Bila kena duduk di rumah akibat PKP tentu anak asyik ke dapur aje mencari makanan atau kudapan. Maklum lah jika tidak ke mana-mana tentu rasa lapar aje.
Bagi yang belum ada idea lagi untuk hidangan buat keluarga apa kata cuba masak agar-agar sedut ini, Agar-agar sedut oren sunquick oleh puan Yatie Eimra ini memang sedap. Makan waktu sejuk memang rasa enak sekali. Jom buat!
Agar² sedut oren sunquick & peach
Kami sekeluarga memang suka agar² sedut oren & pic ni..nak² makan sejuk², rasa nyaman jer kat tekak. Sedap dimakan macam tu je atau boleh gak dimakan bersama susu cair mahupun susu segar..
Agar² tali yang dipotong pendek gak lebih mudah larut walaupun korang tak rendam dulu. Bagi yang nak cuba, ni saya sertakan resipi gunakan cawan penyukat standard
Bahan-bahan:
2 sudu makan agar² tali (dipotong pendek)
2 sudu makan gula (saya guna 1½ sudu jer)
1 cawan air
1 cawan air gula pic (dalam tin)
2 sudu makan oren sunquick
Sedikit buah pic dalam tin – dipotong kecil
Cara:
1. Masak agar² tali bersama gula & secawan air hingga larut. Matikan api.
2. Tambahkan air gula pic & pati oren sunquick. Gaul sebati.
3. Sediakan bekas & masukkan buah pic yang telah dipotong tadi. Curahkan larutan agar². Sejukkan hingga agar² mengeras.
TIP
Tips ni bagi yang nak guna serbuk agar². Sukat agar² serbuk ½ sudu kecil (sudu penyukat standard) kemudian buang/keluarkan secubit agar² tadi. Ataupun boleh juga sukat gunakan sudu kecil kfc (ratakan), kemudian buang secubit gak. Kalau taknak buang sikit serbuk agar² tu pun takpe, tapi tekstur agar² korang akan lebih firm sikit je pun.. Agar² sedut ni xpayah kunyah², telan jer terus.. aaa.. tapi potongan buah nyer tu jangan terus ditelan lak, tercekik lak kang
Jika sukat gunakan cawan minuman teh/kopi, gunakan 1¼ cawan air & 1¼ cawan air gula pic.
Gunakan bekas yang lebar & jangan tuang terlalu banyak/tebal kalau nak cepat keras
Agar² ni saya masukkan dalam 2 bekas sebab nak cepat keras. Dalam 45-60 minit dah mula mengeras & boleh dinikmati cumanya tak berapa sejuk la
P/S: Gandakan sukatan sendiri ye kalau nak buat banyak. Selain buah pic, boleh gantikan nanas dalam tin ataupun potongan buah mangga, memang sedap.
Selamat mencuba!
Sumber: Yatie Eimra