Agar-agar Kelapa, Segar & Enak Dimakan Saat Berbuka. Jadi Rebutan Seisi Keluarga!

Share

Selain juadah utama seperti lauk pauk yang menjadi kegemaran keluarga akan disediakan sebagai pilihan menu berbuka,  menu pencuci mulut juga tidak boleh dilupakan.

Apatah lagi dengan menikmati juadah pencuci mulut yang dihidang sejuk seperti puding mahu pun agar-agar, akan mampu membuatkan kita berasa begitu segar dan puas menikmatinya setelah seharian berlapar dan dahaga.

 

 

Jadi apa kata hari ini anda sediakan agar-agar kelapa yang dikongsikan oleh Mr Ali yang nyata nampak begitu menyelerakan.

Loyang 10 inci

Saya pakai 1 biji kelapa muda. Akan dapat lebih kurang 1 liter air kelapa

Bahan – Bahan:

LAPISAN PERTAMA:

-1 setengah cawan air

-1 cawan air kelapa

-70g gula

-5 gram agar-agar serbuk

-60 gram santan kotak

-1 sudu kecil garam

 

BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA

 

LAPISAN KEDUA:

-2 cawan air

-3 cawan air kelapa

-150g gula

-5 gram agar-agar serbuk

 

Cara- cara

LAPISAN PERTAMA:

– dalam keadaan api tertutup, masukkan 1 setengah cawan air dan 1 cawan air kelapa

serta 70g gula dan 5 gram agar-agar serbuk.

– kacau sebati bahan diatas. Dah sebati baru on api. Perlahan saja..kacau dalam 2-3 minit

– baru masukkan 60gram santan kotak. Saya pakai santan KARA. Masukkan 1 sudu kecil garam. Kacau hingga mendidih

– Bila dia dah mendidih..jangan kacau selama 2-3 minit. Lepas tu baru off api

– Tuangkan dalam loyang

– Biarkan ia mengeras pada suhu bilik je..means letak dekat luar je..pastikan persekitaran anda bersih

 

LAPISAN KEDUA

– masukkan kesemua bahan untuk lapisan kedua.

– kacau sebati baru hidupkan api. Perlahan saja kacau sampai naik wap

– Tapiskan

– Ambil agar-agar yang sudah keras tadi..cucuk sebanyak mungkin. Step ni PENTING supaya lapisan melekat. Kena cucuk banyak-banyak tau supaya lapisan melekat dengan kuat

– tuang sikit demi sedikit. Dah habis adunan..masukkan pula isi kelapa. Ikut kreativiti anda

– biarkan diluar selama 40 minit, baru sejukkan selama 2-3 jam.

– Sudah siap dan boleh makan.

Selamat mencuba!