“Ada Sanggup Berhenti Kerja Demi Luangkan Masa Bersama Keluarga…”- Dr Ni Kongsi Cerita & Memang Banyak Terjadi!

Share

Mengimbangi antara kerjaya dan keluarga agak susah pada zaman moden ini, umum ramai yang lalui pengalaman berkerja dengan terpaksa memberi lebih masa kepada kerja hingga ada  keluarga yang terabai. Sedangkan tujuan kita sebagai ibu ayah berkerja untuk keluarga tercinta.

Bila berada di persimpangan antara keluarga dan kerjaya, sebenarnya kuncinya ialah kita sendiri perlu memutuskan apa yang penting untuk diri pada waktu sekarang dan menyesuaikan kerjaya dan kehidupan berkeluarga dengan sewajarnya.

Berkongsi kisah tentang itu, seorang doktor ini berkongsi pengalaman dan pandangannya berkaitan kerjaya dan keluarga di akaun facebook Khairy Malik. Bersama kita baca dan renung-renungkan untuk panduan bersama.

Ramai Orang Pilih Keluarga Dari Kerjaya

Ni luahan aku sendiri. Aku selalu baca kat facebook tentang ramai orang pilih keluarga dari kerjaya. Ada yang sanggup berhenti kerja demi meluang masa bersama anak dan keluarga. Ada yang sanggup tidak sambung belajar sebab nak dekat dengan keluarga.
Aku perasan, ada sesetengah kerja, yang majikan atau orang atasan suka panggil staf di luar waktu kerja.

Ada satu hari tu, keluarga dah plan nak pergi bercuti sama-sama. Tiba-tiba bos anak saudara aku buat meeting tergempar selepas habis kerja. Suruh dia minta excuse tapi tak boleh katanya sebab wajib hadir.

Aku pun geram juga, sudahlah last minute, wajib pula. Sedangkan orang lain pun ada plan dengan keluarga juga.

Pernah Juga Terkena

Dulu aku pernah juga kena. Dulu la. Kerja shif pagi, keluar sepatutnya pukul 3 petang. Ada member datang dari jauh nak jumpa ajak lepak minum. Tiba-tiba waktu pukul 2.50 petang tu, bos datang ajak round. Siap cakap “orang shif pagi jangan balik lagi, saya nak round”. Padahal lagi 10 minit nak balik. Pesakit pula ada ramai.

Aku pun hmm okaylah. Ingatkan sekejap rupanya seorang pesakit tu round lama gila. Satu pesakit tu ada lah 20 minit. Aku pun jenuh nak reject “call” dari member yang dah tunggu aku. Aku pun mesej, “kejap bos aku round. Nanti dah habis aku datang”.

Penyudahnya 4 lebih baru habis. Aku pun call la member aku balik,
“Tak apalah khairy. Lain kali lah kita jumpa. Aku rushing nak pergi KL pula ni. Ada hal”.

Waktu tu sedih, marah , geram semua ada. Sudahlah dah bertahun tak jumpa kawan lama. Dah janji nak jumpa, tiba-tiba last minute jadi macam tu. Tak sempat nak jumpa.

 

 

Dan aku tanya kawan-kawan aku di tempat lain pun pernah mengalami perkara yang sama, time nak habis shif tu lah tiba-tiba bos datang nak buat rondaan. Kalau lebih masa tu boleh claim tak apa juga. Kadang tu pernah juga saja berseloroh , “alaaa bos ni orang nak balik dah ni”.

Karang tak pepasal kena, “ala kejap je pun. Bukan lama pun.”
Atau ” saya pun busy, banyak lagi kerja lain. Ni je masa saya ada. Kalau saya yang pakar ni pun sanggup luang masa takkan kamu tak boleh?”.

Pernah tu paling sedap , “ala balik rumah awal-awal pun bukan buat apa pun kan? Bukan ada anak bini pun kat rumah”.

Dia lupa aku masih ada keluarga selain anak bini yang tunggu aku di rumah untuk makan bersama dan buat aktiviti lain bersama.

Merajuk Anak Bini
Eh aku ada kawan yang bini dia merajuk tau. Dia patut balik pukul 5 petang, dah janji nak bawak bini dan anak dia jalan-jalan makan angin waktu petang.

Tiba-tiba pakar dia ajak round last minute. Pukul 6.30 baru balik. Merajuk anak dan bini dia sebab tak dibawa berjalan. Mengeluh member aku luah cerita kat aku, katanya sampai menangis bini dia merajuk cakap dia mungkir janji. Kasihan. Padahal orang dah ada plan bersama keluarga, tapi batal sebab kerja.

Fokus Kepada Keluarga 


Tu lah, aku pernah juga fikir patut berhenti ke. Tapi kalau berhenti aku nak mengemis kat kaki lima mana haha.

Kalau kat negara barat, majikan memang tak boleh kacau staf di luar masa kerja. Meeting ke apa pun dibuat waktu masa kerja. Kalau dibuat luar waktu kerja pun, ada bayaran atau insentif.

Tapi tu lah, karang orang cakap kerja tak ikhlas. Nak cakap pasal ikhlas ni, memang geram. Menunggang agama sungguh orang yang cakap macam tu. Ikhlas tu ikhlas juga, tapi ikhlas tak mampu membayar bil aku.

Sekarang bila makin meningkat dewasa, aku faham kenapa ada kawan-kawan doktor yang berhenti sebab tak nak oncall, nak luang masa bersama keluarga.

Ada kawan yang tak nak sambung belajar sebab susah nak berjauhan dari keluarga dan susah nak bahagi masa.

Dan ada kawan yang nak tukar kerja shif ke waktu pejabat, dan ada yang nak tukar jabatan, dan ada yang minta tak nak oncall sebab senang nak fokus kepada keluarga.

Aku harap, majikan dan orang atasan faham, selepas shif kita habis, mungkin kita sudah ada plan dan aktiviti lain yang kita dah rancang bersama keluarga dan rakan. Janganlah buat perjumpaan mengejut atau rondaan last minute sebegitu rupa.
Sekian luahan hati dari manusia tak penting.

*belum ada anak bini tak bermaksud balik rumah awal tak buat apa-apa atau tak ada sesiapa tunggu.

Sumber : Khairy Malik