Adab Bertandang Bila Beranak Kecil, Elok Bawa Plastik! Ni Sebabnya, Mungkin Ada Terlepas Pandang.

Share

Di antara kebiasaan yang sering dilakukan dalam masyarakat kita bila tibanya musim perayaan adalah budaya saling berkunjung antara satu sama lain.

Tujuannya satu, untuk mengeratkan lagi silaturahim. Atas sebab itu juga ada adab-adabnya yang perlu dijaga agar tidak pula menyinggung perasaan atau terasa sama ada bagi pihak tuan rumah mahu pun tetamu yang bertandang.

Contohnya sebagaimana perkongsian Ummi Zayd ini yang menyarankan untuk ibu yang ada anak kecil agar membawa plastik setiap kali bertandang ke rumah orang. Kenapa dan untuk apa ya?

Jom baca perkongsian ini untuk info bersama agar hal ini tidak terlepas pandang. Walau nampak remeh sahaja isunya namun kesannya besar.

Adab tetamu, tetamu yang tak diundang.

Ni pengalaman ummi Zayd sendiri. Masa tu umur Zayd baru 7 bulan lebih. Berkunjung ke rumah saudara yang takde anak kecik.

Ditakdirkan tengah rancak berbual dengan tuan rumah, Zayd buang air besar dan bau sangat tak best. Serius busuk sangat sampai ummi pun tak boleh tahan. ummi dah lupa zayd makan apa.

Ummi Zayd pun minta izin guna toilet dekat dapur untuk tukar pampers.

Bila dah siap tukar pampers, ummi zayd cari tong sampah. Bila nak buang pampers dalam tong sampah kat dapur, ummi jadi serba salah giler. Dalam tong yang terbuka ada sampah sisa makan dan beberapa plastik makanan​.

Lama ummi termenung pandang tong sampah tu. Rasa malu dan bersalah sangat nak ‘tumpang’ tong sampah tuan rumah. Inikah adab tetamu? Nak tinggalkan ‘buah tangan’ dan bau yang tak best dekat tuan rumah yang hidang kita makanan best? Layan kita dengan sopan santun dan beradab?

Ummi tak jadi buang. ummi pun mintak plastik, bungkus pamper zayd dan buang otw balik rumah.

Lesson learnt untuk ummi, sejak dari peristiwa itu, ummi selalu bawak plastik diapers sendiri. Setiap kali tukar pampers, ummi akan bungkus siap-siap, ikat rapat-rapat untuk hilang rasa bersalah dan elakkan berbau.

Kita tak tahu, boleh jadi nampak remeh bagi kita, tapi boleh beri impak besar pada orang lain. Kita tak nak orang mengata buruk pasal kita. Ini bukan pasal betul atau salah.

Ini pasal adab dan tanggungjawab menghormati sesama saudara lain supaya kita tidak jadi tetamu yang tak diundang lagi.

Dekat Lazada pun ada jual diapers disposal plastic bag. Orang lain mungkin dah lama ada kesedaran, tapi ummi Zayd dapat kesedaran dari pengalaman. Ummi Zayd beli plastik yang murah harga tak sampai RM2. Kuantiti pun banyak dan jimat.

Semoga jadi pengajaran untuk parent lain.

Sekian, coretan ummi zayd.
Belajar dari anak pertama.

Sumber : Fadzielah Ayub