Ibu mana yang tak risau kan bila anak-anak sakit. Apa lagi kalau penyakit tersebut berisiko.
Demikian juga dengan isteri penyanyi Lan Solo, Nur Sheila Hassim yang baru-baru ini memuat naik perkongsian mengenai anak ketiganya.
Menurut Sheila, anaknya, Muhammad Akid Qassyaff, 3, disahkan menghidap penyakit Asma Kronik.
Justeru, Sheila bertanyakan petua atau pengalaman ibu-ibu yang mempunyai anak menghidap penyakit yang sama untuk sama-sama berkongsi.
“Doktor sahkan Akid ada cronic asthma. So sehari kena neb dua kali minimum. Mommy-mommy kat luar sana ada tak petua-petua lain?
“Ada yang DM saya suruh cari hati unta kering. Tumbuk dan campurkan dekat setiap makanan Akid.
“Ada juga yang suruh mandikan dengan lemon. Kalau boleh saya nak cari solution supaya Akid kurang bergantung dengan neb dan ubat-ubatan yang berpanjangan. Any ideas mommy?” tulisnya.
Kata Sheila, dia mahu mencari penyelesaian lain berhubung penyakit anaknya supaya tidak bergantung dengan ubat-ubatan untuk tempoh yang berpanjangan.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya mula membantu dengan memberikan tips berguna selain berkongsi pengalaman yang sama dengan Sheila.
“@nurul_koji Cubalah guna hati unta, sebab anak kakak saya pun dah cuba. Alhamdulillah, anak dah tak bergantung pada neb.
@eishanie79 Betul tu hati unta paling mujarab, sebab anak saya juga Asma Kronik. Saya buat salai bagi anak saya makan hati saja campur nasi putih. Alhamdulillah dengan izin Allah SWT anak saya pulih.
Selain Akid, pasangan ini mempunyai tiga lagi cahaya mata iaitu Nur Amna Qaleesya, 6, Nur Amna Qeesyara, 4, dan Nur Amna Quxandra yang dilahirkan pada 24 Februari lalu.
Foto: Instagram @sheilarazlan & astro gempak