Setiap tahun, tak kisah la ketika perayaan apa sekalipun, biskut ini semestinya menjadi perhatian ramai. Apa lagi kalau bukan tart nenas!
Kalau dikira pada bentuknya pula, ada sesetengah orang lebih gemar dengan tart nenas gulung inti di dalam, ada yang suka jenis bunga pelbagai bentuk, malah ada juga yang lebih gemar makan kosong tanpa inti!
Nak buat tart nenas ni bukannya susah tau, especially nak buat jenis bunga hanya perlu tekap dan letak atas tray. Kalau yang gulung sedikit renyah kerana memerlukan teknik yang betul untuk mendapatkan bentuk yang cantik.
Yang mana setiap tahun kerjanya hanya beli sahaja, apa kata tahun ini cabar diri untuk buat sendiri je tart nenas kat rumah! Intinya tu kalau tak rajin nak buat sendiri, beli je yang ready made di kedai barang bakeri, mudah kan? Hehe. Tinggal nak buat kulitnya sahaja je. Nak tahu buat macam mana, meh tengok resipi di bawah!
TART NENAS BUNGA Azlina Ina
BAHAN A
Tepung gandum 3 1/4 cawan
2sb tepung jagung
2sb tepung kastard
BAHAN B
seketul buttercup 250g
3 sb susu pekat (gune susu boleh gula kastor halus boleh tp susu lg mudah sbb mudah sebati )
3sb susu tepung
2 sb minyak sapi Ghee blend
1 bijik kuning telur
Sedikit esen vanila
Sedikit pewarne kuning
Inti
Jem nenas/strawberry/nuttella
Cara-caranya:
2. Campurkan semua bahan B dan kacau sebati (menggunakan senduk/spatula pun boleh)
3. Kemudian dalam bekas lain campurkan semua bahan A dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam bahan B hingga abis dan jadi doh cantik
4. Sebelum bakar – sapu tray dengan butter
5. Terap kan ikut suke bunga apa, kemudian letak inti nenas
6. Panaskan oven 170 selama 5 minit
7. Masukkn tart dan bakar suhu 160 masa 25 minit tengok oven korang jugak la…selamat mencuba!
p/s: Oven saya kecik hanya guna suhu 150c 25 minit ..kalau suhu 155c 25 minit dah agak garing..tapi sedap makan garing…rupa jela kurang lawa agak burn🤭
Sumber : Nur Bella
Jom tonton kisah Hikayat 1001 Malam yang dibawakan oleh Bintang Kecil.
Bulan puasa ni masa untuk kita tambah pahaladengan membuat amal ibadah. Jom didik jiwa mendekati keluarga sakinah.
Nak tahu cara mudah uruskan kewangan keluarga? Semak sini!
Yang mana adik adik ada masalah mata, jangan takut bagitau ibu ayah ye, macam BK squad ni!