
Hanya sempat bergelar bapa selama tiga hari, penyanyi Azmi Saat dan isteri, Nazira Muhammad berkongsi berita duka bayi sulung mereka disahkan meninggal dunia.
Berita tersebut kongsikan sendiri Azmi atau nama lengkapnya Khairul Azmi Mohd. Saat, 34, menerusi hantaran terkini dalam Instagram miliknya.
“Allah lebih menyayanginya. Afnan tunggu kami di syurga ya,” luah Azmi.
Afnan diuji dengan masalah kesihatan apabila dilaporkan mengalami masalah fungsi otak.
Ujar vokalis Caliph Buskers itu, Afnan terpaksa dipakaikan alat bantuan pernafasan sejak hari pertama dilahirkan pada 27 September lalu selepas doktor mengesyaki otak bayi itu tidak berfungsi kerana dia tidak bergerak.
“Ikutkan perancangan, doktor sepatutnya melakukan ujian Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) untuk melihat keadaan otak bayi itu, namun perancangan Tuhan mengatasi segalanya.
Sumber: Kosmo Online
ARTIKEL POPULAR: “Memori. Inilah Orangnya.” Fedtri Yahya Kongsi Wajah Pemilik Tulisan Khat Pada Duit Kertas Malaysia
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Rumah Persaraan Sebaiknya Kecil & Setingkat Sahaja”-Dr Azizul Azli Jelaskan Cara Nak Persiapkan Rumah Persaraan!

Biasanya bagi orang yang makan gaji, sering memasang angan-angan agar suatu hari nanti bila pencen dapat menghabiskan masa dan menikmati kehidupan yang tenang dan damai di kampung dengan membina sebuah rumah yang serba serbi sempurna.
Pun begitu, jika berangan sahaja mana mungkin dapat direalisasikan. Untuk itu, ada baiknya baca perkongsian daripada Dr Azizul Azli Ahmad, pakar kewangan dan pelaburan berkongsi info tentang rumah persaraan. Semoga ianya bermanfaat.
RUMAH PERSARAAN KITA?
1. Jika ada impian buat rumah persaraan. Jangan tunggu bersara baru buat rumah atau beli rumah.
2. Beli saja rumah kecil atau sederhana dulu dari sekarang. Bila nak bersara boleh jual rumah itu, dapat duit maka binalah rumah impian. Ada perbezaan antara rumah kediaman dan rumah impian.

3. Jangan guna wang persaraan untuk buat rumah, nanti akan habis sebelum kita tua dan susahkan anak menantu kita sahaja. Duit persaraan habis buat rumah agam idaman kita, tapi tinggal berdua. Jangan utamakan ego kita.
4. Kita harus ada tabung rumah sendiri dan bukannya datang dari dana persaraan kita.
5. Jangan amalkan juga beli rumah biarkan kosong, sebab dah bersara nanti baru nak duduk. Sewakan sahaja jika tidak ia tetap akan rosak juga atas faktor usia.
6. Rumah persaraan sebaiknya kecil sahaja. Ya kecil dan sebaiknya setingkat sahaja.
Makin besar rumah persaraan kita, ia telan banyak duit simpanan kita.
“Biarlah, bila lagi nak merasa”. Jika tak susahkan sesiapa sahaja, silakan saja. Jangan sampai anak cucu mengata kita susahkan mereka.
7. Menjaga rumah yang besar selain telan duit kita, ia perlukan banyak tenaga menjaga.
8. Jangan ada impian ada 10 anak perlu ada 10 kamar tidur. Kita bukan kerabat diraja Jawa yang kaya raya itu. Kita rakyat jelata sahaja.
Kawan kawan yang baik, Pasanglah impian ada rumah sendiri waktu mula kerja. Jika dah 5 tahun kerja belum ada rumah, semak semula kemana gaji kita. Rumah Bersara Biarlah Kecil, Selesa dan Sederhana.
Sumber : Azizul Azli Ahmad
ARTIKEL MENARIK:Jagung Manis Leleh, Paling Mudah Nak Buat & Paling Anak-anak Suka!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Nak Pasang Decking Kayu Untuk Laman Begini Caranya. Tak Pro Pun Boleh Buat, Mudah Sangat & Jimat!
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Dulu Berat 130kg Kini 65kg Berkat Isteri Konsisten Bekalkan Makanan Setiap Hari & Amal Diet Suku Suku Separuh

Siapa sangka, tiga tahun yang lalu, beratnya menjangkau 130kg. namun, berkat mengamalkan diet suku suku separuh, kini dia sudah mencapai berat 65kg.
Guru bernama Norazman Md Noh ini mengakui, rahsia dapat menurunkan berat badan sebanyak itu adalah dengan membawa bekal yang disediakan oleh isteri hari-hari pergi kerja.
Jom baca perkongsian lelaki ini dan anda yang nak turunkan berat badan tu, bolehlah cuba tip yang dikongsikan ini.
BUAT BERSAMA PASANGAN RAHSIA UTAMA TURUN BERAT SANTAI
Alhamdulillah
MasyaAllah
Tabarakallah
Teman seperjuangan dalam proses turun berat secara sihat dalam mengamalkan DSSS ni ialah PASANGAN saya sendiri iaitu Ustazah Khairulasma Shapiai.
Dia pun sama GEMOK macam saya jugak sebab kami memang suka makan dan makan sampai sekarang.
Kami hanya tukar tabiat pemakanan jer.
Memang memula saya nak buat ni isteri saya terus bagi sokongan padu dan berterusan hingga sekarang.
Kami bersama bangun jam 4.30 pagi setiap hari siapkan bekal sebelum ke sekolah.
Ada masa sebelum subuh kami TAHAJJUD dulu kemudian letakkan bekal yang dah siap depan pintu rumah sebelum ke sekolah.
Begitulah rutin setiap pagi kami hingga hari ni, semua dengan izin Allah…ALHAMDULILLAH
Saya share sikit TIPS KONSISTEN DSSS :
1. TAHU hala tuju apa nak dicapai
2. Kena ada TARGET, capai sikit-sikit
3. Sentiasa bagi SEMANGAT satu sama lain
4. Kena rajin cari ILMU, belajar dan banyak membaca
5. Cuba semua RESIPI & MENU SIHAT
6. SABAR dengan hasil sebab dia tak datang terus
7. Jangan dengar CAKAP ORANG terutama bab BAWAK BEKAL dan SUKU SUKU SEPARUH ni
No 7 tu saya sebagai cikgu lelaki, ada teman cikgu jugak pernah sebut depan-depan saya dan kengkawan masa baru pindah ke sebuah sekolah dengan nada penuh sinis :
” Tak lama tu bawak bekal, 3 hari jer…paling lama 3 minggu…”
Satu lagi bab tak sedap :
” Akak tak boleh la makan cenggini…sedap ker…? Kering jer…takde kuah…ish…”
Dia punya sentap lalu kat hati saya Allah jer yang tahu, kalau ya pun cakap dalam hati udah ler….😅
Tetapi, itu punca kekuatan saya dan isteri nak terus bawak bekal hingga hari ni sebab nak buktikan bahawa menda ni senang sangat dan kami enjoy journey ni.
Sekian celoteh saya malam ni…😁✌
Harap post ni tak la bersemut sangat…🐜🐜🐜 😅✌💖😎
Semoga bermanfaat.
5Tips Nak Handsome Dengan Cara SIHAT
1. Guna Pinggan Kecil
Ubah cara makan anda dengan menggunakan pinggan yang kecil. Restoran sekarang sering gunakan pinggan besar. Talam pun ada ok!
Dari sudut psikologi, manusia akan memenuhkan pinggan mereka. Lagi besar pinggan, lagi banyak makanan yang diambil.
2. CARI KAWAN YANG SAMA MATLAMAT
Jika semua kawan-kawan anda “kaki makan”, apa kata anda bergaul dengan kawan-kawan anda yang sama matlamat dengan anda (diet).
Sekurang-kurangnya, anda dapat mengawal nafsu makan anda apabila keluar dengan mereka
3. BELAJAR KALORI
Ilmu pengetahuan mengenai kalori itu penting. Saya sarankan agar anda mendapatkan banyak maklumat mengenai makanan dan minuman serta nilai kalori dalam meal plan anda
4. KENA ADA GENG
Kalau anda masih belum bersenam, mulakanlah bersenam. Jalan kaki sahaja pun boleh. Tetapi ianya lebih seronok sekiranya anda mempunyai satu komuniti yang dapat saling memberikan sokongan dan melakukan perkara yang sama.
5. MASAK SENDIR
Makan makanan yang dimasak dari rumah adalah lebih baik daripada makan makanan di kedai. Anda boleh mengawal kandungan minyak, gula dan garam. Lagi pun, kos pun lebih jimat. Ada duit lebih sedikit untuk menabung. Jadi, mulalah bawa bekal dari rumah
SUKAR hanyalah mainan minda sahaja dan minda boleh di ubah dengan PEMIKIRAN YANG POSITIF
Kredit: Norazman Md Noh & Public Health Malaysia
Sesi Persekolahan Baru Bermula, Tapi Pakaian Sekolah Anak ‘Kepam’ Macam Bertahun-Tahun Guna. Wanita Ini Kongsi Petua Baju Kekal Putih Sepanjang Tahun.

Sesi persekolahan bagi tahun 2023 baru sahaja bermula pada bulan Mac yang lalu, namun kalau tengok pakaian sekolah anak-anak rasa geram sangat sebab ‘kepam’ seperti sudah bertahun-tahun digunakan.
Pernah juga melarang mereka untuk tidak bermain kotor, tapi budak-budak sampai manalah mereka akan hentikan aktiviti itu. Sehari dua mungkin dengar kata, tapi hari-hari berikutnya sudah seperti biasa.
Jadi mak-mak inilah yang terpaksa sental kotoran pada baju mereka. Ada juga menggunakan beberapa petua untuk kekalkan keputihan pada baju tapi semuanya tidak kekal lama malah ada yang menjadikan pakaian cepat reput.
Jangan risau, petua yang dikongsikan oleh Puan Leena Hassan ini sangatlah berguna dan jimat untuk mengekalkan keputihan pada baju.
Belajar daripada sepupunya seorang jururawat tentang cara mengekalkan baju unifom supaya kekal putih katanya dia hanya menggunakan sabun mandi saja.
Cara tersebut dipraktikkan untuk mencuci baju sekolah anaknya, ternyata memang berkesan. Bukan saja putih bersih, wangi pulak tu. Paling penting jimat tak perlu beli lagi pencuci yang mahal.
Bagi mak-mak yang ada anak sekolah tahun depan boleh ikut ya cara Puan Leena ni. Confirm kurang sikit membebel, sebab dah cuba!
Sudah lama saya R&D dengan pelbagai formula & brand sabun baju untuk jadikan baju sentiasa putih. Tapi tidak pernah menjadi.
Guna Cloroc, baju akan jadi kuning. Guna nila, baju akan jadi lebam. Guna Vanish, kos tinggi. So saya tanya sepupu saya Siti Atirah Sharifuddin yang bekerja sebagai nurse. Apa rahsia nurse menjaga uniform untuk sentiasa putih?
Nahhhhhh, Nin diaaaa cara-cara nya. Anda boleh cuba untuk uniform anak sekolah nanti.
Saya suka guna sabun Lux – Rose. Sebab bila baju dah kering, bau ros masih ada. Kerja lebih sikit untuk memarut sabun ketul tu tapi tak mengapa lah, saya tidak sibuk mana pun untuk menjadikan itu satu alasan.
Rendam baju-baju putih dengan sabun Lux yang diparut selama 1 malam. Saya tambahkan sikit sahaja sabun baju biasa. Esoknya, terus on mesin basuh. Tidak perlu sental.
Dah siap, putih bersih kan
Simpan dan share tip ni dengan ibu-ibu lain ok! Terima kasih Puan Leena.
Sumber: Leena hassan
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club