Agar-agar Buah, Tengok Pun Nampak Sedap. Buatnya Pun Mudah!

Share

Makanan yang berwarna warni memang nampak menyelerakan. Apatah lagi jika dihidang sejuk seperti agar-agar buah ini. Memang tidak sabar untuk dijamah. Jadi ketahui dulu resipi untuk menyediaknnya dan bolehlah dibuat untuk dinikmati bersama seisi keluarga.

“Korang suka buah yang mana?… Cuaca panas-panas dapat makan nie sejuk tekak tau…Resepi kat bawah ye…”

Agar-agar buah @ fruit jelly by Miz’s Shaliza… 

Bahan-bahan

10gm serbuk agar-agar (clear)
200gm gula pasir halus (resepi asal 250gm)
Air 1 liter
Buah strawberi (potong dadu)
Buah kiwi (potong dadu)
Buah manga (potong dadu)

Cara:-
1.Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar kacau bagi larut.
2.Masak sampai mendidih..Tutup api.


3.Tuang dalam acuan yang dah berisi buah.
4.Simpan dalam peti sejuk baru keluarkan dari acuan. Siap

sumber : Miz’s Shaliza via MAHN