Semalam penyanyi bersuara lantang, Adira Suhaimi mengejutkan ramai pihak bila mana memfailkan perceraian terhadap suaminya, Datuk Seri Adnan Abu.
Hari ini peguam syarie, Muhammad Akmal Amzan yang mewakili usahawan Datuk Seri Adnan Abu mengesahkan tiada persefahaman menjadi punca penyanyi Adira Suhaimi memfailkan perceraian itu.
Memetik laporan Utusan, permohonan perceraian terhadap Datuk Red itu merupakan yang kedua difailkan oleh Adira sejak mendirikan rumah tangga bersama.
Malah jelasnya lagi, Datuk Red menolak kerana percaya bahawa perkahwinan mereka masih boleh diselamatkan tetapi Adira kekal dengan keputusannya untuk berpisah.
“Saya tidak boleh bercerita banyak namun apa yang boleh dikongsikan permohonan perceraian dilakukan kerana tiada persefahaman.
“Memang Datuk Red ingin menyelamatkan rumah tangga namun Adira kekal dengan keputusannya untuk berpisah,” katanya berkongsi.
Ketika sebutan kes di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang semalam, Adira melantik kakaknya Emma Suhaimi sebagai wakil untuk proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).
Sementara itu, Datuk Red pula gagal membawa calon bagi JKP dengan alasan mempunyai urusan yang tidak dapat dielakkan.
“Hari ini (semalam) sepatutnya berlangsung proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) cuma Datuk Red maklumkan pagi tadi (semalam) bahawa dia ada urusan.
“Hakim ada menasihatinya untuk hadir ke mahkamah pada sesi akan datang demi memastikan proses JKP berjalan lancar,” ujarnya.
Terdahulu, Adira mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Datuk Red di Songkhla, Thailand sebagai isteri kedua pada 3 Disember 2015. Pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata.
Menarik: Tahniah Azmi Saat Timang Bayi Perempuan, Luah Rasa Syukur Anak Isteri Sihat!
Berita baik untuk pasangan yang sedang merancang untuk hamil! Pelajari ilmu kesuburan, bawa pulang goodies istimewa serta peluang menang hadiah lumayan. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-romantika-hi-tea/
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Hanya perlu join group Whatsapp ini: https://chat.whatsapp.com/JcDPcXwwhrh4v052XOEmAG
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Sumber: Utusan Online