Ucapan Happy Birthday dari seorang ibu yang dikenali sebagai Puan Nur Aufa Syaza ini, berbeza sebagaimana ibu-ibu lain mengucapkan dengan penuh rasa ceria dan bahagia. Melalui perkongsian ini, ucapan birthday yang diluahkan penuh dengan emosi menyentuh perasaan. Apatah lagi, anaknya itu telah kembali kepada sang penciptanya.
Semoga anak syurga ini berbahagia di Taman Syurga Firdausi dan sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah untuknya.
Happy Birthday Auni Dhaniyah, anak syurga ibu
Adik lahir 9 Nov. Dapat balik rumah dalam 20 hari. 26 Nov-27 Jan, Allah dah aturkan supaya masa cuti ibu dihabiskan utk adik sorang je. Ibu duduk dgn adik dkt hospital.
Ibu senang hati duduk dkt hospital sbb nurses, doctors semua layan ibu dgn sgt baik. Ada la 1,2 yg kdg2 buat kita geram, tapi halahhh lupakan je la. Kena ingat, diorang jugak la yg berkhidmat utk anak kita yg sakit ni ha.
Dalam hidup ni kita kena lupakan apa kesilapan yg org buat pd kita, ingat kebaikan diorang je supaya dlm hati tak timbul titik hitam selain titik hitam dosa2 kita. Ok kembali ke cerita.
Ads
30 Nov, ibu dapat surat yg adik confirm ada jantung berlubang 9mm. Tapi tengok lah, dalam sakit2 boleh senyum. Pipi boleh tembam. Lidah pun tersentil jugak.
27 Jan, Allah dah tarik sikit nikmat ibu utk bersama dgn adik. Adik dah duk dalam ICU. Keadaan adik semakin kritikal. Dah intubate. Tapi sepanjang tempoh intubation tu adik tak diam, nak main2 jugak. Ibu datang je tgk adik, nak borak la. Nak gelak2, senyum. Ishhhhhh.
Adik sepatutnya operate 19hb Feb, tapi sbb CNY tak ada doc yg cukup utk jaga adik after op. Ibu redha. Next confirm date, 25 Feb.
Ads
24 Feb. Ibu datang pagi tu, dari jauh dah nampak adik duk aktif. Duk main2 selimut dgn kaki. Ibu sampai je dkt adik, adik beri senyuman yg paling manis dgn ada airmata. Ibu tak sangka, rupanya itulah senyuman yg terakhir adik utk ibu. Lepastu adik terus je tidur.
25 Feb, 2PM. Adik dah nak masuk OT, adik masih tidur. Tak ada main2 lagi. Nurse doctor suruh ibu ayah cium adik. Nurse ingatkan ibu; “Ini usaha kita utk dia hidup dkt dunia. Tapi kalau Allah nak ambil, ibu kena redha ye.” Ibu angguk je. 8PM, adik dah keluar OT.
26 Feb, 2/3AM. Ibu dapat call yg mengatakan adik dah tinggalkan ibu. Allah je tau apa yg ibu rasa saat tu. Kekuatan ibu semua hilang macam tu je.
Ads
Tapi bila tgk ayah, kakak auni, family & kawan2 yg ada, kekuatan ibu pelan2 dtg. Ibu sedar ibu perlu teruskan hidup dgn semangat & kekuatan adik dlm hati ibu. Adik hanya hilang disisi ibu, tapi adik tak hilang dlm hati ibu.
Bermainlah dik di syurga. Moga Allah terus tetapkan hati ibu dgn keredhaan.
Happy Birthday, Auni Dhaniyah. I love you!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ujian besar ditanggung Datuk Aaron Aziz apabila dirinya kini sedang menghidapi penyakit tumor yang dipercayai semakin membesar.
Pendedahan tersebut dibuat oleh anak kelahiran Kota Singa baru-baru ini menerusi kirimannya di Facebook dan Instagram.
Pelakon berusia 46 tahun itu memuatnaik satu video yang menyaksikannya dimasukkan ke dalam mesin MRI. Menurut Aaron lagi, dia juga perlu menjalani pembedahan dan berehat selama dua bulan. Namun terpaksa menangguhkannya kerana masih mempunyai banyak projek.
“90 minit berada dalam benda ni (MRI), doktor kata saya perlukan pembedahan dan cuti sakit selama dua bulan, tapi tak boleh sebab banyak projek yang sedang berjalan sekarang ni. Jadi buat masa ni saya hanya guna ubat untuk hilangkan sakit.
“Bekerja dalam kesakitan, hanya Allah tahu apa yang saya rasa,” katanya.
Malah, doktor memaklumkan kepadanya bahawa tumor itu semakin membesar.
Pelakon itu juga meletakkan #cervicalspondylosis iaitu nama bagi penyakit pada bahagian tulang belakang di leher dan #schawannoma yang merupakan sejenis tumor yang terbentuk dalam sistem saraf.
Menerusi laporan Kosmo sebelum ini, Aaron pernah mendedahkan bahawa dia mengalami masalah saraf tersepit pada bahagian lehernya sejak lapan tahun lalu hingga terpaksa keluar masuk hospital.
Dalam perkembangan lain, Aaron kini sedang membintangi drama terbarunya yang berjudul, Suamimu Lelaki Pendosa yang kini sedang ditayangkan di slot, Samarinda TV3.
Perut yang kembali buncit selepas setahun melahirkan anak membuatkan kita terfikir apakah penyebabnya masalah perut kita. Makanan sudah dijaga, malah
berbengkung juga sudah cukup lengkap ketika proses berpantang.
Persoalan ini pastinya sentiasa bermain di fikiran semua ibu yang mengalami masalah perut buncit. Menurut pengalaman orang-orang tua, sebenarnya banyak cara dan petua yang boleh diamalkan untuk mengelakkan masalah ini.
Selain menjaga pemakanan dan mengamalkan pemakaian bengkung secara disiplin juga adalah langkah bijak untuk kekal cantik. Ini yang boleh wanita berpantang amalkan untuk pastikan perut rata. Suami pun makin tambah sayang nanti. Ini petua nenek yang anda boleh cuba.
Cuba buat petua ini!
Petua 1
Ambil beberapa biji limau kasturi dan ambil jusnya. Perahkan ke dalam kapur makan. Gaul rata dan sapu ke bahagian perut yang buncit.
Petua 2
Ambil 2 genggam lada hitam kemudian ditumbuk halus. Campurkan dengan sebiji ragi tapai dan gaulkan bersama cuka bercampur air asam jawa. Setelah ramuan digaul sebati, sapu pada perut serta keliling pinggang. Kemudian pakai bengkung ketat dan kuat.
Petua 3
Tambahkan 2 sudu makan minyak zaitun ke dalam masakan yang berminyak, bersantan, berlemak atau berkolesterol tinggi seperti kambing, lembu, kerbau, udang dan sebagainya. Dengan kaedah ini, semua lemak akan menjadi sisa tanpa diserap ke dalam badan. Ia juga boleh menghilangkan perut buncit, lemak serta
mengatasi masalah berat badan.
Petua 4
Amalkan memakan 1 biji tomato sehari yang sedang besarnya dan tidak begitu ranum.
Petua 5
Campurkan sedikit kapur makan bersama 5 helai daun sirih juga beberapa titik minyak kayu putih dan satu sudu besar air limau nipis. Sapukan ramuan ini pada perut dan pakailah bengkung. Lakukan sehingga nampak perubahannya.
Petua 6
Bancuh sedikit asam jawa, segelas air panas dan garam. Biarkan semalaman dan minum keesokkan paginya.
Petua 7
Daun jambu serta kapur sirih digiling dan disapu pada perut setiap hari sehingga mencapai hasil yang memuaskan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam membesarkan anak-anak, pelbagai kesilapan dilakukan tanpa kita sedari. Kesilapan ini berlaku kerana kurangnya pengetahuan mengenai aspek keibubapaan.Dalam mendidik, anak-anak perlu diingatkan, didikan bukan melalui paksaan tetapi teladan.
Anak-anak lebih percaya dengan apa yang dilihat daripada apa yang didengar.Maka, wajarlah dalam mendidik anak-anak, kita juga mendidik diri kita sendiri.Sebenarnya, masih ramai ibubapa yang tidak sedar bahawa mereka sebenarnya melakukan kesalahan dalam proses mendidik dan membesarkan anak-anak.
Antara kesilapan yang sering kita lakukan dalam mendidik anak-anak adalah seperti berikut:
1. Membandingkan
Ibu bapa sering kali membanding-bandingkan kebolehan ataupun kelemahan anaknya dengan orang lain seperti adik-beradik,jiran, saudara,kawan sekelas atau sesiapa sahaja.Perkara ini, pasti akan mewujudkan perasaan cemburu dan iri hati dalam diri, anak-anak pula akan mudah merasa rendah diri dan hilang kekuatan untuk bersaing.
2. Merendahkan kebolehan anak
Seringkali tanpa sedar, kita merendahkan kebolehan anak secara tidak langsung dan meluahkannya kepada orang lain di hadapan anak-anak. Fitrah anak -anak ia akan percaya sepenuhnya perkara yang didengarnya terutama daripada ibu bapa sendiri.Ini akan membentuk sikap negatif dalam diri anak dan tentunya apabila sentiasa diulang-ulang, ia menyebabkan mereka percaya itu sahaja kemampuan yang ada dalam diri mereka. 3. Marah anak tak kena tempat
Biasanya ibu bapa akan marah apabila didapati anak-anak melakukan kesilapan berulang, selepas dinasihati dan ditegur.Tidak salah memarahi anak demi kebaikannya tetapi kita harus pastikan marah itu kena pada orang, cara, masa, tempat dan subjeknya.Jangan memarahi anak apabila mereka berterus terang, namun jangan pula menyebelahi kesalahan mereka. Jelaskan secara bijak, kesilapan perbuatan mereka dan tindakan yang sewajarnya.Dengan cara sebegini, anak-anak dapat belajar daripada kesilapan.
4. Tidak jadi pendengar yang baik
Ramai ibu bapa yang tidak rasa aspek ini penting bagi mereka. Menjadi pendengar yang baik bukanlah sukar dipraktikkan, cuma ibu bapa sahaja yang memperkecilkan peranan mereka sebagai pendengar.Apabila anak-anak semakin dewasa, mereka cuba merahsiakan banyak perkara daripada pengetahuan ibu bapa. Antara sebabnya adalah disebabakan sewaktu kecil, luahan dan keluhan hati mereka tidak diberikan perhatian oleh ibu bapa. 5. Terlalu memanjakan anak
Sekiranya terlalu memanjakan anak-anak, mereka akan kehilangan sikap berdikari.Anak-anak akan terlalu bergantung pada ibu bapa dan tidak pandai membuat keputusan sendiri apabila dewasa kelak.Jangan biasakan anak meminta-minta dan menurutkan segala kemahuan anak. Perlu juga ajarkan anak untuk berusaha dahulu sebelum mendapatkan sesuatu yang diinginkan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.