Pengalaman hidup itu adalah guru sejati, ungkapan ini selalu juga kita mendengarnya. Jadi tidak salah kiranya apa yang baik dijadikan tauladan mana yang kurang dijadikan sempadan.
Ini sebagaimana perkongsian di FB PKA -pembantu Kesihatan Awam. Jom semak.
Pesanan buat adik-adik yang baru melangkah ke alam pekerjaan. Bila masuk kerja memang banyak cabaran yang akan kita lalui. Berhati-hati bila melangkah kerana tersilap langkah, merana seumur hidup.
LOAN
Bab ni penting dan paling utama sebab seminggu sebelum lapor diri, ramai yang dah ushar interest rate loan.kan? Ko masuk kerja,nak buat personal loan 200k pon lepas sebab gaji masih bersih.
Basic korang sekarang tinggi. Bukan macam kami dulu. Loan ni pulak,1 minggu dah boleh dapat cash.
Duit loan kalau buat bisnes tak apa sebab akan ada hasil. Boleh buat pusing modal.
Tapi kalau ko tak tahu nak buat apa,confirm duit tu akan habis di joli.
Beli kereta terpakai, beli jam, beli moto besar, beli baju mahal, seluar mahal, lepak starbuck.
Nak tunggu habis tempoh loan,lama tu. Merana hidup bhai. So jangan meminjam kalau tak ada tujuan.
SKIM CEPAT KAYA (MLM)
Benda ni penting. Jangan ko gatal nak join MLM..Biasanya akan ada “orang lama” akan promote ko dengan MLM. Aku garenti.
Konon melabur 5k dapat pulangan 15k.
Last-last semua hangus,ko pulak gigit jari.
KERETA.
Jangan ko nak beli kereta terpakai hanya kerana kereta tu trend orang muda sekarang. Nanti hangus duit ko dok repair kereta tu.
Aku sendiri pernah beli honda ek.Dah la tak reti repair sendiri, rosak je hantar kedai.
Habis dalam 15k setahun untuk repair.haha
Ads
Elok ko beli je kereta-kereta murah.
kelisa ke, kancil ke, paling tidak pon ko beli je myvi baru,axia atau bezza.
Bulanan rendah,nak servis pon tak mahal.
Beli honda ek,honda es,ko tak akan pakai lama.
Nanti dah kawen,confirm ko akan beli MPV.
MOTOR
Ko beli je moto biasa-biasa dulu. Kalau opis dengan rumah tu jauh,beli la LC.
selesa la sikit ulang alik.
Kalau dekat,beli je ex5 biasa.Dalam bekerja kita akan banyak guna kenderaan jabatan. Nak beli moto baru jangan tertipu tau. Ada tu bayar downpayment 500 ja. Bayar bulanan rm500 lebih selama 5 tahun. Harga dah macam beli kereta! Lupakanlah niat nak angkat Y15 atau RS tu. Baik ko buat ot kaw-kaw beli motor tu dengan cash.
RUMAH
Elok ko beli rumah awal-awal. Memang tak rugi ko beli rumah ni sebab harga rumah tak akan jatuh malah akan naik dari tahun ke tahun.
Buat rumah sewa pun ok kalau tak nak guna sendiri. Nak kawen pon tak risau bila ada rumah sendiri ni.
SIMPANAN
Disiplinkan diri untuk menabung. Tak boleh simpan banyak,100 sebulan pon ok dah.
zaman sekarang ni bukan boleh simpan banyak-banyak. Maklum la nak semua barang mahal.
Apa-apa pon kena disiplin dalam menabung.
Ads
AH LONG
Jangan sekali-kali meminjam wang dari ah long.elak selagi boleh. Kalau ko nak kawen,kalau tak ada simpanan,tibai je loan peribadi. Tapi buat kira-kira dulu.
Jangan buat loan lebih dari sepatutnya.
Tak larat nak bayar nanti.
HUTANG
Beli apa-apa cuba beli cash.Jangan sampai beli telefon hutang,beli perabot hutang..zaman sekarang ni hutang macam tu ko tak bayar memang sakit la.Blacklist nama..
sekarang ko hutang bil broadband pon nama blacklist.Memang akan ganggu bila ada apa-apa urusan bank nanti.
PTPTN
Kalau sebelum masuk kolej kkm ko pernah masuk U ke,kolej ke,poli ke,dan pernah pinjam wang PTPTN,elok ko bayar. Buat potongan melalui slip gaji. Buat rm100 sebulan pon ok dah.Jangan jadi macam aku,masuk tahun ketiga kerja baru start bayar.tu pon sebab tak boleh nak keluar dari negara.haha
OVERTIME
Kalau tempat ko kerja tu banyak kerja,ko pulun jelah.Tambah yang bujang-bujang tu.Apa barang kerja balik office hour.Dok rumah nganga tengok tv ja.Ko kerja lah.paling takde pon masuk gak 1-2k sebulan dengan rate ot korang tu.
BERJIMAT
Mula-mula kerja ni kena berjimat. Jangan joli sangat.Tak payah ko nak ikut trend sangat.trend pakaian,trend jam,trend kasut.Tak payah walaupon ko mampu.Cuba untuk berjimat dan simpan duit.Kedepan-kedepan kita tak tahu lagi.
TANGGUNGJAWAB
Jangan ko lupa orang tua ko,adik beradik ko.
Bantu mereka. Dapat gaji,asing siap-siap.
Tanya khabar adik-adik yang masih belajar.
Time ko bujang ni la ko boleh bantu diaorang.
Ko dah kawen nanti tanggungjwab bertambah.dengan isteri lagi,anak lagi.
Time tu ko nak hulur 100 sebulan pon belum tentu dapat.
Ads
BISNES
Elok belajar main bisnes. Jual lah apa sekalipon.Tak mampu sewa kedai,buat bisnes online.guna fb sbgai platform. Jual lah baju ke,kasut ke,jam ke,karipap ke..loan tak kalut dah untuk buat modal. Ada side income,senang sikit hidup. Keje gomen gaji bukan besar so kena pandai tambah income bulanan.
KERJA
Mula-mula masuk kerja ni buat kerja dengan baik. Jangan ko nak ikut cara kerja orang lama.
jangan ko nak tinggal kad scan ko kat orang lain dan suruh orang scan.Datang kerja jangan lambat.Buat kerja dengan bersungguh-sungguh.
Jangan kerja cincai-cincai je.Ingat,cop jari tak kering lagi tu. Kang ko keje 3 tahun pon tak dapat pengesahan jawatan lagi.
Zaman sekarang bukan senang nak dapat keje gomen ni.So, keje baik-baik. Jangan nak berlagak mentang-mentang dah sarung uniform.
HORMAT ORANG
Ko orang baru,belajar hormat orang.
Tak kira lah apa pangkat ko.
hormat pegawai atasan,hormat orang bawahan.
jangan nak jadi celaka sangat.
DADAH
Ni ko kena elak.Tak payah ko nak layan syabu ka ganja ka,pil ke.Dapat tangkap,habis ko punya periuk nasi siap pakej ke dalam lagi.
KHALWAT
Haa benda ni hati-hati.Baru punya undang-undang, kalau ko kena denda di mahkamah,dan denda tu melebihi gaji ko,kena buang kerja..hahaha.Tak payah nak khalwat-khalwat,ko kerja rajin-rajin kumpul duit,ko kawen je.
TINDAKAN MAHKAMAH
Jangan terlibat dengan kegiatan jenayah.
kita penjawat awam, masuk penjara 1 hari pon dah boleh dibuang kerja.
INGAT TU.
TAK HADIR BEKERJA
Ramai jugak kawan-kawan aku yang tak hadir kerja. bukan tak hadir 1 minggu,tapi berbulan-bulan lamanya.Ada yang tak hadir 1 tahun pon ada.Ko kerja kerajaan,memang ko susah untuk di buang kerja.Tak hadir kerja 1 tahun pon tak buang lagi.tapi ingat,semua ada rekod.
Sekali keluar surat tindakan,tak guna dah ko menyesal atau merayu.
Bila melangkah ke dapur, pisau antara peralatan dapur yang teramatlah penting. Pisau yang tumpul atau sudah tidak elok lagi untuk digunakan boleh buat hati jadi berang ketika hendak memasak.
Apatah ketika pulang daripada kerja dan ini akan menambah sakit hati ketika hendak memasak. Bagaimana memastikan pisau sentiasa tajam dan terjaga dengan cantik walaupun telah lama digunakan. Ada caranya. Cuba petua ini.
Asah Selalu
Pisau yang tajam haruslah diasah permukaannya lebih kerap. Jangan malas kerana inilah cara untuk memudahkan proses memasak anda dengan lebih pantas. Biasakan diri untuk mengasahnya setiap kali hendak digunakan. Biarkan sentiasa tajam.
Pilih Pengasah Sesuai
Ada juga pengasah yang tidak kena dengan jenis pisau yang anda gunakan. Namun ada juga yang lebih senang mengasah pisau menggunakan lesung batu yang digunakan untuk menumbuk sambal. Tidak salah, namun kenalah bijak menggunakannya agar kena pada semua mata pisau. Jika tidak, beli sahaja pengasah jenis bulat dan panjang, khusus untuk mengasah.
Simpan Tempat Kering
Setiap kali selepas menggunakannya, pastikan pisau diletakkan di tempat yang kering seperti di dalam laci atau sebagainya. Selain lebih selamat, ini juga dapat menjaga mata pisau lebih lama. Malah ulu pisau jenis kayu juga tidak mudah reput kerana disimpan di tempat yang kering dan terjaga.
Jaga Dengan Teratur
Selepas digunakan pastikan pisau dibersihkan kotorannya dan dilap dengan kain yang bersih. Ini penting bagi memastikan tiada sebarang kotoran seperti getah yang terlekat di mata pisau, yang pastinya akan membuatkan mata pisau tumpul.
Gunakan Minyak
Jika perlu, ketika membersih atau selepas mengasah mata pisau, sapukanlah sedikit minyak dipermukaannya dan simpanlah kemas di dalam laci. Ini bagi memastikan mata pisau sentiasa tajam dan licin. Harus cuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Biskut yang cukup mudah nak buat, rasanya pun sedap. Yang pasti anak-anak akan sukakannya. Selain dibuat kudapan harian, boleh juga disediakan untuk raya nanti ni. Resipi yang ringkas tanpa guna banyak bahan tapi sedap .
Resipi Milo Cookies Rangup. Biskut Raya Paling Mudah & Tak Guna Banyak Bahan
JOM BUAT…
BAHAN-BAHAN :
250gm mentega
110gm gula perang
1 biji telur gred A
185gm serbuk Milo
2 sudu teh esen vanilla
500gm tepung gandum
CARA MEMASAK: 1. Masukkan mentega, gula perang dan esen vanilla ke dalam bekas. Pukul selama 5 minit. 2. Kemudian masukkan telur dan putar lagi sehingga rata. 3. Masukkan serbuk Milo sedikit demi sedikit dan putar lagi sehingga semuanya rata.
4. Akhir sekali, masukkan tepung dan uli sehingga menjadi doh. Bentukkan buat, susun atas loyang pembakar dan leperkan dengan garpu.
5. Bakar pada suhu 160C selama 20 minit atau sehingga biskut masak. Masa mngkin berbeza ikut ketuhar masing-masing.
Kredit resipi & foto: Ahriany Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Berbuat baik kepada orang tua adalah dituntut oleh Islam. Sementelah mereka telah berkorban segalanya dalam mendidik dan membesarkan anak-anak sehingga berjaya.
Bukan semua ibu bapa memandang harta dan pangkat. Cukup sekadar anak-anak mengambil berat akan soal mereka. Sudah membuatkan ibu dan ayah terasa seolah dihargai biarpun hanya sekadar satu panggilan telefon untuk bertanya khabar terutama yang berjauhan.
Apa lagi bagi yang tinggal bersama atau berdekatan rumah. Usah keluarkan kata-kata atau ucapan yang boleh membuatkan hati mereka terguris. Lebih-lebih lagi jika salah salah seorang dari mereka sudah pergi terlebih dahulu.
Perkongsian Penceramah Bebas yang juga Perunding Rumah Tangga, Puan Asma Binti Harun, mengenai ibunya yang kesunyian usai pemergian si ayah seolah-olah membawa pergi bersama separuh jiwa si ibu.
RINDU YANG PERGI, SAYANGI YANG TINGGAL
Seawal jam 6.30 pagi terima panggilan emak, “Asma, betul ke balik malam ni, jadi tak balik ?”, nada suaranya perlahan penuh dengan harapan.
Emak saya baru sahaja melepasi tempoh eddah, pemergian ayah Ramadhan hari itu turut membawa sebahagian daripada dirinya. Kesunyian dan kekosongan itu jelas. Memang jelas. Selama ini semuanya dirancang dan dibuat bersama ayah. Mereka sangat rapat.
Teringat cara Rasulullah saw, sebagai melepaskan rindu pada Khadijah, Nabi sering memberikan makanan kepada para sahabat Khadijah. Menyantuni emak itulah satu cara melepaskan rindu pada arwah ayah.
Bila saya jawab insyaAllah jadi balik, confirm balik. Suara emak yang tadi bimbang-bimbang bertukar ceria, terus dengan semangatnya emak senaraikan perancangannya, apa yang nak dibuat dalam tempoh 3 hari ni, suara ceria itu dah lama tak dengar, membuatkan air mata menitik laju, ya Allah..bahagianya bila dapat bahagiakan hati seorang ibu, sedang aku juga seorang ibu.
Kita bukan anak yang cukup baik buat Ibu Bapa kita, tapi berusaha untuk buat baik itulah satu kebaikan. Walau sekadar telefon bertanya khabar, makan apa hari ini, dah makan ubat belum, dll.
Saya tahu, ramai yang merantau di negeri orang tak ada kesempatan masa untuk balik dek kesibukan kerja dll. Ada juga kerana pasangan yang tidak memahami dan kurang kerjasama. Maka memendamlah rasa rindu pada orang tua. Ketahuilah orang tua itu lebih lagi rindunya pada anak-anak. Namun mereka sedar mereka dah tua, mereka beralah dan sentiasa cuba memaafkan dan tak berhenti berdoa.
Saya teringat kes klien saya, orang kelantan, bukan berbulan tapi bertahun tak balik kampung, suami tak izinkan, ada masalah keluarga. Hinggalah satu masa dapat khabar ayah sakit, suami tetap berkeras tak bagi pulang. Hinggalah terima khabar si ayah meninggal. Lalu dia nekad balik ke kampung dengan anak-anak menumpang lori orang. Ketika itulah dia nekad untuk tinggalkan suaminya juga, akhirnya dia datang depan saya untuk mohon fasakh.
Saya ingin sampaikan bahawa adalah menjadi satu KEWAJIPAN bagi seorang SUAMI itu menjaga Ibu Bapanya dan Ibu Bapa Isterinya. Kedudukan kedua Ibu Bapa Kandung dan Mertua adalah sama. Begitulah jua kepada para isteri perlu berusaha melayani Ibu Bapa Mertua seperti Ibu Bapa kandung. Disinilah keharmonian yang diwujudkan dalam Islam.
~~~~~~~
Syukur ya Rahman ya Rahim.. Syukran en.suami atas keizinan dan kesanggupan jaga anak-anak, syukran juga buat anak..memang ada drama air mata juga, ada yang nak ikut.
Antara sefahaman yang wujud, ada ketikanya saya balik sendirian, kadang suami yang pulang ke kampungnya sendirian. Untuk mewujudkan bonding time yang khusus buat emak ayah yang tak sama ketika balik satu keluarga. Kami dua-dua orang Terengganu. Pernah suami izinkan 2 minggu berturut. Boleh jaga ayah dan emak sepenuh masa. Masing-masing harus berkorban. Inilah hadiah paling mahal sesama kami. Balik sekeluarga itu memang wajib, itu agenda beberapa bulan sekali.
Setiap orang ada cara tersendiri mengikut situasi. Usah bandingkan diri kita dengan orang lain. Yang penting mesti ada usaha.
~~~~~~
Dah bertahun tak naik bas sebenarnya, rasa bimbang itu ada. Berteman zikir ya Hafiz ya Muhaimin, Yang Maha Menjaga Yang Maha Mengawasi, pelihara dan awasilah perjalanan ini agar tiba dengan selamat.
*Mohon maaf juga kepada jemaah kuliyah dan jemputan atas kesulitan yang timbul. Terpaksa dibatalkan dan dicari ganti. Bila emak mengharapkan kita teman dia sekejap, tiada kata tidak kepada emak yang sangat banyak berkorban dan berlelah untuk kita.
Pasangan suami isteri terkejut duit raya anak cecah lebih RM2000. Sepasang suami isteri terkejut apabila mendapati anak mereka yang baru berusia lima tahun berjaya mengumpul duit raya sebanyak RM2,000 selepas sambutan Aidilfitri yang lalu.