Agar-Agar Milo Guna 3 Bahan Je! Hidang Waktu Keluar Peti Sejuk Memang Ngam

Share

Cuaca sekarang ni tak menentu, sekejap panas sekejap sejuk. Bila datang cuaca panas ni rasa nak makan benda yang sejuk je… Betul tak?

Haaa yang mana keluarga suka makan pencuci mulut makan agar-agar ke, puding tu boleh lah cuba resepi ni! Mudah je tau… Tak perlu nak letak effort lebih! Tak percaya? Jom tengok bahan dan cara buat kat bawah ni!

RESEPI AGAR-AGAR MILO DALAM KOTAK

BAHAN-BAHAN:

2 kotak air Milo – Beli sini
1/2 sudu besar (4 gm) serbuk agar-agar – beli sini
Serbuk milo (untuk hiasan) – beli sini

CARA-CARA PENYEDIAAN:

1. Masukkan air kotak Milo dan serbuk agar-agar dalam periuk. Kemudian, kacau rata sehingga serbuk agar-agar larut sepenuhnya.

2. Panaskan campuran tersebut dengan api sederhana hingga mendidih.

3. Setelah mendidih, tutupkan api dan tuangkan campuran agar-agar ke dalam kotak air Milo yang telah dikosongkan.

4. Gunakan kotak air Milo sebagai acuan untuk bentuk agar-agar.

5. Simpan dalam peti ais selama 3-4 jam atau sehingga keras.

6. Keluarkan agar-agar dari kotak dan potong kecil-kecil. Akhir sekali, sajikan agar-agar dengan serbuk Milo sebagai hiasan.

7. Agar-agar milo dalam kotak pun siap dihidang!

Tips: Pastikan agar-agar benar-benar keras sebelum dipotong untuk menghasilkan bentuk yang cantik dan padat.

Haa, ‘simple’ kan resipi agar-agar milo dalam kotak ini! Bahan-bahan pun sangat ringkas, boleh dapatkan di mana-mana pasaran.

Selamat Mencuba.

Sumber: Facebook Buat Orang Lapo