Menjadi ketua keluarga bukan semudah yang disangkakan. Tidak sekadar menyediakan makan minum dan tempat tinggal semata-mata. Namun kasih sayang dan perhatian perlu diberikan.
Demikian kisah yang dikongsikan oleh saudara Mohd Hairie Bakri ini sangat memberi inspirasi buat semua golongan suami.
Meskipun, di dalam kocek hanya ada RM20 sahaja namun, demi kebahagiaan isteri, dia sanggup membawa isteri dan anak ‘makan angin’ di pusat membeli-belah.
RM20 RINGGIT PUNYA GILER
Giler ke ape ni tengah2 bulan bawak ank2 bini aku masuk bp mall … Kau tenang je lah , dr rumah lg aku dah ckp hanya bwk jalan2 , bukan shoping … Ank ngan bini aku senyum je … Aku memang sengaja buat2 lupa yg dalam kocek aku tu cuma ade RM20 je , tp peduli apa aku , aku percaya rezeki tu Allah yg bagi , x mustahil si miskin ni boleh jd kaya klu Allah izin kan …
Tu , sape2 yg kenal aku , klu aku kaya , korang pon aku buat jd sampai kaya … Itu kalau lah ??… Hanya berbekal rm20 aku bwk ank isteri aku pusing 1 mall … Nmpk mcm gempak , sebenar nya tgh tahan sebak …
Sepanjang jalan aku perhati je gerak geri bini aku , sesekali dia tenung kedai pakaian lama giler , aku dah cuak weyh , kang dtg angin dia nak , mana aku nk cekau duit … Ahahaha… Dia bukan tau duit aku punya baki ...
Tapi alhamdulillah lah , dia x masuk , hanya perhati dr luar … Maaf kan suami mu syg , bukan aku x mampu nk beli kan , tp ada pekara yg aku perlu utama kan , bila semua nya dah selesai , inshaallah aku beri ape yg kau idam kan …
P/s : beli jiwa keluarga ni x perlu modal yg besar , cukup kau beri perhatian dan masa untk bersama …jujur aku ckp , sebak hati ni bila tgok mata isteri nk kn sesuatu tp x tercapai … Doa kan aku cepat kaya syg … Klu aku kaya , percaya lah org2 sekeliling aku juga akn kaya …
Beg Tangan & Tudung, Orang Perempuan Memang Suka Hingga Terover! Ikuti Luahan Hati En Suami Ni!
Ada sesetengah wanita memang ter-over dan gila-gila luar biasa. Betulke? Senang cakap, siapa makan cili dialah yang terasa pedasnya. Dan jika dibaca artikel yang ditulis oleh Abdul Jalil Ali di dalam Majalah Keluarga edisi Julai-Ogos 2018 ini, memang menarik!
Dan ini antara pandangan dan luahan hatinya sebagai seorang suami dan lelaki dalam melihat ‘kegilaan’ minat wanita. Jom baca.
Perihal beg tangan dan tudung bawal
Tanpa prejudis, memang selalu ada andaian bahawa isteri saya berlebih-lebih, sehingga ke tahap membazir. Saya bercakap mengenai tudung bawal!
Seingat saya, sejak mula kahwin, hingga sekarang – sudah lebih tiga dekad berkongsi tilam – perihal kain penutup kepala itu kerap menjadi isu. Ada ketikanya isu tersebut berlarutan sehingga dia tidak bercakap dalam kereta, dan menunjukkan muncung ikan todak di meja makan.
Saya ada sebab tidak suka dia melebih-lebihkan tudung. Sebenarnya bukan sahaja tudung bawal, tetapi ada macam-macam design tudung lagi. Antara yang saya ingat ialah tudung ‘awning’, tudung belit leher, tudung bonjol unta, tudung layang-layang. Nama-nama ini saya beri mengikut cara tudung itu dipakai.
Bagi saya semua tudung itu, tidak kira apa material, design, warna atau corak, fungsinya hanya satu: menutup aurat seperti yang diwajibkan.
Mengapa perlu ada bawal, pari, awning dan semua itu? Tidakkah lebih mudah sekiranya ada dua, tiga atau lebih-lebih pun lima helai?
Saya membandingkan diri sendiri. Tidak pernah saya ada lebih dari dua helai singlet. Basuh satu, pakai satu lagi. Jika sudah koyak dan berlubang di perut, saya pakai untuk berkebun. Selagi tidak berlubang sana-sini seperti roti jala, saya tidak akan beli yang baru. Betul-betul menepati pepatah ‘alah membeli, menang memakai’.
Tetapi, dia pun ada alasan. Katanya, orang lelaki tidak sama dengan orang perempuan. Orang lelaki tidak kira ‘trendy’, main bantai sahaja, asal boleh pakai.
“Tetapi kita orang perempuan lain,” katanya. Lain itu ertinya cara berhias dan berfesyen wanita tidak semudah sarung dan sangkut. Mesti ada tema. Kalau baju biru muda, tudung mesti biru tua. Kasut, beg tangan dan lain-lain aksesori pun mesti sesuai dengan tema.
Kalau tema merah, semua kena dekat-dekat dengan merah. Demikian juga jika kuning, kelabu tahi anjing dan sebagainya, mesti bertema. Katanya: “Kalau tidak bertema, nampak loklak!”
Saya memang tidak ambil kisah bab tema-tema. Seluar coklat, kemeja biru, stokin hijau tua pun kira okey. Loklak-moklak, apa yang penting selesa. Sebab hendak bertema-tema itulah yang pantang tengok tudung bawal, dia akan sambar. Hendak ke majlis rasmi, cari tudung baru. Makan kenduri kahwin, tudung baru.
Cari awning baru juga jika ada acara-acara tidak rasmi seperti kenduri masuk rumah baru, majlis berkhatan sepupu, hatta panggil kawan pejabat minum petang di rumah. Selalu dia bertanya pandangan saya – agaknya untuk mengambil hati – jika berkenan dengan satu-satu bawal: “Sesuai tak yang ni dengan saya?”
Tidak kira apa warna, apa jenama, jawapan saya sama dan selalu selamba: “Biasa jer…” Cuma sekiranya yang dia berkenan itu di luar kemampuan dompet, saya akan komen: “Tak sesuai langsung, loklak semacam!”
Dulu-dulu memang saya selalu membebel setiap kali dia merengek minta tudung baru. Tetapi sekarang sudah tua, saya mengikut sahaja, biar dia puas sanubari. Lagi pun tudung bawal adalah satu-satu kesukaannya sejak zaman asmaradana. Dia tidak pernah minta banglow mewah siap kolam renang, tidak juga emas berlian. Tambahan pula si bawal yang dia suka bukanlah dari jenama yang harga RM ribu-ribu. Waktu mula-mula kahwin dia sudah puas hati dengan tudung berharga RM10 atau RM15 sehelai.
Sekarang oleh sebab ada rezeki sikit, dan anak-anak sudah bekerja, dia memilih bawal atau l atau awning RM60 – RM70, lebih-lebih pun RM100. Ada juga pada hari-hari tertentu, seperti hari jadi atau hari ulang tahun perkahwinan, sengaja saya suruh dia sambar emak bawal RM300 sehelai. Katanya: “Tak mahal sangat ker?” Pulak!
Oleh sebab terlalu banyak, saya sendiri tidak pasti apakah dia ada masa dan kesempatan untuk memakai semua tudung-tudung yang beraneka itu.Apa yang saya pasti ruang baju saya di almari besar itu semakin sempit, sebab lebih banyak ruang digunakan untuk menggantung bawal. Sebab itu saya kata dia sudah terlebih!
Sesetengah wanita memang ter-‘over’ dan gila-gila luar biasa
Tetapi, rupanya bukan dia sahaja yang berlebih-lebih. Saya berbual dengan rakan-rakan sekerja wanita, dan rata-rata mempunyai perangai ter-‘over-over’.
Dalam kalangan wanita bekerja, ramai yang terlebih-lebih baju. Kalau boleh setiap hari dalam sebulan pergi ke pejabat dengan baju baru. Tidak mahu ulang pakai baju yang sama.
Maka saya tidak terkejut apabila seorang rakan wartawan memberitahu isterinya mempunyai tiga almari baju; boleh buka butik sendiri, dan boleh adakan SALE sendiri di rumah.
Alkisah ada juga wanita yang gila-gilanya pada pinggan mangkuk. Pantang ada ‘rumbungan Cik Kiah’ ke Langkawi dia mesti ikut sebab di Pulau Mahsuri itu dikatakan pinggan mangkuk memang murah. Ada macam-macam set minum petang, set makan malam, set sarapan, dan set-set makan lain. Tidak muat lagi untuk disimpan dalam almari, dia membuat satu stor khas hanya untuk menyimpan pinggan mangkuk yang bertimbun itu.
Minat paling teruk lagi menyeramkan yang pernah saya dengar, dan lihat sendiri, ialah kegilaan mengumpul pisau. Saya pernah berkunjung ke kediaman opah bercucu sembilan ini dan ditunjukkan satu lemari penuh dengan pisau.
Hatta, ada juga wanita yang tahap ‘ovr’-nya melampaui paras normal, hingga sukar untuk diterima akal. Dia memiliki sejumlah kira-kira 300 beg tangan. Dia mungkin boleh dimasukkan dalam ‘Book of World Records’ sebagai wanita paling banyak memiliki beg tangan. Dengan hanya dua tangan yang dikurniakan Allah, ramai tertanya-tanya bagaimana dan bila beg-beg tangan tersebut dapat digunakan.
Tambahan pula beg tersebut semuanya berjenama supermewah, harganya setiap satu bukan RM ribu-ribu,tetapi RM puluhan, dan RM ratusan ribu. Malah, ada yang harganya mencecah RM 1 juta.
Selain beg tangan yang nilainya jutaan RM itu, wanita ini juga meminati intan berlian, berkotak-kotak disimpan di dalam rumah. Setakat rencana ini ditulis, belum diketahui berapa nilai sebenar berlian yang banyak itu. Isteri saya memiliki 300 tudung bawal, harganya tidak lebih RM100 sehelai. Sedangkan ada orang memiliki 300 beg tangan mewah yang harganya setiap satu RM100,000.
Betullah, sesetengah wanita memang ter-‘over-over’!
sumber : Majalah Keluarga Julai-Ogos 2018
Ibu-Ibu Nak Pastikan Tanaman Cili Sihat Dan Kuat, Cuba Ini. Hanya Guna Belacan Sahaja. Wow Superb Petuanya!
Pokok cili antara pokok yang sukar untuk ditanam. Bermula ketika proses semaian sehinggalah kepada menuai. Kalau nasib baik, mungkin dapat rasa hasil tanaman sendiri. Kalau tidak gigit jari, nak tak nak kenalah beli di pasar sahaja.
Bagi yang ingin menanam sendiri Cili, jom cuba petua yang dikongsikan oleh Izham Alias menerusi Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri.
Pokok cili adalah antara pokok yang saya kategorikan dalam pokok yang sukar dijaga. Masa percambahan yang lama iaitu 7-14 hari, penjagaan yang rapi, dan mudah diserang penyakit.
Oleh itu pokok cili memerlukan penggalak tanaman bertindak sebagai penguat kepada ketahanan pokok. Di sini saya kongsikan cara mudah agar pokok cili kita sentiasa kuat menahan serangan serangga dan penyakit.
Bahan:
- Belacan – 100g
- Gula molases / gula merah – 100g
- Air tanpa klorin (air hujan, air perigi, tapisan) – 500 mL
Cara buat:
- Rendam belacan di dalam bekas berisi air 500 mL. Kacau sehingga larut.
- Kemudian masukkan gula merah / molases. Kacau sehingga sebati.
- Tutup dengan kain kasa bekas tersebut.
- Peram selama sebulan.
- Selepas diperam, kacau dan tapis. Ambil pati penggalak tersebut.
Cara guna:
- 10 mL pati + 2 L air biasa
- Sembur pada daun, batang, dan tanah waktu pagi sekitar 7am-10am, seminggu sekali
Selain pokok cili, penggalak tanaman ini boleh disembur pada tanaman lain seperti pokok tin, sayuran, dan pokok mulberi.
Sumber: Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri & Sara Saad
“Maaf Kerana Bukanlah Mama Yang Sempurna Untukmu.” Nukilan Noraniza Idrs Di Hari Nikah Anak Sulung Buat Netizen Sebak & Terharu.
Lama tidak mendengar cerita mengenai ratu irama malaysia kita, Noraniza Idris. Rupa-rupanya dia baru sahaja mendapat menantu sulung.
Berkongsi majlis pernikahan anak sulungnya, Aliff Haiqal menerusi laman instagramnya, Noraniza Idris memuat naik beberapa keping gambar.
Namun yang lebih menjadi perhatian adalah nukilan yang ditujukan buat anak sulungnya itu cukup sebak dan terharu bila dibaca.
Aliff anakku, ini catatan ibu utkmu anakku,
Pertama kali mdengar tangismu, hilang segala kesakitan melahirkanmu.
Maka bermulalah tawa tangis mama penuh rasa keibuan.
Masa berlalu pantas dan kini mama menyaksikan alif berdiri depan pintu gerbang kehidupan baru. Bgai bicara luqman al hakim dlm surah luqman dlm al Quran, hidup umpama laut. Dlm nya x terduga, isinya penuh pancaroba.
Alif anakku, kau adalah ketua keluarga maka bimbinglah isterimu, bakal ibu kpd anak2mu. Hormati mertuamu, ipar dan saudara semendamu dan. Keluargamu sendiri.
Jika duka yg kau jumpa, kembalilah kpda Allah.
Jika suka yg kau jumpa, bersyukurlah.
Doa sentiasa mengiringimu Aliff.
Maafkan kerana mama bukanlah mama yg sempurna utkmu.
Sesungguhnya, sedari awal telah mama halalkan segala urusanmu .. teruskanlah perjalanan mu dengan tenang dan penuh kasih sayang.
Mama , uncle , papa , umi sentiasa menyayangi mu anakku.. @aliffh23@ezza.nafiesha .
@faridahabdrahman188
Terima kasih nukilan indah bonda tersayang @rahimahmudajb
View this post on InstagramA post shared by Noraniza Idris (@noraniza_idris) on
Selain itu, Noraniza turut berkongsi kisah bagaimana dia boleh mengambil keputusan untuk berhijab gara-gara teguran anak sulungnya itu.
KISAH ALIFF HAIQAL MASA KECIL
“Sejak lahir alif akan ditidurkan atas dada papanya.. kata org tua2, kalau nak bagi anak kenang org tuanya kena tidokan atas dada.. ternyata @aliffh23 ni memang #copycat apa papa dia buat. Suka tiru . Sehingga papa dia berdehem sambil tgk tv pun dia akan ikut.. sebab papa buat. Itu lah anak. Bila org tua dia jd idola. .
“Kisah @aliffh23 masa kecik paling nakal dan suka protect kawan2 kena buli. Sampai satu hari, dia tanya mama, bila mama nak pakai tudung, berdosa mama , aurat tu ma aurat tu.. kata2 dia menyebabkan sy pegang tekad cukup usia sy 40 sy berhijab. Syukur alhamdulillah dah lebih 8 tahun sy berhijab. .
“Satu lg kisah @aliffh23 , dia sedih sebab tak boleh sebut R dan pelat. Utk atasi masalah sedihnya, sy layan. Sy latih dia gulungkan lidah sambil bunyikan “rrrrrr..” selagi tak letih. Sy latih dia setetrusnya sebut “rrrrrraaaaaa” . Nak tau , sampai sekarang bila dia sebut oerkataan2 yg ada bermula dengan R , sentiasa didengar jelas dan huruf r pasti ditekan sedikit .
Menurut Noraniza Idris, setiap satu kenangan bersama anak sulungnya itu tetap segar diingatan dan tidak akan pernah padam sehingga ke akhir hayat.
“Satu lg kisah @aliffh23 masa kecik, yg paling comel, air liur dia selalu meleleh sampai umur 5 bulan. Dulu masa nak bersalinkan @aliffh23 , sementara nak ke klinik , sy lalu kat kedai kuih pau masakan restoran cina . Sy nak juga pau tu bau menyelerakan tapi disebabkan was was, jd sy ambil bau je. Tak lah makan. Mak kata ini lah sebabnya anak sy meleleh air liur.. wallahualam.. ???
Kenangan terindah bersama anak mama takkan padam dlm ingatan mama hingga akhir hayat. @ezza.nafiesha terima kasih jaga @aliffh23 baik2 ya nak.. tq @faridahabdrahman188 ibu yg baik kepada anak menantu sy yg baik. @fee_haiqal kawin nanti mama keluarkan kisah @fee_haiqal pula ye nak..
View this post on InstagramA post shared by Noraniza Idris (@noraniza_idris) on
Selain throwback kisah bersama anaknya, Noraniza Idris turut memuat naik bait-bait kata dan pesanan buat menantu sulungnya itu.
Selamat pengantin baru Aliff Haiqal dan Ezza Nafiesha. Semoga kekal sehingga ke hujung nyawa.
Sumber: IG noraniza_idris