Tular di facebook perkongsian seorang wanita yang berkongsi kisah kakanya meninggal dunia ketika hamil didakwa mengalami kenaikan berat badan secara mendadak.
Menerusi muat naik di facebook, Faridah Mohd Fatah berkongsi mengenai kejadian menyentuh hati apabila kehilangan ahli keluarga. Redha dengan takdir, dia juga berkongsi kronologi situasi arwah.
Tujuan perkongsian itu adalah untuk memberi kesedaran kepada wanita hamil mengenai kepentingan menjaga kesihatan ketika hamil.
Perempuan BMI tinggi dan berusia 30an dan mengandung atau nak mengandung sila baca ini.
Sharing ni saya buat atas rasa tanggungjawab untuk sy beri kesedaran selepas apa yg sudah berlaku pada arwah kak Dewi.
Tanggungjawab sy utk sampaikan supaya ramai celik mata dan atleast mungkin dpt selamatkan nyawa ibu mengandung atau bakal mengandung yg lain. Since kes arwah kakak sy rare dan jarang berlaku.
Untuk yang bertanya kenapa boleh berlaku ?
✅ Arwah kakak sy takde darah tinggi, takde kencing manis yang teruk, takde any issue sepanjang 8 bulan beliau mengandung.
✅ Even checkup pun semua on time di kk & juga hospital utk follow up diabetic (disebabkan pernah ada sejarah diabetic waktu 1st pregancy dulu).
Saya ralat.
Sy ralat sebab sy lambat bagi kesedaran pada arwah. Sy ralat sbb nurse & dr di KK tak tekan kan pada patient apa bahaya nya. Bahaya yang boleh bawa maut pada ibu & anak. Arwah innocently taktahu risiko nya.
Yelah ibu mengandung even sy pun dulu selalu ambil enteng tentang kesihatan diri. But skrg, perkara sudah berlaku depan mata sampai menyebabkan maut pada keluarga sy sendiri.
Sebelum dr & nurse KK balik, saya bagitau dorang untuk lepas kes arwah kakak sy ni berlaku tolonglah tolong tolong tolong maki ke marah ke tegas ke dgn patient yang ada 2 risiko diatas.
Sedarkan mereka, bagitau mereka yang risiko nya boleh bawa maut kepada ibu & anak. Jangan main-main atau pandang enteng.
UPDATE TERKINI:
Mohon semua sedekahkan al-fatihah buat bidadari syurga kami yang syahid melahirkan Sata Dewi Ningsi & doakan semoga baby arwah baby Safwan yang masih di ICU kembali sedar, baik sihat spt sediakala & dipanjangkan usianya. Amin 🤲🏻
Updated :
Baby Safwan dah meninggal 14 hari selepas arwah ummi dia bertarung nyawa lahirkan dia. Kuat semangat baby Safwan nak berusaha hidup, tp Allah lebih sayangkan dia.
Al-Fatihah buat bidadari & wildan syurga kami ❤️
Sata Dewi Ningsi Binti Mohd Fatah
Ryaz Safwan Bin Irawan Rizwan
Sumber: Faridah Mohd Fatah