Sawi jeruk yang dijual dipasar terbuka mungkin ada diantara kita meragui akan tahap kebersihan produk sama ada produk tersebut dibuat dalam negara apa lagi kalau diimport dari luar negara.
Kepada mereka yang ingin membuat sendiri sawi jeruk ini memang mudah dilakukan jika mempunyai kemahuan. Ini sebagaimana yang dilakukan oleh Puan Zaimah Zakaria.
“Alhamdulillah.. dah siap, sy jerukkan 6 hari, buang air garam masukkan dlm tupperware simpan dlm peti ais”-Zaimah Zakaria
Sawi Jeruk ini kalau dimasukkan ke dalam ramuan menyediakan hidangan asam pedas memang enak rasanya. Cukup sedap dan membuatkan sesiapapun boleh kecur liur dibuatnya.
Jadi buat anda yang teringin mencuba menyajikan hidangan berbeza sepertinya ini, jom buat terlebih dahulu sawi jeruknya. Tidaklah sukar malah kosnya juga jauh lebih murah dan yang penting dijamin bersih dan halal. Jom semak!
Bahan-bahan:
Sawi
2 genggam garam
1 genggam gula
Air
info : Jenis sawi mcm ni yg sesuai yer..
Cara penyediaan :
1. Basuh bersih2 celah sayur sawi.. pastikan semua kotoran hilang
2. Jemur sayur sawi selama 3 jam.. sampai layu mcm ni k..
3. Ramas-ramas sayur sawi dengan garam dan gula. Sukatannya dalam 2 genggam garam 1 genggam gula, masuk dalam bekas, masuk air.
4. Simpan dalam balang@bekas bertutup. Pastikan airnya melebihi paras sawi(guna air paip je) peram 5@6 hari. Setiap hari gaul-gaul bagi yang di atas ke bawah untuk kena sama rata air garam tu. Pastikan tangan kering ye.
sumber : Zaimah Zakaria