“Ada RM20, Bawa Anak Isteri Pusing Mall. Nampak Gempak, Sebenarnya Tengah Tahan Sebak,” Luahan Lelaki Ni Undang Sebak

Share

Menjadi ketua keluarga bukan semudah yang disangkakan. Tidak sekadar menyediakan makan minum dan tempat tinggal semata-mata. Namun kasih sayang dan perhatian perlu diberikan.

Demikian kisah yang dikongsikan oleh saudara Mohd Hairie Bakri ini sangat memberi inspirasi buat semua golongan suami.

Meskipun, di dalam kocek hanya ada RM20 sahaja namun, demi kebahagiaan isteri, dia sanggup membawa isteri dan anak ‘makan angin’ di pusat membeli-belah.

RM20 RINGGIT PUNYA GILER

Giler ke ape ni tengah2 bulan bawak ank2 bini aku masuk bp mall … Kau tenang je lah , dr rumah lg aku dah ckp hanya bwk jalan2 , bukan shoping … Ank ngan bini aku senyum je … Aku memang sengaja buat2 lupa yg dalam kocek aku tu cuma ade RM20 je , tp peduli apa aku , aku percaya rezeki tu Allah yg bagi , x mustahil si miskin ni boleh jd kaya klu Allah izin kan …

Tu , sape2 yg kenal aku , klu aku kaya , korang pon aku buat jd sampai kaya … Itu kalau lah ??… Hanya berbekal rm20 aku bwk ank isteri aku pusing 1 mall … Nmpk mcm gempak , sebenar nya tgh tahan sebak …

Sepanjang jalan aku perhati je gerak geri bini aku , sesekali dia tenung kedai pakaian lama giler , aku dah cuak weyh , kang dtg angin dia nak , mana aku nk cekau duit … Ahahaha… Dia bukan tau duit aku punya baki ...

Tapi alhamdulillah lah , dia x masuk , hanya perhati dr luar … Maaf kan suami mu syg , bukan aku x mampu nk beli kan , tp ada pekara yg aku perlu utama kan , bila semua nya dah selesai , inshaallah aku beri ape yg kau idam kan …

P/s : beli jiwa keluarga ni x perlu modal yg besar , cukup kau beri perhatian dan masa untk bersama …jujur aku ckp , sebak hati ni bila tgok mata isteri nk kn sesuatu tp x tercapai … Doa kan aku cepat kaya syg … Klu aku kaya , percaya lah org2 sekeliling aku juga akn kaya …