Penyanyi, Adira Suhaimi dipuji ramai kerana mengumpulkan kesemua anak-anak bekas suaminya, Datuk Red sempena hari kelahiran bekas suaminya baru-baru ini.

Bekas suami Adira iaitu Adnan Abu atau mesra dikenali Datuk Red turut meluahkan rasa terharu apabila diraikan dalam majlis itu malah paling membuatkan dirinya terharu apabila kesemua anaknya dapat berkumpul.

Adira Raikan Hari Lahir Datuk Red, Kumpulkan 10 Anak Sambut Sama-Sama!

Tambah Datuk Red, perkara yang paling membahagiakan dirinya pastinya dapat meraikan hari istimewa itu bersama kesemua 10 orang cahaya matanya.

“Saya gembira dapat kumpulkan 10 orang anak saya dan berjumpa dengan adik-beradik saya.

Ads

“Ia adalah nikmat yang lama saya impikan,” ujarnya.

Bapa kepada 10 orang cahaya mata itu juga turut berterima kasih kepada Adira di atas penghargaan buat dirinya.

Adira Raikan Hari Lahir Datuk Red, Kumpulkan 10 Anak Sambut Sama-Sama!

Ads

“Terima kasih Adira kerana menghabiskan wang, tenaga dan usaha untuk menjayakan hari kelahiran saya.

“Untuk Adira, saya sudah tiada kata-kata untuk awak,” tulisnya.

Ads

“Buat Adira, andai kita tiada jodoh dan usia saya singkat, saya doakan awak bahagia dan berjaya bersama anak-anak,” tulisnya lagi.

Menerusi video yang dikongsikan itu juga, Datuk Red dilihat cukup gembira bersama kesemua anak-anaknya yang mengenakan pakaian sedondon warna hitam. Jelas terpancar wajah bahagia seorang bapa dapat bersama anak-anaknya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa sebak dengan ucapan yang ditulisnya. Dalam masa yang sama, mereka turut mendoakan kesejahteraan Datuk Red.

Terdahulu, Datuk Red menceraikan Adira dengan talak satu pada 23 April 2024.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI