Bahagia mempunyai pelbagai pengertian buat setiap orang. Ada orang bahagia bila mempunyai harta yang banyak, ada yang mempunyai isteri dan anak-anak dan ahli keluarga yang baik-baik. Malah ada juga anggap bahagia itu apabila diberi kesihatan yang baik.
Sudah pastinya kita semua nak sihat. Bila badan sihat tentu segala urusan kerja dan tangungjawab kepada keluarga dapat dilakukan dengan sempurna.
Begitulah juga dengan coretan seorang doktor ini menerusi perkongsiannya di facebook miliknya, Dr Hana Hadzrami mengenai kepentingannya menderma organ untuk memberi sinar baharu pesakit yang menghadapi masalah buah pinggang.
Hari ini saya terlibat dalam 2 pembedahan transplan buah pinggang jenis cadaveric.
Seorang penderma yang baru meninggal dunia telah menderma kedua-dua buah pinggangnya atas persetujuan ahli keluarga. Maka beruntunglah dua orang penerima yang boleh memulakan kehidupan baru tanpa dialisis. Gembira saya melihat peningkatan kesedaran tentang pendermaan organ dikalangan masyarakat kita.
Semenjak 1 Februari saja dah ada 5 transplan buah pinggang berlangsung di hospital ini.
Kesemua penerima muda-muda belaka; berumur lingkungan 20-30 tahun.
Punca kegagalan buah pinggang ada disebabkan oleh komplikasi jangkitan, ada juga disebabkan oleh pengambilan suplemen berasaskan herba dan produk ala sunnah. Ada juga punca yang tak diketahui.
Sebenarnya sumber buah pinggang terbaik ialah dari penderma hidup (living-related), berbanding penderma yang dah meninggal. Lebih berkualiti dan lebih lama jangkahayat organ tersebut.
Adik beradik ramai pun tak boleh bantu jika tiada kesedaran
Semakin ramai masyarakat mempunyai kesedaran untuk menderma buah pinggang buat yang tersayang. Ada suami derma pada isteri; ibu pada anak, kakak pada adik dan sebagainya.
Seorang pesakit saya ada ramai adik-beradik. Namun seorang pun tak boleh jadi penderma sebab tak mampu meninggalkan hobi merokok. Nak jadi penderma organ perlu berhenti merokok. Tapi begitulah. Cinta pada rokok melebihi cinta pada silaturrahim adik beradik. Harap janganlah sampai melebihi cinta pada Tuhan dan rasul.
Dah daftar jadi penderma organ?
Bacaan lanjut:
Seakan Memberi Tahu Tidur Tak Cukup Setelah Bergelar Ibu, Neelofa Kongsi Kapsyen Ringkas, Tapi Ini Komen Netizen.
Nak Halau Monyet Masuk Kebun, Ular Sawa Nampak ‘Real’ Hanya Guna Tayar Terpakai, Netizen Kagum!
Nak Kos Murah Bila Nak Ubah Suai Rumah, Perunding Kewangan Ini Bagi Trik Mudah Kena Tahu, Baru Boleh Jimat!
Hanya Guna Baja Bancuh Sendiri, Pokok Limau Kasturi Berbuah Lebat Sepanjang Tahun!
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
Bintang Kecil: Tengok gigi macam bersih je kan, tapi sebenarnya bila kita tak bersihkan dengan betul semakin lama buat gigi kita jadi berkarat. So teknik berus gigi kenalah betul.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara