Ada Sebabnya Kenapa Isteri Perlu Larang Suami Bersauna!

Share

Mandi sauna sememangnya banyak kelebihannya pada tubuh. Sauna dikatakan dapat membersihkan kulit malah meningkatkan perjalanan darah dan oksidasi sel-sel, tisu dan organ.

Menurut kajian, sauna juga mampu mengurangkan tekanan dengan mengurangkan paras hormon adrenalin dan noradrenalina serta meningkatkan paras endorphin beta.

Malah ada juga yang mengatakan aktiviti mandi sauna ini mempercepatkan proses pemulihan tenaga dan stamina tubuh badan. Memang hebat.

Pun begitu aktiviti yang satu ini sebenarnya kurang sesuai buat lelaki. Jadi kalau ada suami-suami yang mengajak untuk ke sauna, isteri bolehlah berikan fakta di bawah ini.

Lemahkan Fungsi Sperma


Mandi wap sebenarnya boleh melemahkan fungsi sel sperma yang terkandung dalam testis (buah zakar). Rawatan sauna memerlukan kepanasan wap antara 60 darjah Celsius hingga 100 darjah Celsius dan menyebabkan tubuh seseorang terdedah pada suhu yang terlalu tinggi.

Suhu badan normal bagi setiap individu adalah sekitar 37 darjah Celcius manakala suhu testis pula adalah sekitar 35 dan 36 darjah Celcius”. Sebenarnya suhu panas sauna bukan sahaja mengganggu malah mencacatkan proses penghasilan sel sperma bagi kaum lelaki.

Bukan sahaja sauna, malah suami juga dilarang terlalu kerap mandi air panas atau suam kerana ia turut menjejaskan kesuburan malah mengganggu proses penghasilan sperma. Senang cerita sperma yang dihasilkan tidak berkualiti.

Jadi bagi suami yang baru berkahwin atau bercadang untuk punya anak dalam masa terdekat, elakkan mandi air panas dan melakukan aktiviti sauna ini sama sekali. Ini penting.

Jaga kualiti sperma suami anda. Isteri tolong alert ya!