Agar-agar Kering, Kuih Orang Dulu-dulu. Lama Tak Merasa, Ni Resipi Boleh Buat!

Share

Mengimbau antara kuih tradisi Melayu yang ketika ini tidak mudah untuk dinikmati, mungkin ada yang membayangkan agar-agar kering ini.

Dulu menjadi antara  menu yang istimewa bila tibanya musim perayaan dan sekali gus menjadikan menu ini cukup digemari ramai.

Rasanya yang manis dan ditambah pula berwarna warni, cukup membuatkan bukan sahaja orang dewasa malah kanak-kanak teruja untuk menjamahnya.

Dek kerana teringin untuk menikmati rasa agar-agar kering ini, apa kata kita sediakan sendiri untuk dinikmati seisi keluarga.

Resipinya seperti mana yang dikongsikan oleh Nur Husna Syahira Mohamed.

Alhamdulillah dah jadi agar-agar kering.. 1st time buat, saiz pon pelbagai . Potong guna pisau kek je..

Mula-mula buat penuh 2 tray besar, bila dah kering dapat seloyang tu je.. 4 hari jugak jemur sebab cuaca kejap panas kejap mendung.

Resepi agar-agar kering :
Agar-agar tali 60gm
2 cawan gula batu
4 cawan gula pasir
16 cawan air
4 helai daun pandan
Pewarna ikut kesukaan

Cara-cara:

Agar-agar tu rendamkan sekejap bagi lembut lepas tu toskan, masak semua bahan sampai mendidih dan larut. Tapis lepas tu letak dalam bekas asing-asing ikut nak berapa warna dan tambah pewarna kesukaan, biar sampai beku lepastu boleh la potong-potong dan jemur sampai kering..

 

Sumber : Nur Husna Syahira Mohamad