Hiburan

Adira Matang, Tak Tuntut Nafkah Anak

Share

Dalam rumahtangga ni kalau boleh memang kita nak pertahankan sehabis baik. Siapa je tak sayang rumahtangga sendiri.

Rumahtangga ni ibarat masjid, masjid nak dibina bukan senang. Ambil masa bertahun. Bila dilanda badai, kita cuba perbaiki balik.

Sama la jugak dengan rumahtangga. Tapi, rumahtangga pon susah untuk berdiri teguh bila hanya ada satu pihak saja yang mencuba.

Kita dengar petikan “tepuk sebelah tangan tak berbunyi” dalam awal hubungan je tapi untuk rumahtangga pon valid.

Tambah lagi bila usia perkahwinan dah lama. Mustahil tak ada rasa sayang dengan perkahwinan tu kan.

Semenjak dua menjak ni isu Adira Suhaimi dan Datuk Red hangat diperkatakan. Adira memfailkan cerai terhadap Datuk Red pada Oktober lepas atas alasan tiada persefahaman.

Walau bagaimanapun, hubungan mereka di media sosial tetap kelihatan baik dan normal.

“Bahawa saya Adnan Abu menceraikan Adira Suhaimi dengan talak satu,” – Datuk Red

Pagi ini, Datuk Red telah melafazkan cerai terhadap Adira dengan talak satu pada pagi tadi. Lafaz itu didengar oleh Hakim Syarie, Abdul Hadi Omar.

Datuk Red tunduk sayu manakala Adira nampak tenang. Mereka sempat bersalaman sebelum bersurai.

Mereka dikurniakan empat cahaya mata, Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4, dan Ayob yang kini berusia setahun hasil sepanjang lapan tahun perkahwinan itu.

 

Adira setuju untuk tak menuntut sebarang nafkah daripada Datuk Red.

Sedihnya kan bila benda macam ni berlaku. Tambah lagi bila netizen berharap dan mendoakan agar mereka tidak berpisah. Tetapi semua yang berlaku pasti ada hikmahnya sendiri.

Mungkin ini adalah jalan yang terbaik untuk mereka daripada terus bergaduh dan berada dalam hubungan yang toksik. Boleh buat anak-anak trauma tau.

MESTI BACA: Jejak Tanah Suci Buat Kali Pertama, Adira Minta Doa Orang Ramai

Berpisah Dengan Suami Jalan Terbaik, Adira Enggan Tunjuk Kesedihan Depan Anak!

Adira Suhaimi Tekad Mahu Berpisah Dengan Suami, Tiada Persefahaman Jadi Punca!