Ada Tanah Tapi Tak Mampu Bina Rumah. Ini Bantuan Rumah Mesra Rakyat Ansuran RM300 Sebulan, Syarat Dan Langkah Mohon.

Share

Kesejahteraan rakyat Malaysia sentiasa mendapat perhatian pihak kerajaan untuk memastikan dapat hidup dengan selesa. Selain memberi bantuan pelbagai program prihatin untuk mengurangkan beban yang ditanggung oleh golongan yang berpendapatan rendah. Ia termasuk program kediaman bagi yang belum mampu memiliki rumah sendiri.

Menerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) pelancaran program Rumah Mesra Rakyat (RMR) adalah berita baik buat golongan yang layak.

Program ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

Buat anda adalah daripada golongan terbabit, rebut peluang ini untuk menyediakan kediaman buat keluarga anda.

KAEDAH PELAKSANAAN DAN CIRI-CIRI PROGRAM RMR

Bayaran bulanan serendah RM300 

Take note syarat kelayakan 

1.Warganegara Malaysia
2.Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas
3.Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM5,000
4.Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna
5.Tanah/tapak bersesuaian dan bebas dari gadaian/bebanan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran pemilik tanah tersebut
6.Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 kps (tertakluk kepada rekabentuk)
Tertakluk kepada peruntukan kewangan

NOTA: Bagi pemohon dari Semenanjung yang berumur melebihi 42 tahun, pemohon kedua yang berumur di antara 18-42 tahun diperlukan.
Bagi pemohon dari Sabah, Sarawak dan kawasan pulau yang melebihi 38 tahun, pemohon kedua yang berumur di antara 18-38 tahun diperlukan.

Rekabentuk rumah 

Langkah cara memohon

1.BUKA LAMAN WEB: Layari http://rmr.spnbonline.com.my

2.KLIK PENDAFTARAN BARU :Isi Borang Pendaftaran Login dengan lengkap

3.PENERIMAAN LOGIN ID DAN KATA LALUAN: Kata laluan akan dihantar kepada pemohon

4.LOG MASUK KE LAMAN UTAMA: Gunakan login ID (email) dan kata laluan yang diberikan untuk memulakan permohonan RMR

5.MELENGKAPKAN BORANG ONLINE: Isi maklumat ke dalam sistem

6. SELESAI MENGISI BORANG ONLINE: Klik Selesai Pendaftaran Borang dan Cetak Borang

7.MAJUKAN BORANG DAN DOKUMEN KEPADA SPNB: Memajukan borang berserta dokumen ke Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan

NOTA: Pemohonan juga boleh dibuat dengan mendapatkan Borang Permohonan RMR di Cawangan SPNB dan dimajukan kembali kepada SPNB selepas permohonan dilengkapkan.

Dokumen yang diperlukan 

1.Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)
2.Salinan kad pengenalan tuan tanah
3.Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan)
4.Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru
5.Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*
6.Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang*
7.Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
8.Salinan sijil nikah pemohon
9.Borang laporan tapak bergambar

NOTA: Surat Pengesahan pendapatan/ tidak memiliki rumah/ memiliki rumah usang perlu disahkan melalui Penghulu / Ketua kampung / Pegawai Profesional Kelas A
SPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa.

Tanggungjawab pemohon 

1.Mengisi dan melengkapkan borang permohonan
2.Menyediakan jalan masuk ke tapak & tapak pembinaan mengikut spesifikasi
3.Menyediakan sumber bekalan air dan elektrik
4.Membuat penyambungan bekalan utama ke bangunan
5.Membuat pinjaman kepada bank/institusi kewangan (jika perlu)

Semoga bermanfaat untuk kesejahteraan keluarga.

Sumber: Syarikat Perumahan Negara Berhad