Adam Fateh, anak Adam Corrie, sudah mula sekolah, “Hero Abah sudah masuk darjah 1.” Bagi ibu bapa, melihat anak memasuki alam persekolahan adalah satu kebanggaan yang sukar digambarkan dengan kata-kata.
Adam Fateh, Anak Adam Corrie Sudah Mula Sekolah, “Hero Abah Sudah Masuk Darjah 1”
Dari seorang bayi yang dahulu ditimang, sekarang anak itu sudah mula belajar berdikari, berinteraksi dengan dunia luar, dan menempuh cabaran pertama dalam perjalanan pendidikannya.
Melalui satu hantaran yang dimuatnaik oleh Adam Corrie dilaman Instagramnya, pelakon dan usahawan itu berkongsi rasa gembira dan terujanya apabila anaknya, Adam Fateh memasuki alam persekolahan.
Hero abah @adamfatehlee sudah pergi sekolah darjah 1 hari ni. Semoga belajar rajin-rajin, hormat guru dan jaga adab serta jaga diri.- tulisnya di ruangan kapsyen.
Dalam satu hantaran yang lain pula Fazema berkongsi gelagat Adam Fateh sedang menikmati makanan bekal yang disediakan oleh Fazema.
Alhamdulillah mau makan mak bekalkan nasi goreng telur dan anggur. Duit belanja…dia guna ke tidak ni? Gambar cikgu hantar dalam telegram. Ibubapa tak boleh datang .. sekolah kata biarkan murid-murid berdikari. Cikgu pantau. – tulis Fazema di ruangan kapsyen.
Memasuki darjah satu hanyalah permulaan bagi perjalanan panjang seorang anak dalam dunia pendidikan. Walaupun ada cabaran yang menanti, ibu bapa tetap akan berada di sisi, menjadi pendorong, pembimbing, dan penyokong utama. Setiap langkah kecil anak di sekolah adalah satu kejayaan yang besar buat ibu dan ayah.
Buat semua ibu bapa yang menghantar anak ke darjah satu tahun ini, tahniah! Nikmatilah momen ini kerana ia adalah antara detik yang paling berharga dalam hidup sebagai ibu dan ayah.
Figura ini memang dikenali ramai sebagai seorang yang kekal cantik dan awet muda. Sebut sahaja sahaja nama Rozita Che Wan ataupun lebih mesra dipanggil Che Ta, ramai pasti terbayang wajah manis, langsing dan bergaya dengan pelbagai pakaian yang cantik.
Biarpun sudah berusia 47 tahun, selebriti yang gemar mengunakan loghat kedah ini sering menjadi perhatian peminatnya.
Malah gaya hidup dan amalan pemakanannya pernah menjadi bualan sebelum ini yang sentiasa kelihatan anggun dan muda.
Seorang yang bersikap rendah diri dan mesra ini, terbaru anak jati kelahiran Alor Setar, Kedah, telah muat naik di Instagram miliknya meraikan kesyukuran setelah selesaikan dalam melaksanakan puasa sunat enam hari di dalam bulan Syawal.
Namun, Che Ta sekali lagi menarik perhatian ramai orang. Apa yang menarik perhatian, rata-rata peminatnya memuji kecantikkanya.
Tambahan lagi apabila mengenakan warna yang sedondon dengan suami dan anaknya.
Malah ada komen memuji mengatakan pelakon ini sentiasa kelihatan muda dan tidak kelihatan berusia.
Apabila menghias rumah sudah tentu kita akan memastikan ruang tamu sebagai ruang yang selesa dan santai. Selain perabot, bunga, koleksi gambar ahli keluarga menjadi salah satu penyeri ruang.
Ia menjadi kebiasaan bagi setiap rumah menghiasi gambar kahwin, gambar anak-anak-anak dengan mengantung pada dinding rumah. Ia pastinya punya momen manis untuk dikenang.
Bagaimana pun seeloknya menurut sebuah hadith seeloknya tidak mempamerkan gambar di dalam rumah. Seharusnya disimpan ditempat yang tertutup seperti album dan telefon.
Sebagaimana perkongsian saudara Cikgu Zahran yang memaparkan kenyataan Mufti mengenai sebab tidak dibenarkan mengantung gambar di dinding rumah.
KENAPA TIDAK DIGALAKKAN GANTUNG GAMBAR KAHWIN DAN KELUARGA DI DALAM RUMAH?
Kita sememangnya sukakan rumah yang cantik. Rumah yang dibina atau dibeli ingin dihias dengan pelbagai kreativiti yang kita ada. Rumah yang cantik ini semestinya akan menciptakan suasana yang nyaman dan mendamaikan untuk keluarga meluangkan masa bersama.
Amalan mengantung gambar semestinya akan menjadi perkara wajib bagi menaikkan lagi seri rumah kita. Namun begitu,tidak ramai yang tahu, amalan mengantung gambar kahwin atau pun gambar keluarga tidak dibenarkan didalam islam.
Berikut penjelasan daripada Mufti Wilayah Persekutuan mengenai perkara ini.
MUFTI Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri
Apakah hukum menggantung gambar makhluk hidup di dinding rumah atau gambar manusia pada kulit buku? Benarkah jika gambar tersebut tidak cukup sifat seperti tiada kaki atau separuh dibenarkan untuk digantung di dinding dan kulit buku?
Mufti berpendapat agar tidak dilakukan perbuatan menggantung gambar makhluk hidup di dinding rumah, sekalipun separuh badannya dihilangkan, kerana keluar daripada khilaf. Adapun di kulit buku, maka kami berpendapat itu tidak mengapa. Wallahua`lam. Kenapa Dilarang Menggantung Gambar Kahwin, Anak & Keluarga, Sebagai Perhiasan Didalam Rumah*
Menjadi kebiasaan didalam setiap rumah, gambar kahwin, gambar keluarga, gambar anak-anak dan sebagainya digantung pada dinding rumah mahupun dibingkaikan untuk dijadikan sebagai perhiasan dan kenangan terindah.
Ini cara yang betul ikut syariat
Namun seeloknya, jika ada menggantung gambar-gambar ini sebaiknya, turunkanlah. Tanggalkan ia simpanlah ditempat tertutup dan jangan pamerkan ia untuk tatapan didalam rumah.
Ini kerana dalam sebuah hadith yang di riwayatkan oleh Imam Bukhari bahawasanya Nabi saw bersabda yang bermaksud:
Daripada Ibnu ‘Abbas, “Abu Talha, seorang sahabat Rasulullah dan seorang sahabat yang pernah bersama dalam Peperangan Badar memberitahu kepadaku bahawa Rasulullah berkata,
“MALAIKAT (PEMBAWA RAHMAT) TIDAK MASUK KE DALAM RUMAH YANG DI DALAMNYA ADA ANJING ATAU GAMBAR.” YANG DIMAKSUDKAN ADALAH GAMBAR YANG MENYERUPAI MAKHLUK BERNYAWA.” (HADIS RIWAYAT AL-BUKHARI, KITAB EKSPEDISI PEPERANGAN BERSAMA NABI (5/59), NO. 338)
Malaikat Rahmat terhalang untuk masuk ke dalam rumah jika mempunyai gambar-gambar mahkluk bernyawa ini. Akibatnya hilanglah kasih sayang sesama ahli keluarga didalam rumah yang didiami.
Bukan itu sahaja, perselisihan faham, rumahtangga selalu ‘panas’, tidak bahagia, rezeki sempit serta ada sahaja masalah yang sering berlaku kerana tiada lagi rahmat dan keberkatan yang diberikan didalam rumah.
Sedangkan malaikat rahmat jika ada di sisi kita ia membawa 1000 rahmat dengan izin Allah iaitu hati menjadi lebih tenang, jiwa rasa cinta pada Allah SWT, rezeki juga sentiasa dipermudahkan Allah. Malah malaikat rahmat juga bertugas menjaga keselamatan diri kita jika kita banyak membaca al-Quran, zikir dan berdoa.
Panduan Simpan Gambar Sebagai Kenangan:
Gambar sekadar hiasan
1.Malaikat yang dimaksudkan dalam hadith ini ialah Malaikat Rahmat. Manakala yang dimaksudkan dengan gambar pula ialah bagi gambar makhluk bernyawa iaitu manusia dan haiwan. 2.Dilarang menggantung mahupun mempamerkan gambar makhluk bernyawa ini pada dinding atau dibingkaikan untuk hiasan didalam kabinet seperti gambar bersanding, menerima ijazah dan sebagainya sekali pun gambar keluarga. 3.Seeloknya gambar-gambar yang ingin dijadikan kenangan disimpan didalam album, handphone atau didalam komputer dan tidak dipamerkan didalam rumah sama sekali. 4.Gambar seperti keindahan alam semulajadi, tulisan kaligrafi, gambar permandangan, bunga-bungaan, kereta bangunan dan sebagainya yang BUKAN berunsur makhluk bernyawa adalah dibenarkan untuk dijadikan perhiasan didalam rumah. 5.Untuk patung permainan anak seperti barbie, teddy bear boleh digunakan untuk permainan tetapi selepas main perlulah diletakkan di dalam kotak mainan dan janganlah diletakkan di almari perhiasan mahupun dijadikan koleksi. Semoga bermanfaat, kongsikan buat yang lain.Bersama-sama kita mengubah kebiasaan ini, untuk menjemput malaikat rahmat hadir ke rumah sekaligus memperolehi keberkatan dan kasih sayang dalam keluarga. #Sumber_Mufti_Wilayah P/s: Dah simpan semua gambar konvo, gambar kahwin. Mudah mudahan malaikat pembawa rahmat sentiasa bersama kita.
Bagi yang mengikuti perkembangan mengenai kehilangan anak sulung Gabenor Jawa Barat, Ridwan Kamil, Emmeril Kahn Mumtadz , maklumat terkini dilaporkan telah ditemukan oleh pihak polis Switzerland pada Khamis (9 Jun) selepas 14 hari dilaporkan hilang ketika sedang berenang di Sungai Aare, Switzerland.
Jasad Emmeril atau lebih dikenali dengan panggilan Eril ditemui pada 6.05 pagi Rabu (waktu tempatan) di kawasan empangan Engehalde dalam keadaan tidak bernyawa dan terapung di permukaan air, lapor pihak berkuasa Switzerland.
Khabar duka ini juga dipaparkan di Instagram milik gabenor berkenaan. Kata-kata puitis indah untuk anak tersayang, buat yang membaca pasti mengalir air mata. Sesungguh kasih sayang seorang ayah tiada penghujung buat anak.
“Akhirnya Engkau memberikan kesempatan saya untuk kembali memeluk, membelai dan memandikan anak saya sesuai syariat Islam, juga mengadzankan dengan sempurna di telinganya persis seperti saat Eril lahir.”
dan MASYA ALLAH, Walau sudah lewat 14 hari, jasadnya masih utuh lengkap tidak kurang satu apapun, wajah rapih menengok ke kanan dan saya bersaksi, jasad Eril wangi seperti wangi daun eucalyptus.
Sungguh mukjizat kecil yang sangat kami syukuri.
Maha Besar Allah, atas ijinMu, selama 14 hari sungai Aare benar-benar melindungi dan mensucikan jasadnya dari marabahaya.
Hai Eril, saatnya kamu pulang ke tanah air, untuk menghaturkan terima kasih kepada jutaan yang mendoakanmu.
Manakala menerusi perkongsian di Instastory beliau menjelaskan secara ilmiah kenapa jasad anaknya tetap sempurna walaupun setelah 14 hari hilang di Sungai Aare, Switzerland.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.