
Kematian adalah perkara yang pasti dilalui oleh setiap manusia. Semalam, ibu kepada penyanyi dan pelakon terkenal Adibah Noor, Norlia Abd Majid telah menghembuskan nafas pada 12:30 malam Isnin.
Khabaran duka ini Adibah berkongsi melalui Instagram kira-kira jam 6:30 pagi tadi.
Terdahulu, Adidah berkongsi kesihatan ibunya semakin merosot pada pertengahan Februari lalu.
Sementara itu, hari ini instagramnya menjadi tumpuan peminatnya bagi mengucapkan takziah atas kehilangan ibu tersayang serta rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Takziah!
Sumber: Instagram adibah_noor
Kumur Air Kunyit Atasi Masalah Gigi Berlubang. Serius Kena Cuba Petua Ini!

Sakit gigi memang cukup menyeksakan. Walaupun satu tempat yang bermasalah, tetapi seluruh badan turut menerima kesannya.
Gusi menjadi bengkak, rasa ngilu dan berdenyut-denyut, sukar untuk mengunyah antara yang berlaku bila mana gigi sakit. Sekali gus menyebabkan segala rutin harian yang dilakukan juga menjadi terbatas.
Namun kesengsaraan sebenarnya boleh diatasi dengan cara cukup mudah, menggunakan bahan semula jadi iaitu kunyit.
Menurut kajian yang dilakukan oleh Song J., Dkk. daripada Fakulti Sains Biologi,College of Natural Sciences, Wonkwang University, Korea kandungan utama kunyit yang bernama kurkumin dapat menghalang pembiakan bakteria yang menjadi punca gigi berlubang.
Selain, kunyit juga bermanfaat dalam meningkatkan daya ingatan, menyembuhkan selesema, hidung tersumbat dan sebagainya.
Caranya hanya berkumur dengan larutan air kunyit, sama ada kunyit hidup mahupun kunyit serbuk secara teratur. Ia merupakan salah satu petua untuk mencegah dan mengatasi pembusukan gigi (gigi berlubang).
Di samping itu, jaga kebersihan gigi. Pastikan gigi digosok sekurang-kurangnya dua kali sehari setiap pagi dan sebelum tidur.
Periksa tahap kesihatan gigi dengan melakukan pemeriksaan secara berkala setiap 6 bulan sekali.
Selamat mencuba!
Elak Jem ‘Melekat’, PLUS Syor Ikuti Jadual Balik Kampung Raya.

Pastinya kala ini, ramai yang menghitung hari untuk pulang ke kampung. Maklumlah sudah dua tahun kita tidak meraikan Adilifitri bersama keluarga di kampung.
Dijangka tahun pada tahun ini, akan berlaku kesesakan luar biasa! Bayangkan jika keadaan lebuh raya jem ‘melekat’ sudah tentu perjalanan yang singkat menjadi bertambah lambat.
Cakna mengenai hal ini, baru-baru ini PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengeluarkan memuat naik di twitter rasminya jadual Cadangan Waktu Perjalanan Balik (TTA) Kampung dan Pulang ke Bandar sempena perayaan Aidilfitri bermula 29 April hingga 9 Mei ini.
PLUS telah mengeluarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) Balik Kampung dan Pulang Ke Bandar pada musim perayaan Aidilfitri ini.
Untuk info lanjut :-i https://t.co/F2XuCPZFYd#PLUS_Comfort#PLUS_Safety@MOWorks @LLMrasmi @IdidMohammed pic.twitter.com/upIfsZcRVF— PLUS Malaysia Berhad (@plus2u) April 24, 2022
Menurut Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi, TTA bertujuan mengagihkan trafik dan mengelakkan kesesakan daripada memasuki lebuh raya secara serentak di laluan-laluan utama lebuh raya, plaza tol dan kawasan rawat dan rehat (R&R), sekali gus mengurangkan kesesakan.
Katanya lagi, pihaknya menjangka dua juta kenderaan, iaitu peningkatan sebanyak 25 peratus berbanding 1.6 juta kenderaan sehari yang menggunakan lebuh raya memandangkan ini adalah kali pertama selepas dua tahun menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Beliau menasihati supaya pengguna lebuh raya untuk mematuhi jadual perjalanan TTA yang dikeluarkan bagi merancang perjalanan Balik Kampung dan Pulang Ke Bandar,” katanya.
Bagi perjalanan dari Lembah Klang untuk balik kampung beraya pada 29 April hingga 2 Mei ini menuju ke destinasi lebih jauh seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Utara) dan Johor dinasihatkan memasuki lebuh raya lebih awal iaitu sebelum jam 10 pagi.
Sementara itu, bagi yang menuju ke lokasi yang lebih dekat atau ke negeri-negeri lain dinasihatkan untuk memasuki lebuh raya selepas jam 1 tengah hari.
Jadual perjalanan pulang ke bandar bagi kembali ke Lembah Klang pada 5 hingga 9 Mei daripada Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Utara), Johor dan lain-lain negeri, pelanggan lebuh raya dinasihatkan supaya memasuki lebuh raya sebelum jam 9 pagi.
Berdasarkan kajian, Zakaria memaklumkan bahawa perjalanan kembali semula ke Lembah Klang, pelanggan lebuh raya dijangka mengalami tempoh perjalanan yang lebih panjang sekiranya mereka memilih untuk tidak mematuhi jadual TTA.
“Pelanggan lebuh raya dari Utara ke Lembah Klang, mereka dijangka akan mengalami tempoh perjalanan sehingga 10 jam atau dua kali lebih panjang daripada purata tempoh perjalanan sekiranya memasuki lebuh raya selepas jam 9 pagi.
“Bagi tempoh perjalanan dari Selatan ke Lembah Klang pula bakal mencecah sehingga tujuh jam atau dua kali lebih panjang berbanding purata tempoh perjalanan sekiranya memasuki lebuh raya pada masa yang sama iaitu selepas jam 9 pagi.” katanya dalam kenyataan hari ini.
PLUS juga menasihati pelanggan supaya mematuhi peraturan lalu lintas, memandu dengan berhemah, dan pastikan kenderaan dalam keadaan baik supaya selamat sampai ke destinasi.
Pelanggan boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi Twitter @PLUSTrafik, Aplikasi PLUS, talian PLUSLine 1800-88-0000, Chatbot PUTRI, papan tanda elektronik (VMS) di lokasi-lokasi terpilih serta mengikuti laporan trafik terkini menerusi siaran-siaran radio utama negara.
Sumber: Berita harian
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Keluarga Talk: PUASA MENDIDIK JIWA KELUARGA SAKINAH
Bintang Kecil:
KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz
“Comelnya Bila Ketawa Bergerak Perut. Alhamdulillah.” ‘Baby Bump’ Intan Ladyana Jelas Kelihatan Buat Ramai Teruja

Kelibat pelakon Intan Ladyana meraih perhatian ramai apabila ‘baby bump’ mula kelihatan biarpun empunya diri sebelum ini tidak berkongsi sebarang maklumat berkenaan kehamilannya.
Perkongsian video tersebut dimuatnaik pelakon Dazrin Kamarudin di mana dia berkunjung ke kedai karpet bersama suaminya, Harris Alif.
“Thanks for coming guys @intanladyana @harrisalif,” tulis Dazrin menerusi kapsyennya.
Video berdurasi 15 saat ini menampakkan pasangan suami isteri ini sedang menari mengikut trend tarian diplatform Tiktok. Dalam video tersebut, perut Intan ketara menampakkan perubahan.
Dalam pada itu, rata-rata warganet teruja dan mengucapkan tahniah buat pasangan suami isteri ini.

Untuk rekod, Intan Ladyana,39, dan Harris, 22, telah selamat mendirikan rumah tangga pada bulan Februari yang lalu. Kisah cinta mereka telah mendapat perhatian warga maya berikutan jarak usia antara kedua-duanya yang agak jauh iaitu 17 tahun.
Sebelum ini khabar angin mengenai kehamilan Intan Ladyana hangat diperkatakan. Tidak mengiyakan atau menidakkan tentang kehamilan isterinya, Harris dalam laporan Kosmo memaklumkan andai sudah sampai waktu yang sesuai dia sendiri akan membuka mulut.
Harris atau nama lengkapnya, Nor Harris Alif Nor Rashidi, 22, berkata, buat masa sekarang, dia tidak mahu terlalu memperincikan desas-desus berita tersebut.
“Minta maaf, kalau boleh saya tak nak komen apa-apa sangat tentang isu itu (Intan sudah hamil). Cukuplah orang mendoakan yang baik-baik sahaja buat isteri saya.
Sumber: dazrin88 & intanladyana
ARTIKEL MENARIK: “Saya Terima Dengan Sabar, Reda & Syukur.” Nora Ariffin Selamat Bergelar Isteri, Sahabat Arwah Suami Jadi Pilihan!
ARTIKEL POPULAR: “7 Tahun 7 Kek Birthday. Pengsan Mak Hang.” Che Ta Penuhi Hajat Aaisyah Sempena Hari Lahir. Mak & Anak Lawa, kek Pun Cantik!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club