Agar-agar Santan Berisi Kelapa, Nampak Cantik & Rasanya Terlebih Sedap!

Share

Secantik kejadiannya sedap lagi rasanya. Begitulah bila anda sediakan resipi agar-agar yang istimewa ini.

Mempunyai rasa berlemak santan dan rasa kelapa muda yang menyelerakan. Mungkin ada yang teruja hendak mencuba rasa, bolehlah dibuat untuk dijamu kepada seisi keluarga.

AGAR-AGAR SANTAN SEDAP

Lapisan Bawah :

1/2 pek agar-agar tali ( 6 gram )
6 sudu makan gula
1/2 sudu teh garam
300 ml santan pekat
300 ml air

Cara Buat Lapisan Bawah Agar Agar :

#1: Dalam periuk, masukkan air dan didihkan. Bila dah mendidih,baru letak agar agar tali.Kacau dan biarkan hingga betu;-betul hancur. Baru tambah masuk gula bersama garam.

Tutup api bila sebati dan suamkan. Baru tambahkan santan dan kacau manja.Tuang dalam bekas adunan lapisan bawah dan biar membeku sekitar 30 minit. Kita teruskan membuat lapisan atas.

Pernah tak anda buat resipi agar agar santan yang mengandungi dua lapisan sedap. Lapisan bawah daripada santan pekat dan lapisan atas isi kelapa muda.

Bahan Lapisan Atas :

10 helai daun panda dikisar bersama 1/2 cawan air dan ditapis.Ambil jusnya.
2 biji isi kelapa muda
4-6 sudu makan gula
1/2 agar agar tali ( 6 gram )
350 ml air

Cara Buat Lapisan Atas Resipi Agar Agar Santan Mudah :

#1: Didihkan air dalam periuk hingga berbuih.Masukkan agar-agar tali dan kacau hingga betul-betul sebati. Baru tambahkan jus pandan,gula dan kacau sebati. Tutup api dan suamkan.

Lorek dengan garpu permukaan lapisan bawah yang mulai membeku tadi. Tujuan dilorek untuk bolehkan dua lapisan bercantum elok dan tidak pecah bila diangkat.

#2: Susun isi kelapa muda di atas permukaan lapisan bawah.Baru tuangkan adunan lapisan atas yang suam tadi.

Biarkan di luar sekitar 30 minit dan masukkan dalam peti untuk mengeras dalam anggaran masa 2-3 jam. Jadi kalau anda nak makan agar agar santan ini pada waktu berbuka puasa,seeloknya buat pada tengahari.

Selamat mencuba resipi ini.Mudah bila semua diberikan lengkap kan.

Sumber : Anisah Connie

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club