Selepas Tujuh hari melahirkan anak keduanya, Dato Seri Siti Nurhaliza dalam satu kenyataan mengumumkan nama anak lelakinya itu.
Pengumuman tersebut dibuat beserta gambar yang memperlihatkan wajah anak lelakinya.
Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini, 26 April 2021, bersamaan dengan 14 Ramadan 1442H, anakanda saya genap berusia 7 hari.
Sunat menamakan anak yang baharu lahir dengan nama yang elok dan membawa makna baik kerana nama itu yang akan dipanggil di hari akhirat kelak.
Alhamdulillah, hari ini, suami dan saya ingin berkongsi wajah dan nama anakanda kedua kami.
Kami menamakan anakanda kami dengan nama Muhammad Afwa yang membawa makna keampunan atau kemaafan.
Muhammad Afwa lahir pada bulan Ramadan, bulan keampunan dan di dalam doa malam Lailatul Qadar juga ada menyebut afwa.
Afwa melengkapkan afiyah dan terdapat di dalam doa yang saya dan suami pilih iaitu doa yang saya muat naik di atas.
Semoga anakanda Muhammad Afwa sentiasa di dalam keampunan dan kemaafan Allah s.w.t. dan kita semua juga di dalam lindunganNya.
Foto: @aqoimran
Deco: @nasgreatidea_official
@bajanas_hq
#anakanda #muhammadafwa
Sumber : FB Siti Nurhaliza