Bila datangnya bulan Rejab itu secara automatik akan memperingatkan kita semua akan hampirnya kedatangan bulan Ramadan. Jadi ada baiknya bukan sekadar mengingati semata, namun indahnya andai dapat melakukan amalan dan ibadah bersama seisi keluarga.
AMALAN-AMALAN DI BULAN REJAB YANG JATUH PADA HARI SELASA 25 FEBRUARI 2020.
ان رجب شهرفضيل، والعبادة فيه لها اجر جليل، خصوصا الصوم فيه والاستغفار، والتوبه من الاوزار.
Oleh kerana itu mari kita Muliakan bulan Rejab dengan berbagai Amal Kebaikan.
Rejab bulan menanam Kebaikan. Sya’ban bulan Menyiram / Memupuk Kebaikan. Ramadhan bulan Menuai Kebaikan. Bulan Rejab adalah Pintu Gerbang Ramadhan.
Diantara Amalan yg baik dilakukan pada bulan Rejab (Bulan Haram/Mulia) :
✳ Puasa
✳ Istighfar
✳ Doa
Di anjurkan banyak Doa terutama pada malam pertama bulan Rejab :
قال صلى الله عليه وسلم: خمس ليال لاترد فيه الدعاء: اول ليلة من رحب، وليلة النصف من شعبان، وليلة الجمعة، وليلة الفطر وليلة النحر.
(اخرجه السيوطى رحمه الله تعالى فى الجامع)
Di bulan Rejab ini marilah kita Menanam Kebaikan sebanyak-banyaknya, Bertaubat kepada Allah SWT dan meninggalkan Maksiat agar kita mendapat RedhaNya
Ads
الله سبحانه وتعالى .
InsyaAllah 1 Rejab jatuh pada hari Selasa, 25 Februari 2020, maka malam awal bulan Rejab adalah Isnin malam Selasa 24 Februari 2020.
Kisah seorang isteri yang kehilangan suaminya yang merupakan seorang tentera ketika menjalani latihan tular dimedia social ternyata menarik perhatian ramai.
Tambah sebak lagi pasangan ini yang belum setahun berkahwin baru sahaja pulang dari percutian mereka.
Menerusi satu hantaran di TikTok @hakakloreng telah memuat naik satu video memaparkan pengebumian allahyarham, Mohamad Izuan Hafiz Mohd Supian yang disempurnakan mengikut adat istiadat tentera.
Lebih memilukan lagi bila mana dua minggu sebelum menghembuskan nafas terakhirnya, Izuan sempat memuat naik beberapa foto dirinya bercuti bersama isteri di Cameron Highland.
Bahkan pahlawan negara berusia 26 tahun itu kelihatan sangat gembira meluangkan masa bersama keluarga kecilnya yang baru dibina tidak sampai setahun.
Menjengah ke ruangan komen beberapa video yang dimuat naik di TikTok, rata-rata warganet mengucapkan salam takziah kepada keluarga yang ditinggalkan tidak kurang juga dengan kata-kata semangat untuk terus kuat dan tabah.
Sesiapa yang biasa menaiki bas ekspres tentu sudah maklum bahawa perjalanan bas ini turut mempunyai jadual dan waktu perjalanan yang telah ditetapkan. Lantaran itu, penumpang biasanya akan datang awal untuk menaiki bas tersebut.
Pun begitu tidak dinafikan, dalam ramai-ramai penumpang tentu ada mengalami nyaris-nyaris tertinggal bas gara-gara lewat tiba di lokasi yang ditetapkan. Andai bas tersebut telah bergerak, lazimnya kita terpaksa membeli tiket baharu untuk menaiki bas yang berikutnya ke lokasi yang ingin dituju.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Namun berbeza pula keputusan yang diambil oleh bapa kepada seorang pelajar Pusat Asasi UIAM Gambang, Pahang ini .
“Salah kami mak ayah yang lambat sebab pagi tu ada tugasan kerja. Angkut anak dah awal-awal pagi dengan beg dia ikut pergi bertugas..tapi lalai terlajak masa,” ujar Puan Nerfetiti Ahmad Nordin bila ramai yang bertanya bagaimana boleh berlaku kejadian tertinggal bas tersebut.
Difahamkan menerusi perkongsian Puan Nerfetiti Ahmad Nordin di akaun TikToknya, bahawa pasangan suami isteri ini mengambil kesempatan membawa seisi keluarga di kawasan Bangi Lama , ‘bekerja sambil bercuti’.
Pun begitu perancangan untuk menghantar anak perempuannya menaiki bas dari TBS ke Pahang terlepas dek kerana terlewat seminit daripada waktu bas bergerak. Disebabkan hal itu, Anuar Ibrahim Arope nekad mengejar bas tersebut hingga ke lebuhraya Karak.
“Akak google cari no tel HQ bas Bulan Restu bagi plate no bas untuk call driver minta tolong berhenti kejap ambil anak yang tertinggal bas tadi..
“Kami kalau kejar bas sampai terlepas exit genting sempah tu memang plan terus jelah hantar anak ke UIAM Gambang,’ jelasnya lagi.
Berkongsi lanjut situasi kalut tersebut yang akhirnya dapat mengejar bas dan menaiki bas tersebut di tepi lebuh raya sebelum hentian R&R Genting Sempah. Setelah semuanya selesai, keluarga ini alang-alang lokasi berdekatan dengan Janda Baik, terus singgah di sana untuk menghilangkan penat semasa aksi kejar-mengejar bas yang disifatkan seperti filem aksi SPEED oleh keluarga ini.
Aktiviti Fast & Furios Kami Harini – Fuhh !!
Breakfast bersama group TRRA, Branch Leader belanja. Pulut kuning, keropok lekor, nasi dagang, nasi minyak dan mcm2 ado
Briefing & Site Viewing Tanah Lot Banglo Bangi Lama yg terhangat dipasaran! – Freehold, dari rm170k, individu title, basic infra ready, lokasi 6 min dari Bangi Wonderland
Kejar ke TBS nak hantar anak balik ke UIAM Gambang macam Fast & Furios!!
Terlambat seminit bas dah jalan..acara kejar mengejar bas dari TBS ke Karak Hiway..macam citer SPEED!
Alhamdulillah dpt kejar bas..naikkan anak tepi hiway sebelum Genting Sempah nasib baik tak terlepas exit, kalau tak sampai ke Gambang la kiter harini.
Naik bukit Janda Baik kejap utk hilangkan lelah acara kejar mengejar sambil hirup udara segar atas bukit
Sambil2 recce port camping utk hujung tahun nanti for Family Camping.
Enjoy lunch Patin Tempoyak Riverside
Harung jem sebelum tol Gombak dengan hujan lebat sepanjang otw back
Selamat sampai rumah lepas Isyak..alhamdulillah.
Ghisaauu… bila dapat tau ibunda admitted malam tadi diHPPUPM. Nasib ada abang dan adik yang bantu uruskan ibu dan abah yang kurang upaya dan kurang sihat.
Meninjau di ruangan komen menerusi video yang dikongsikan ini, rata-rata warganet terharu dengan usaha seorang ayah yang sanggup lakukan apa sahaja untuk anaknya dapat menaiki bas tersebut. Bahkan tidak kurang juga, berkongsi momen pernah tertinggal bas seperti keluarga ini dan sekali gus mengimbau kenangan dan rasa rindu pada susuk tubuh insan bergelar ayah.
Tidak dengan itu, ramai juga yang memuji tindakan pemandu bas tersebut yang baik hati mahu memberhentikan bas tersebut.
Siapa yang tak bersyukur bila dikurniakan dengan pasangan yang langsung tak cerewet dalam segala hal. Pelakon, Rozita Che Wan meluahkan rasa syukur dikurniakan suami yang tidak cerewet dalam hal urusan rumah tangga sepanjang 10 tahun mendirikan rumah tangga.
Malah tambah Che Ta lagi menerusi perkongsian di TikTok, suaminya, Zain Saidin tidak pernah menyuruhnya melakukan kerja rumah.
Sempena ulang tahun perkahwinannya yang ke 10 tahun, ibu kepada tiga cahaya mata ini berkongsi rasa syukurnya dikurniakan suami yang baik.
“Alhamdulillah syukur untuk 10 tahun yang membahagiakan walaupun saya kadang-kadang jadi singa.
“Untung kami dapat suami macam Zain. Paling tidak cerewet, tak pernah suruh kami kemas rumah, basuh baju dan pinggan,” ujarnya.
Bahkan tambah Che Ta lagi, suaminya tidak menghalang jika dia pulang lewat ke rumah jika ada tugasan sebaliknya sangat menitikberatkan mengenai solat dan aurat.
“Saya keluar lepak balik pukul 4 pagi pun dia tak tanya.
“Yang dia akan tanya, sayang sudah solat? Yang dia akan tegur hanya kalau aurat saya ternampak,” katanya.
Che Ta juga turut menitipkan pesanan agar mencari pasangan yang tahu menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan bukan yang memiliki kemewahan semata-mata.
“Tak perlu lelaki kaya untuk rumah tangga yang bahagia janji tahu tanggungjawab masing-masing.
“Cari yang tahu agama dan praktikkannya bukan hanya tahu agama tapi jadi penunggang. Nauzubillah. Sebenarnya dalam apa juga keadaan dalam hidup ini, sederhana itu utama,” katanya berkongsi.
Terdahulu, Che Ta yang kini sedang berkuarantin selepas disahkan positif COVID-19 terpaksa membatalkan hasrat meraikan ulang tahun perkahwinan ke-10nya bersama Zain.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Resipi agar-agar sirap ros selasih, sedap makan sejuk-sejuk. Agar-agar merupakan salah satu sajian pencuci mulut yang popular dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Teksturnya yang kenyal dan lembut serta rasanya yang manis dan menyegarkan menjadikannya pilihan utama, terutamanya apabila disajikan dalam keadaan sejuk.