Juru solek terkenal, MUA Bellaz tampil memberi bantuan kepada penduduk yang terkesan dengan banjir selepas Kedah dilanda banjir sejak minggu lalu.
Tidak mahu berdiam diri bahkan Bellaz dan suaminya berulang alik memberi bantuan kepada penduduk sekitar yang terkesan.
Apa yang lebih mengharukan susulan ramai yang mengalami kesulitan dalam mendapatkan bekalan makanan sejak bencana alam itu berlaku, Bellaz dan suami menyerahkan bantuan bekalan makanan dari kedai runcitnya sendiri untuk diagihkan kepada orang ramai. Satu usaha yang seharusnya dipuji.
“Rumah Bellaz dah surut banjir alhamdulilah. Dah boleh keluar dah. Insyallah Bellaz dan Mat Nuart dan Team Bellaz Beauty akan agihkan dalam beberapa bantuan makanan dari kedai Bella Z Mart Nuart untuk mangsa banjir yang terjejas di Alor Setar.
“Insyallah kedai runcit Mat Nuart akan beroperasi beberapa minggu lagi. Doakan hampa semoga dipermudahkan,” tulisnya.
Ads
Bahkan hasil pembelian produk orang ramai, Bellaz juga turut menyelitkan keuntungan pembelian itu untuk diagihkan kepada mangsa banjir.
“Terima ksih buat pelanggan Bellaz Beauty semua yang support Bellaz. Duit yang hampa beli barang Bellaz, Bellaz selitkan jugak bantu keluarga yang memerlukan. Dalam rezeki kita terselit rezeki orang lain,” kongsinya menerusi kapsyen.
Ads
Perkongsian ibu kepada empat cahaya mata ini pastinya mendapat perhatian ramai dan rata-rata memuji tindakan yang dilakukan Bellaz dan suami.
Wargamaya turut mendoakan agar Bellaz dan suami terus dimurahkan rezeki serta dipermudahkan urusan susulan bantuan yang diberikan kepada masyarakat setempat walaupun kediamannya sendiri turut mengalami banjir.
Ads
Bellaz sebelum ini turut tular kerana sempat melaram sakan dengan mengambil gambar Oufit Of The Day (OOTD) sewaktu meredah banjir.
Semua orang pernah berasa malas, di mana motivasi susah untuk didapati dan dicari. Walau bagaimanapun, kita tidak boleh biarkan perasaan malas itu mengawal diri kita. Semuanya datang dari otak kita dan hanya kita dapat kawal cara otak kita berfikir.
Dalam dunia yang sentiasa berkembang dengan kemajuan, Jepun yang kaya dengan warisan budaya dan falsafahnya menawarkan teknik untuk menangani isu ini secara langsung.
Jom kita cuba amalkan dan terapkan dalam kehidupan seharian…..
SENI JEPUN DALAM ATASI KEMALASAN
IKIGAI
Mencari ikigai bermaksud mengenal pasti TUJUAN HIDUP. Contohnya tujuan kita bangun setiap pagi untuk jalani hari tersebut. Cari lah kekuatan, minat dan cari cara supaya kita boleh menyumbang kepada keperluan dunia. Kehidupan akan terasa lebih bermakna dan adanya motivasi untuk kita sentiasa berdaya menjadi penggerak semula jadi kepada diri sendiri.
KAIZEN
Falsafah kaizen mengajar cara untuk MEMFOKUSKAN kepada PENAMBAHBAIKAN berterusan melalui langkah-langkah yang berperingkat. Daripada cuba untuk mencapai segalanya sekali gus, ambillah langkah sedikit demi sedikit. Setiap langkah kecil itu dikira sangat penting kerana ia dikira sebagai konsistensi. Akhirnya membawa kepada pencapaian dari semasa ke semasa.
POMODORO
Untuk yang mudah terganggu dan mudah letih boleh cuba teknik Pomodoro untuk ubah PERMAINAN FIKIRAN. Teknik ini adalah dengan bekerja selama 25 minit sepenuh tumpuan dan rehat selama 5 minit.
Ulangi teknik ini dan kita dapat rasa diri kita lebih fokus, produktif dan bertenaga. Ia adalah cara yang mudah tetapi berkesan untuk memerangi rasa malas, badan berat dan dapat tingkatkan produktiviti harian.
HARA HACHI BU
Prinsip Hara Hachi Bu adalah teknik BERHENTI MAKAN untuk mengekalkan tahap tenaga dalam badan sepanjang hari untuk mengatasi kemalasan. Teknik ini menggalakkan kita berhenti makan apabila sudah 80% kenyang.
Dengan mengelakkan makan secara berlebihan, kita akan jadi lebih cergas untuk bekerja dan tidak rasa malas. Kalau ramai yang perasan, apabila sudah kenyang badan mula rasa lesu dan mengantuk. Oleh itu, pengambilan kuantiti makanan harus dikawal. Bukan itu sahaja, ia juga merupakan sunnah Nabi iaitu berhenti makan sebelum kenyang. Betul tak?
SHOSHIN
Kemalasan sering berpunca daripada menangguh kerja, takut untuk gagal atau keinginan untuk menjadi sempurna. Shoshin atau MINDA PEMULA adalah teknik untuk menyiapkan tugasan dengan sikap terbuka dan ingin tahu.
Jangan terlalu risau untuk mendapatkan semua jawapan dengan sempurna dari awal. Hayati proses belajar dan cuba perkara baru. Dengan mengamalkan Shoshin, potensi akan datang dan dapat mengatasi kemalasan.
WABI-SABI
Daripada menekankan setiap butiran kecil, FOKUS pada perkara yang benar-benar PENTING. Hayati kesederhanaan, hargai ketidaksempurnaan dan utamakan tindakan daripada mencari kesempurnaan tanpa henti.
Ingat, siap adalah lebih baik daripada sempurna. Dengan mengamalkan konsep wabi-sabi, kita akan membebaskan diri daripada sifat perfectionism dan mendorong diri untuk lebih fokus kepada mencapai matlamat.
MANDI HUTAN / FOREST BATHING
Alam semula jadi mempunyai keupayaan yang luar biasa untuk MENENANGKAN MINDA dan badan kita. Terbukti secara saintifik ia dapat membantu dalam mengurangkan tekanan dan meningkatkan mood.
Rehat sebentar dari kesibukan kehidupan seharian dan dunia kerja. Ambil angin di taman berdekatan, hirup udara segar dan biarkan alam semula jadi segarkan fikiran kita. Dengan ini kita akan kembali dengan bertenaga serta mencuci mata melihat kehijauan alam.
KAKEIBO
Tekanan dan masalah kewangan boleh menghalang kita untuk capai kemajuan dan bergerak ke depan. Kawal kewangan dengan kaedah Kakeibo. Buat BELANJAWAN dan sentiasa komited untuk mematuhinya. Gambarkan amaun yang dibelanjakan dan di mana kita berbelanja paling banyak. Dari situ, kita boleh tahu punca banyak wang dihabiskan. Seterusnya, kita dapat elakkan diri untuk ke tempat tersebut dan dapat hadkan perbelanjaan harian.
Walaupun semenjak dua menjak ini cuaca tidak menentu dan kerap hujan, cuaca dan suhu di negara kita masih panas. Lagi mengejutkan apabila masih ada sekolah yang mengadakan program merentas desa dan aktiviti luar yang lain.
Tidak dapat dinafikan bahawa ia adalah satu program yang sihat. Tetapi memandangkan kita tinggal di Malaysia negara yang terkenal dengan cuaca panas, program yang dilakukan harus sesuai dengan cuaca dan keadaan.
Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersedia untuk menutup mana-mana sekolah sekiranya suhu harian mencecah lebih 37 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut.
“Sekiranya untuk tiga hari berturut-turut lebih daripada 37 darjah Celsius, maka penutupan sekolah akan dilakukan,” Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh dalam Majlis Pelancaran Sirkuit ‘Allianz Junior Badminton Championship’ di Wintel Sport, Taiping, Perak.
Katanya, penutupan sesi persekolahan itu walau bagaimanapun bergantung kepada situasi semasa dan kawasan terlibat.
“Selain itu, sebarang aktiviti luar bilik darjah juga akan dihentikan sekiranya suhu cuaca melebihi 35 darjah Celcius selama tiga hari berturut-turut,” katanya.
“Jadi itu bergantung kepada situasi semasa mengikut kawasan,” sambungnya.
Menurut beliau lagi, pihaknya akan terus memantau keadaan cuaca semasa seiring mendapatkan nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) demi kesihatan pelajar.
Ruhainies, 31, memberi kenyataan bahawa kehidupan dan kerjayanya tidak terjejas walaupun kontroversi isu tangkap khalwat bersama Aliff Aziz masih belum selesai.
Sesi penggambaran drama Terjerat lakonannya bersama “rakan” sekerjanya itu juga dijalankan seperti biasa meskipun kontroversi masih hangat menjadi topik perbualan orang ramai.
Ruhainies berkata, setakat ini masih belum ada mana-mana tawaran lakonannya yang dibatalkan kontrak.
Walau bagaimanapun, dimaklumkan terdapat stesen televisyen yang membuat keputusan untuk menangguhkan tayangan drama yang telah dilakonkannya.
“Saya faham dan terima kerana isu tengah panas, tetapi setakat ini, tidak ada tawaran lakonan dibatalkan, sebaliknya cuma ditangguhkan sahaja.
“Penggambaran tetap jalan macam biasa, tapi mengenai disenarai hitam setakat ini belum berlaku. Jadi, mohon doakan saya,” katanya ketika ditemu ramah di majlis rumah terbuka pereka fesyen, Fizi Woo.
Menurut beliau lagi, kerjasama dengan jenama antarabangsa juga masih berjalan seperti biasa.
“Saya banyak kerjasama dengan jenama antarabangsa dan Alhamdulillah, tak terjejas sebab mereka bukan fokus pada pengguna di Malaysia, tapi luar negara juga,” jelasnya kepada media.
Katanya, beliau belum bersedia untuk dedahkan bentuk tawaran yang diterima tetapi wajahnya lebih banyak pada komersial luar negara.
PANDANG SUDUT POSITIF
“Perkara terjadi nyata ada hikmah tersendiri, tipulah kalau saya cakap langsung tak terjejas bila kontroversi ini berlaku.
“Tapi, saya sentiasa percaya setiap ujian itu pasti ada hikmah dan saya banyak terima tawaran dari negara seberang.
“Saya tak boleh nak cerita lanjut sebab masih dalam proses perbincangan. Cerita ini bukan setakat viral di Malaysia, tapi sampai ke luar negara juga, ke China pun.
“Cuma, saya mohon doa daripada semua agar populariti saya tak terjejas oleh kontroversi ini” katanya.
Bukan itu sahaja, beliau juga menyatakan bahawa beliau dan aktor Aliff Aziz sudah tidak berhubung kerana tiada keperluan.
Untuk rekod, kontroversi Ruhainies dan Aliff tercetus apabila mereka ditangkap khalwat di sebuah kondominium mewah pada Mac lalu.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.