Dalam rumahtangga ni kalau boleh memang kita nak pertahankan sehabis baik. Siapa je tak sayang rumahtangga sendiri.
Rumahtangga ni ibarat masjid, masjid nak dibina bukan senang. Ambil masa bertahun. Bila dilanda badai, kita cuba perbaiki balik.
Sama la jugak dengan rumahtangga. Tapi, rumahtangga pon susah untuk berdiri teguh bila hanya ada satu pihak saja yang mencuba.
Kita dengar petikan “tepuk sebelah tangan tak berbunyi” dalam awal hubungan je tapi untuk rumahtangga pon valid.
Tambah lagi bila usia perkahwinan dah lama. Mustahil tak ada rasa sayang dengan perkahwinan tu kan.
Semenjak dua menjak ni isu Adira Suhaimi dan Datuk Red hangat diperkatakan. Adira memfailkan cerai terhadap Datuk Red pada Oktober lepas atas alasan tiada persefahaman.
Ads
Walau bagaimanapun, hubungan mereka di media sosial tetap kelihatan baik dan normal.
“Bahawa saya Adnan Abu menceraikan Adira Suhaimi dengan talak satu,” – Datuk Red
Pagi ini, Datuk Red telah melafazkan cerai terhadap Adira dengan talak satu pada pagi tadi. Lafaz itu didengar oleh Hakim Syarie, Abdul Hadi Omar.
Datuk Red tunduk sayu manakala Adira nampak tenang. Mereka sempat bersalaman sebelum bersurai.
Mereka dikurniakan empat cahaya mata, Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4, dan Ayob yang kini berusia setahun hasil sepanjang lapan tahun perkahwinan itu.
Ads
Adira setuju untuk tak menuntut sebarang nafkah daripada Datuk Red.
Ads
Sedihnya kan bila benda macam ni berlaku. Tambah lagi bila netizen berharap dan mendoakan agar mereka tidak berpisah. Tetapi semua yang berlaku pasti ada hikmahnya sendiri.
Mungkin ini adalah jalan yang terbaik untuk mereka daripada terus bergaduh dan berada dalam hubungan yang toksik. Boleh buat anak-anak trauma tau.
Hampir 9 bulan melahirkan bayi sulungnya, pelakon Ika Nabella dalam satu perkongsian memberitahu, beratnya kini turun kepada 50 kilogram (kg).
Ini hasil dia melakukan sedikit senaman selain menyusukan anaknya Muhammad Noah Zayn.
Menurut Ika dia cuba hendak konsisten melakukan senaman untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal.
“Mommy is back! Haha sanggup book class 8 malam semata-mata nk cuba indoor cycling yang famous tu.
“Makan hati tengok mak-mak yang pergi workout pakai sportbra tayang perut flat. I pun nk jugak flat mcm tu hehe.
“Perut Mamika dah flat. Berat pun dah 50kg dari 72kg. Tak buat heavy workout out pun, breastfeed je Alhamdulillah 500-700 calories hangus everyday.
“Tapi apa salahnya start balik work out macam dulu. Tone up sikit sisa-sisa melahirkan tu. Sekeping sangat pun tak lawa. Ayah Noah Zayn suka yg padu sedap pelukkan,” katanya yang memuat naik sekeping foto ketika mengunjungi gim baru-baru ini.
Benarlah, pengalaman hidup itu mendewasakan dan dengan pengalaman itu juga mengajar kita erti kehidupan. Malah dengan pengalaman hidup yang dikongsikan oleh orang lain juga akan menjadikan kita tahu dan mengerti erti bersyukur yang sebenar.
Hal ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Sri A’jilah Mohd Samsir dan ini kisahnya.
Kisah ni memang sangat membuka mata saya dan ubah cara saya berfikir. Saya lihat anak-anak dan suami dengan cara yang berbeza.
Ini kisah kawan saya, Kak Ti. Dia tua 3 tahun je dari saya. Sebab tu, apa yang berlaku pada dia, sangat dekat dengan saya.
Kak Ti ni orang yang sangat pandai berdikari. Tegas juga dengan anak-anak. Walaupun dia surirumah, tapi dia sangat pandai cari duit. Cergas dan ceria orangnya. Paling penting, sangat banyak mulut. Dia jenis out spoken. Dia akan cakap je apa yang dia rasa betul.
Saya pernah tanya dia pasal “Me-Time.” saya sangat percaya yang setiap perempuan yang bergelar isteri ni, mesti ada me-time. Untuk refresh kan balik diri, untuk bagi ruang pada diri sendiri.
Suami pun kena “give and take.” Isteri dah penat layan dan uruskan anak-anak, suami kena bertolak ansur lah sikit. Isteri bantu cari duit, suami bantu juga urusan rumah. Kan best macam tu. Aman harmoni rumah tangga.
Jawapan Kak Ti ni memang menusuk jiwa saya. Sangat membuka mata saya.
“Sri, suami yang baik ni memang ramai. Yang nak bantu isteri uruskan hal-hal rumah, tengokkan anak sama-sama, memang ada. Tapi kebanyakannya memang buat donno je.
Kau mop lantai, anak menangis nak makan, nak mintak basuh berak, dia rileks je main handphone. Baru kau berlari nak basuh berak anak, sorang lagi anak dah meraung tergelincir pijak tempat kau mop. Tapi laki kau masih cool. Sakit tak hati kau? “
Memang laju je saya mengangguk. Kita huru hara dengan anak-anak, empatilah sikit kan? Anak kita kot. Bukan anak aku sorang.
Kalau dah semua benda nak buat cool, ni memang mencetuskan pergaduhan!
Kak Ti senyum.
“Kau tau Sri, dulu, akak pun fikir macam kau. Kadang-kadang jadi benci kat suami sendiri sebab aku tak pernah ada masa untuk diri sendiri. Mandi pun terkejar-kejar, solat pun cepat-cepat. Aku sampai terfikir, baik aku hidup sorang-sorang. Semua benda pun aku buat sendiri. Apa bezanya!
Tiba-tiba, suami aku sakit. Allah macam jawab kata-kata aku. Aku buat semuanya sendiri. Termasuklah cari duit untuk keluarga kecil aku ni.
Aku buat semua dan jaga suami aku dengan harapan dia akan sembuh. Aku pelik, sebab sejak suami aku sakit, aku tak pulak stress nak marah suami nak marah anak-anak.
Rupanya, sebab aku tak bergantung dah pada manusia. Aku tak berharap dah pada suami aku untuk tolong. Aku buat je semua. Siap ada masa untuk tahajjud, untuk dhuha. Time suami aku sihat, aku jarang sangat dapat buat benda ni. Betul, kalau kau berharap pada manusia, kau akan jumpa banyaknya kecewa.
Waktu ni, aku memang takde me-time langsung! Aku penat sangat tapi aku sangat puas hati buat semua tugas aku dengan gembira.
Aku tak perlukan me-time, tapi aku sangat-sangat perlukan We-time. Aku rindukan suami aku yang suka bergurau, aku rindukan saat dia balik kerja dan anak-anak berlari peluk dia. Aku rindu sangat masa dia layan anak kecik aku ni main kuda-kuda.
Suami aku ada sisi buruknya, tapi aku terlupa yang dia juga ada banyak sisi baik yang aku tak nampak waktu dia sihat dulu.
Nanti, bila anak-anak kau dah besar, kau me-time lah sampai pengsan. Sekarang ni, anak-anak kecik-kecik, memang kau akan penat berganda-ganda. Tapi ni lah we-time yang akan kau rindu sampai mati. “
Gambar sekadar hiasan
Saya terdiam. Terbayang wajah suami dan anak-anak. Tak tahulah apa jadi kalau saya berada di tempat dia.
Saya harapkan pasangan yang sempurna, yang faham bila kita perlukan bantuan, tapi saya lupa, saya sendiri banyak tak sempurna. Kurang di sini sana.
Tahun ni, hampir 10 orang kawan sebaya saya, yang dipanggil Tuhan. Terasa cepatnya Tuhan ambil kembali hak Dia. Tapi dah memang hakikat mati tak pernah kenal usia.
Kak Ti sendiri, sudah kehilangan suami.
“Sri, kau ada suami, ada anak-anak, kau hargai lah! Tak perlu fikir berapa banyak kau dah korbankan, tapi fikir je yang kau cuma nak beri, beri dan beri. Itu semua pahala yang kau tak nampak. Kau memang akan penat, tapi kau ikhlas kan aje. Dunia kan tempat berpenat.”
Saya menangis.
Rasa kerdilnya diri.
Saya banyak merungut bila penat uruskan rumah. Tak nampak dah yang semua tu ladang pahala. Dalam hati ni Kadang-kadang termaki hamun juga suami. Ikhlasnya hilang. Penat je yang tinggal.
Kita ni, memang bila dah rasa kehilangan, baru tahu nak belajar menghargai. Padehal, kita boleh je belajar memberi dan menghargai sementara semua orang yang kita sayang ada di depan mata.
Semua ibu bapa di dunia ini mahu setiap anak yang dilahirkan, dapat dididik dan diasuh menjadi orang berguna serta berjaya dalam hidup.
Pun begitu, mengasuh dan mendidik tidak pernah menjadi sesuatu yang mudah. Sebaliknya kian mencabar dari hari ke hari.
Apatah lagi saat anak sudah meningkat remaja, kehidupan lebih terdedah dengan pelbagai permasalahan sosial dan pengaruh negatif yang sangat merunsingkan ibu bapa.
Memberi kesedaran tentang itu, andai Ibu bapa terjumpa botol macam ni di rumah, jangan tak tahu bahawa ini adalah alat untuk menghisap dadah ‘Batu’, ‘Syabu’, ‘Ice’, ‘Kaca’.
Kalau terjumpa dengan straw yang berisi seakan ‘garam’ ‘gula’ atau straw yang dipotong-potong kosong dalam bilik anak-anak, sila soal siasat anak anda ya.
Jangan pula percaya kalau anak beritahu ni adalah projek sains sekolah atau projek ubah suai botol.
Jangan dibiarkan, jangan ditunggu anak terjebak teruk baru nak dibawa pergi mendapatkan rawatan.
Jangan tunggu anak dah mula mengamuk, mula mencuri baru nak hantar ke pusat pemulihan.
Mencegah kan lebih baik dari mengubati.
Ok ni antara tanda-tanda anak menghisap dadah syabu adalah tak tidur malam 2-3 hari.
Kesannya pada otak anak-anak akan rosak dalam masa yang singkat. Boleh menyebabkan mereka menjadi gila. Dadah sintetik ini nampak biasa-biasa tetapi berbahaya tau !
disclaimer : Tujuan post ini adalah untuk memberi pengetahuan tentang bahaya dadah.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.