 gram buah nanas
1/2 cawan jus limau nipis
1 sudu teh air halia
6 helai daun pudina
Caranya :-
Cuci nanas dan daun pudina dengan bersih. Kemudian, masukkan semua bahan ke dalam pengisar. Setelah sebati dan sebati, anda minum jus nanas semasa sejuk.
Minum jus nanas secara berkala.
Ini menurut perkongsian daripada Ana Mahabu Selain itu anda juga boleh amalkan cara yang dikongsikan oleh Kak Zizie via Pesan Bonda.
Tulisnya, petua ini perlu diamalkan 3 bulan sekali. InsyaAllah baik untuk merawat sakit sendi dan Gout
Bahan-bahan:
sebiji Nqnas
250gm lobak putih
3 biji buah keras
Lagkah 1 : Blend semuanya.
Langkah 2 : Tapis
Langkah 3 :Sediakan untuk diminum dan pada peringkat awal amalkan minum 3 bulan sekali.
Kesibukan dengan urusan kerja dan rumah tangga adakalanya membuatkan badan kita jadi lesu dan tidak bermaya. Penat badan dan otak membuatkan kita jadi lemah dan malas sehingga mengabaikan penjagaan diri.
Kita mungkin biasa lihat orang dulu-dulu yang kekal cergas & ‘kuat’ biarpun sudah dimamah usia. masih bertenaga melakukan kerja-kerja seperti biasa. Rupanya mereka ada rahsia kenapa masih kekal fit dan cergas. Jom admin kongsikan petuanya!
Nie la rahsia kalau nak badan cergas. Amalan tradisi kami orang Jawa sejak dari zaman anak dara. Biasanya bila orang jumpa saya, orang tanya saya, jamu apa yang saya makan sampai “kuat” walau buat pelbagai jenis kerja dalam satu masa. . Nie la jamu yang mak saya ajar buat dan minum dan dari arwah nenek juga mak saya belajar. Boleh diamalkan tapi jangan selalu ya😊. . Bahan asas: . Untuk 3-5 kali minuman . 2-3 biji lempuyang (yang nie wajib ada sebenarnya, tapi susah nak dapat) 2-3 ketul kunyit hidup 1 biji manjakani 3 inci Halia 1 sudu besar gula melaka 2-3 sudu asam Jawa 3 gelas air masak
. Lempuyang, Halia, Kunyit Hidup tu dibersihkan dan dikisar halus dan dicampur dengan sedikit air. Manakala manjakani pula dibersihkan dan dikisar kering.
. Tapiskan kesemuanya dan masukkan ke dalam periuk. Masukkan serbuk manjakani yang dah dikisar tadi, gula melaka dan asam jawa dan tambahkan air masak.
. Masak sehingga lebih kurang 30 minit hingga 1 jam. Tapis dan sejukkan.
. Sedia diminum. . *Boleh diminum bila² masa saja. Boleh disimpan di dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama.
Tambahan: . Tak perlu la minum jamu ni hari². Bila rasa badan tak sedap, boleh la buat dan minum. Sebulan sekali dua pun ok. Saya sendiri bila rasa badan tak sedap, baru buat dan minum. Bagi yang baru bersalin, elakkan dulu minum. Kalau nak minum tunggu baby dah bebas jaundis atau dah nak habis pantang atau selepas berpantang. Nie amalan saya dari zaman anak dara ( sejak berumur 13 tahun sehingga sekarang dah hampir nak ke 40an). . Ada orang mungkin tak serasi. Ikut keserasian badan juga ya😉 . Kredit : Suhaili Ellie Mohamed Tauhid
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Stesen minyak bina rumah untuk kucing jalanan, semua anak bulus comel, gebu dan sihat. Seorang wanita meluahkan rasa gembira apabila melihat sebuah stesen minyak yang mengambil inisiatif luar biasa dengan menyediakan sangkar khas untuk kucing jalanan di kawasan Setia Alam, Selangor.