Pasangan selebriti popular, Scha Alyahya dan Awal Ashaari menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-7 semalam.
Menerusi entri di Instagram (IG), Scha dan Awal telah memuat naik beberapa foto berserta ucapan ulang tahun perkahwinan mereka.
“Semalam tak sempat nak reminiscing pasal old time sebab sibuk lari sana sini, so I buat today la.
“Dear wife, thank you so much for sharing your life with me and I can’t imagine having to live a day without you.
“Terima kasih melahirkan dan membesarkan anak kita dan be patience with us. Semoga Allah merahmati kita sekeluarga,” tulis Awal.
Lebih istimewanya, dalam banyak-banyak ucapan dan kad, pastinya pemberian anak tersayang paling bermakna. Lebih-lebih lagi dia menghasilkan sendiri kad tersebut untuk dihadiahkan kepada mommy dan daddynya.
Kad tersebut mendapat pujian dari selebriti dan juga pengikut laman instagram Awal.
Awal sebelum itu memuat naik gambar isterinya dengan kapsyen yang cukup ringkas namun sangat bermakna.
Selain ucapan Awal dan kad dari Lara, Scha juga tidak ketinggalan berbuat demikian.
Foto: Instagram @awalashaari, @schaalyahya