“Ada Penumpang Cakap Telinga Sakit, Bingit” Ibu Rasa Bersalah, Mohon Maaf Anak Kembar Menangis Dalam Pesawat

Share

Memilik anak kecil memerlukan ibu ayah sentiasa bersabar menghadapi kerenah mereka walau di mana sahaja berada terutama di tempat awam.

Sepasang suami isteri yang mempunyai anak kembar berusia setahun lapan bulan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua penumpang pesawat terbabit.

Ibu kepada bayi kembar itu, Nur Azyan Atan mewakili suami Mohamad Syukri Mohd Farid, tampil membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi aplikasi TikTok.

Ia ekoran daripada sepasang anak kembarnya Adra Syaheen dan Azra Syereen tidak henti-henti menangis, sekali gus menimbulkan suasana tidak tenang dalam penerbangan dari Pulau Pinang ke Johor Bahru.

Foto: TikTok @adrazra

Perjalanan kali pertama pasangan bayi kembar tersebut menaiki pesawat AirAsia pada 7 Jun lalu ternyata meninggalkan kenangan yang sukar dilupakan kepada ibu bapanya.

“Tolong panjang-panjangkan video permohonan maaf kami. Ini juga adalah kali pertama kami bawa kembar naik pesawat.

@adrazra Tolong panjang2kan video permohonan maaf kami 🙏🏻🥺🤧😔 ini juga adalah first time kami bawa kembar naik flight.. #fyp
#fypage #fypage #adrazra #airasia #sorry ♬ Sorry – Jurrivh

“Buat penumpang pesawat AirAsia AK6423 Pulau Pinang ke Johor Bahru, saya bagi pihak keluarga #AdraAzra ingin menyusun 10 jari memohon maaf atas kebisingan anak-anak saya dalam pesawat,” ujarnya.

Suasana Tenang Bertukar Kecoh

Bercerita lanjut, ibu yang senang disapa Azyan mengakui perjalanan bermula dengan baik, namun bertukar kecoh selepas kembar terpaksa dikejutkan ketika pesawat mahu mendarat.

“Sepanjang naik flight sampai mereka tertidur semua okey. Sampailah waktu nak mendarat, flight attendant datang ke kerusi kami supaya pakaikan anak seatbelt.

“Kalau ikutkan suami, dia tak nak kejutkan Azra. Sebab mereka baru saja tidur. Adra pula dekat riba saya dan dia dah memang pakai seatbelt. Jadi tiada masalah di situ.

Foto: TikTok @adrazra

“Cuma Azra tidur di seat sebelah. Suami memang tak nak kacau Azra tidur. Sebab mereka kalau tak cukup tidur memang akan menangis.

“Tapi sebab keselamatan, terpaksa juga untuk angkat Azra dan pakaikan seatbelt untuk infant. Belum sempat nak pakaikan dia dah tersedar dan terus nangis,” imbasnya.

Kata Azyan, Adra yang sedang tidur turut tersedar kerana mendengar tangisan kembarnya sehingga dia dan suami tebal muka berdepan penumpang yang lain.

Jelasnya, dia turut menggunakan pelbagai cara untuk memujuk si kecil, namun usahanya sia-sia sahaja, bahkan Azra tidak berhenti menangis sehinggalah mereka keluar dari lapangan terbang.

Foto: TikTok @adrazra

“Adra masih tidur waktu tu. Tapi sebab Azra menangis sebelah seat saja, jadi dia pun tersedar dan ikut menangis. Mujur Adra senang dipujuk. Azra je yang susah sikit.

“Mungkin juga sebab leher dia sakit sebab tidur atas paha daddy. Tekanan udara pun ya juga. Semua benda saya bagi, Handphone, permainan, buku, puting, air, snek, semua dia tolak, dia tak nak.

“Memang tebal muka kami masa tu. Azra menangis sampai kat luar airport. Bayangkan macam mana. Saya dan suami minta maaf sangat-sangat sebab buat penumpang lain rasa tidak selesa.

“Terima Kasih Yang Memahami”

“Yang mana memahami tu terima kasih banyak. Yang tak dapat terima tu kami betul-betul minta maaf. Tolong panjangkan permohonan maaf kami sampai ke penumpang AirAsia AJ6423,” ujarnya lagi.

Permohonan maaf yang dimuat naik di TikTok

Ada seorang penumpang yang menegur bunyi bising tangisan anaknya sehingga membuatkan dia rasa bersalah dengan semua individu yang menaiki pesawat itu.

“Ada seorang penumpang tu cakap yang telinga dia sakit, bingit. Saya minta maaf banyak kali. Tapi dia tengok phone saja. Bila seorang cakap macma tu, mesti yang dalam flight pun rasa yang sama kan.”

“Memang rasa bersalah tu tak tahu nak cakap macam mana. Masa tengah buat video permohonan maaf tu pun saya sebak sangat. Tengah cerita ni pun saya sebak bila teringat balik.

“Tapi ada yang faham. Dia cakap telinga anak mesti sakit tu, bingit. Saya memang harap video tu masuk FYP (For You Page) sebab memang nak video tu sampai ke penumpang pesawat tersebut,” ujarnya yang menetap di Kota Tinggi.

Untuk rekod, video itu sehingga kini meraih hampir 250,000 tontonan di TikTok.

Menjengah di ruangan, ramai netizen memahami situasi tersebut apatah lagi bila ibu bapa bayi yang meragam dalam pesawat telah berusaha sedaya habis untuk memujuk anak mereka supaya diam.

Ada juga netizen yang berkongsi tips untuk mengurangkan anak kecil yang naik pesawat terutama ketika sedang mendarat

Sumber: Mstar, @adrazra

Webinar kehamilan PERCUMA terbesar untuk bakal papa & mama. Jom daftar nama anda di sini WEBINAR AKU TAK SERIK BERSALIN 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Keluarga Gader https://t.me/keluargagaderclub sekarang!