Hiburan

Afwa Minta Siti Nurhaliza Buat Susu Ketika Live, Comel Betul Suara Afwa, “Ibu, Susu Ni Dah Lama”

Share

Afwa minta Siti Nurhaliza buat susu ketika live, comel betul suara Afwa, “Ibu, susu ni dah lama.” Datuk Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan sapaan Tokti kerap meluangkan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman Instagram dan Tiktok.

Afwa Minta Siti Nurhaliza Buat Susu Ketika Live, Comel Betul Suara, “Ibu, Susu Ni Dah Lama”

Tambahan pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial Tiktok milik @sitizoner yang menarik perhatian ramai. Di dalam video berkenaan memaparkan Tokti yang membuat live kemudian keadaan menjadi huru hara apabila anak keduanya, Afwa meminta membuatkan susu.

@sitizoner #fyp ♬ bunyi asal – Sitizoner

Rata-rata warga maya terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa telatah anak-anak Tokti sama seperti anak mereka, tak boleh tengok ibunya ‘bersenang-senang.’

Berikut antara komen-komen warga maya.

Untuk rekod, Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2006. Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Siti Aafiyah yang dilahirkan pada 19 Mac 2018 dan Muhammad Afwa pada 19 April 2021.

Sumber: TikTok sitizoner 

Baca artikel lain juga: Datuk Siti Nurhaliza Taja 20 Pasangan Program IVF, Usaha Murni Bantu Miliki Zuriat Dipuji Warga Maya 

Datuk K Tunai Haji Tahun Ini, Ramai Sebak Dengan Perkongsian Dari Datuk Siti Nurhaliza

Sambut Hari Lahir di Turkiye Bersama Keluarga, Datuk Siti Nurhaliza Mengharapkan Lebih Banyak Memori Dicipta

 

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

IKLAN