Agar Rumahtangga Makin Intim. Ini Cara Buat Pasangan Suami Isteri Kena Lakukan!

Share

Perkahwinan adalah hubungan yang harmoni bagi pasangan suami isteri. Sikap saling lengkap melengkapi bagi memastikan kehidupan rumahtangga aman damai.

Sehubungan itu, setiap pasangan harus memastikan hubungan sentiasa disirami hubungan yang romantis. Ikuti panduan berikut.

1. Terima baik buruk pasangan seadanya.

Kita perlu syukuri kekurangan dan kelebihan pasangan masing-masing. Apa yang bagus pada pasangan kita, kita hargai dan apa yang kurang, kita terima seadanya.

Mungkin agak sukar untuk kita ubah kekurangan pasangan kita. (Mustahil barangakali) Tetapi setakat pemerhatian saya, kekurangan seorang suami dilengkapi oleh isteri, dan kekurangan isteri pula dilengkapi oleh suami.

Contohnya jika suami banyak cakap, ia dilengkapi oleh isteri yang kurang bercakap. Bukanlah saya kata banyak cakap itu tak elok. Sifat ini bagus untuk situasi tertentu, dan boleh jadi tak bagus untuk situasi lain.

Jika si suami malas kemas rumah, isteri biasanya akan rajin kemas rumah. Paling-paling pun dia akan terpaksa kemas rumah. Isunya di sini ialah siapa yang lebih dominan kemalasannya akan ‘menyerahkan’ tugas mengemas rumah kepada pasangannya.

2. Menunaikan hak dan tanggungjawab masing-masing dengan sebaiknya.

Suami mempunyai hak ke atas isteri. Dan isteri juga punyai hak ke atas suami. Keduanya tidak boleh diabaikan. Ada segelintir suami menganggap hanya suami punyai hak ke atas isteri. Isteri tidak berhak menuntut apa-apa darinya. Tanggapan ini salah.

Bila hak masing-masing ditunaikan, kedua-dua pasangan akan rasa puas hati. Tiada apa yang boleh diungkitkan jika berlaku perkara yang tidak diingini.

Jika hak tak ditunaikan, mulalah nak ungkit sana sini. Betul?

Bagi yang baru setahun berkahwin dan sudah mempunyai cahaya mata, ini juga menjadi satu cabaran hebat! Di sini kita sebagai suami isteri diuji. Sebabnya tugas menjaga anak dan menguruskan hal rumah akan bertambah. Suami hendaklah membantu isterimenguruskan hal rumah seperti membasuh baju, menyidai baju, melipat baju, memasak, mengemas rumah, iron baju, dan banyak lagi. Nampak mudah ke kerja-kerja ni?? Mudah tapi kena saling bantu-membantu. Jangan berkira untuk buat sesuatu kerja.

3. Mengiktiraf suami sebagai ketua keluarga.

Saya tak menafikan bahawa wanita moden sekarang ramai yang berkerjaya. Ramai yang berpendidikan tinggi. Ada yang gajinya lebih dari gaji suami. Ada yang berpendidikan tinggi dari suami. Ini bukan bermakna si isteri tak perlu mendengar pandngan dan kata-kata suami. Atau senang cakap, isteri lebih hebat dari suami. Jadi, tak perlu ikut apa yang suami cakap.

Jika si isteri adalah bos kepada suami di pejabat, jika pulang ke rumah, suami adalah bos kepada isteri. Mesti!!

Jika peranan suami sebagai ketua keluarga tidak diiktiraf, bagaimana hendak mencapai kebahagiaan dalam rumahtangga? Suamilah yang mengetuai keluarga yang teridi dari isteri dan anak-anak. Hormati keputusan suami. Hormati pandangan suami andai ianya bertentangan pendapat dengan kita. Ingatlah bahawa, mentaati suami adalah suatu perbuatan yang amat mulia wahai isteri.

4. Bijak merancang ekonomi dalam rumahtangga.

Walaupun saya tak tahu statistik punca penceraian suami isteri di Malaysia, tapi saya yakin ekonomi atau duit senang cerita, antara punca penceraian rumahtangga. Suami dan isteri perlu bijak menguruskan kewangan. Gaji yang diperolehi dibahagikan kepada keperluan dan hak-hak yang sepatutnya. Jika keadaan mendesak, si isteri dapat membantu mencari duit lebih. Tugas mencari nafkah adalah tugas suami. Tapi, tidaklah menjadi satu kesalahan jika si isteri mebantu kerana kos sara hidup yang tinggi mendesak isteri untuk sama bekerja. Tulis atas kertas. Berapa RM untuk keperluan barang dapur, bayar rumah, bayar kereta, duit untuk anak dan isteri, duit simpanan dan lain-lain lagi. Jangan guna duit untuk membeli benda yang tidak berfaedah. Sebab, fasa awal perkahwinan memang kita perlukan banyak duit. Jangan dibazirkan duit kita.

5. Memanggil nama panggilan yang disukai.

Saya rasa fasa awal perkahwinan, mungkin 90% masih memanggil isteri dengan nama manja seperti sayang, anje, baby dan macam-macam lagi. Mungkin mak ayah kita yang sudah 40 tahun usia perkahwinan meremang bulu roma dengar. Hehe… Pangillah isteri dengan nama yang baik. Nama yang disukai isteri. Begitu juga dengan suami. Isteri panggillah suami dengan nama yang disukai beliau.

Sumber: ummukhadijah.com