Menghidangkan juadah untuk keluarga tercinta dengan makanan bercita rasa kampung, ada keunikannya yang tersendiri. Lebih-lebih lagi pada musim cuti sekolah ini, pasti akan menjadi menu teristimewa. Maklumlah, bukan selalu kita dapat menyediakan hidangan sepertinya itu untuk keluarga tersayang dek kerana sibuk bekerja. Peluang cuti sekolah ini sebaiknya direbut dengan sebaik mungkin!
Jadi apa kata, jika memilih ikan pekasam dimakan bersama dengan pulut untuk dijadikan pilihan menu sarapan. Atau pun, jadikan menu pelengkap untuk juadah tengah hari juga tidak akan menghampakan. Membayangkan sahaja menu ini, buat penggemar ikan pekasam memang boleh kecur liur dibuatnya. Malah perkara biasa, bila makan nasi dengan adanya ikan pekasam pasti makan bertambah.
Untuk itu usah tunggu lagi, jom ke dapur dan sediakan juadah istimewa ini. Sebelum itu, ketahui dahulu tip menggoreng ikan pekasam agar tidak hancur.
Ads
Tip goreng ikan pekasam
1. Kikis ikan dan asingkan berasnya
2. Goreng ikan dengan api yang perlahan
3. Biar sampai garing baru terbalikkan ( jangan kerap terbalikkan nanti hancur, 2 kali cukup)
Ads
4. Apabila ikan dah garing angkat dan toskan
5. Goreng beras tadi pula. Goreng sampai ringan dan garing. Toskan
6. Goreng cili kering (potong halus). Goreng sampai garing
Ads
7. Selepas itu masukkan bawan besar. Kacau sekejap sahaja, angkat.
8. Letak limau kasturi dan hidang.
Sumber : Raja Rohaizan Raja Muhaiddin
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Apabila menghampiri hujung Ramadan tentu, para ibu ketandungan idea untuk memasak menu berbuka dan bersahur buat seisi keluarga. Menu sahur terutama sekali, kerana waktu ini, kena cari menu yang membuka selera anak-anak.
Selain ayam makanan wajib mesti ada dalam menu sahur, apa kata cuba menu makanan laut iaitu sotong. Melalui perkongsian Noor Sabrina Amran mengenai menu yang dipaparkannya adalah masakan sotong. Memang sedap, rasanya pun masam manis dan pedas.
Kebiasaanya kita memasak sotong sambal atau sotong goreng dengan kunyit. Namun resepi yang dikongsi oleh Puan Sabrina ini istimewa apabila bahan-bahan menggunakan limau nipis, serai dan daun limau purut seakan masakan thai. Tentu aroma kala memasak membuat anak-anak dan suami berselera nanti. Ikuti resepi ini
Rasanya masam manis dan pedas. Memang superb!
Bahan-bahan :
Sotong Cili padi Serai Halia Bawang putih Bawang merah Daun limau purut Limau nipis / lemon Sos cili thai Minyak masak
Cara-cara masak ada pada setiap gambar yer.
Basuh sotong dan toskan Potong ikut citarasa masing-masingBawang putih, bawang merah, halia, serai, daun limau purut dan limau nipis dia potong awal² yerGaul sotong dgn garam dan kunyitGoreng sekejap separuh masak je yer Angkat dan tos kanDalam kuali lain Panaskan minyak Tumis bawang putih, bawang merah dan serai sehingga naik bauMasaukkan Sos Cili Thai kacau sebatiMasaukkan Sos Cili Thai kacau sebati Masukkan cili padi, perahan limau nipis dan daun limau purutMasukkan sotong, dan kacau sebati Jangan masak lama² nanti sotong liat..Rasanya masam manis dan pedas.. Selamat menikmatinya
Siap!
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Rasa masam manis buah peach nyata cukup memikat selera seisi keluarga terutama sekali anak-anak. Sesuai dijadikan hidangan minum petang dan dimakan waktu cuaca panas. Resipi ini dikongsikan oleh Tg Khuzanika.
Jadi apa kata kali ini anda mencuba untuk sediakannya dan nikmati keenakan rasa yang cukup menyelerakan.
Puding Buah Peach
Bahan-bahan
1 paket agar2 tali (37.5 gm)
6 cwn air ( termasuk air buah peach)
1 tin susu cair
1 cawan gula ( ikut suka)
1 tin buah peach
1/4 cawan sunquick ( perisa campuran mangga)
1 sdb tpg jagung ( bancuh dgn sdikit air)
1 pnutup esen vanila
sdikit garam
sdikit pewarna kuning
buah ceri untuk hiasan (suka hati)
Cara membuat:
Basuh agar-agar, masak bersama air hingga hancur. Kemudian masukkan gula.
Kemudian masukkn air buah peach, sunquick lalu kacau sebati.
Masukkan pewarna kuning, susu cair, garam dan esen vanila lalu kacau.
Masukkan tepung jagung yang dibancuh tadi. Kacau guna api sederhana.
Dah nampak cantik padam kan api.
Susun buah peach dalam loyang… tuang adunan agar-agar tadi ikut kreativiti masing-masing.
Sedang mencari hidangan ringkas tapi sedap buat sesi keluarga, apa kata cuba resipi viral ni.
Cara nak buat hidangan ni amat mudah. Hanya menggunakan 3 bahan iaitu tepung, mauripan dan air.
Sesuai dijadikan hidangan seisi keluarga untuk minum petang.
Jom lihat resipi ini.
Saya selalu guna 1kg tepung sebab ramai
Resepi nye
– 1kg tepung
-gula ikut manis sbb pakai agak je..hihi( manis yg buat sedap)
-mauripan 1 paket
-air ikut pekat macam kita bancuh apam tu
.
Caranye
-bancuh ke semua bahan mcm kita buat apam tu biarkn kembang
-kemudian dh kembang panaskn minyak sedikit dalam kuali dan letak kn bancuhan yg kita buat td dlm 3 senduk gulai tu (sbb tu apam gebu)..buat mcm masak lempeng kelapa tu…biarkn die garing baru terbalik kn..pastikan tutup ye kuali tu
-pastikan api yg paling slow kita guna .kalau api besar nti hangus tak sedap…hihi
-dh garing atas n bawah boleh angkat n hidangkn..
-biasa kalau banyak lebih bahan tu saya buat apam kukus..sbb cara buat apam lempeng n apam kukus sama je..bezanye masak dalam kuali ..selamat mencuba
.
*maaf ade yg ade kurang faham..sbb pakai agak je bahan2 tu xde sukatan.
Sumber: norafizah jani via masak apa hari ni
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Guru wanita trauma disamun tiga lelaki bersenjata parang di sebuah taska. Seorang guru wanita berdepan detik mencemaskan apabila menjadi mangsa rompakan oleh tiga lelaki bersenjatakan parang di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Tali Air 11, Pasir Panjang pada pagi Isnin.