Jika anak-anak suka makan sushi tentu terlintas juga difikiran kita untuk dapat menyediakan menu tersebut dari air tangan sendiri. Apatah lagi dikatakan untuk membuat menu sushi ini tidaklah sukar malah menggunakan bahan-bahan yang kini begitu mudah untuk didapati di pasaraya terpilih.
Umpamanya apabila ingin menyediakan Kani Maki atau Sushi Gulung Jejari Ketam. Hanya dengan 4 bahan sahaja menu istimewa ini sudah dapat disediakan dan dinikmati bersama seisi keluarga.
Jadi apa kata hari ini anda sediakan menu mudah ini dengan langkah demi langkah yang ditunjukkan oleh Puan Zurina Zulkefli. Selamat mencuba.
Kani Maki/ Sushi Gulung Jejari Ketam
Cuma perlu empat bahan sahaja untuk buat Kani Maki ni.
1. Beras jenama Sumo
2. Rumpai laut panggang
3. Jejari ketam
4. Mayonis jenama Kewpie
Ini bahan setelah dimasak dan disediakan.
1. Beras – tanak beras 1 cawan sahaja, sukat guna jari macam biasa untuk dapatkan tekstu nasi yang empuk. Kemudian, nasi yang dah siap ditabur sedikit garan dan gaul sebati.
2. Jejari ketam – rebus selama 1 minit dalam air mendidih. Kemudian toskan dan rendam seketika dalam air sejuk supaya jejari ketam kekal kenyal.
3. Rumpai laut – lipat 4 dan gunting mengikut garisan.
4. Mayonis picit sedikit sahaja
Cara buat gulungan sushi.
Ambil sekeping rumpai laut dan letak satu sudu makan nasi, ratakan. Kemudian sapu sedikit mayonis.
Letakkan jejari ketam ditengah-tengah nasi, kemudian gulung dengan rapi.
Siap. Saya potong ditengah-tengah.
Sedia dihidang, boleh dimakan dengan kicap cair.
- Jadi jom daftarkan anak-anak anda ke program ini. Hubungi admin Nor (018-7717491) & Kim (019-3524493) atau KLIK DI SINI UNTUK DAFTAR
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club