Jawatan PM bukan kemegahan, tetapi bebanan dan tanggungjawab berat kerana disandang dalam keadaan pandemik COVID-19. Itu antara intipati ucapan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin Dalam ucapannya.
Dalam ucapannya, Muhyiddin mengumumkan meletak jawatannya sebagai Perdana Menteri dengan seluruh kabinetnya. Susulan daripada itu, beliau memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia susulan peletakan jawatannya.
Muhyiddin kini dilantik sebagai Perdana Menteri Caretaker oleh Yang di-Pertuan Agong.
Tidak lupa juga, Muhyiddin turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada rakyat Malaysia atas sokongan kepada beliau dan semua pihak yang membantu sepanjang menjadi Perdana Menteri.
“Saya ingin ambil kesempatan ingin memohon keampunan daripada saudara saudari segala kekhilafan dan kelemahan saya sepanjang jadi Perdana Menteri.
“Saya dan rakan-rakan jemaah menteri telah cuba melakukan terbaik untuk mneyelamatkan nyawa dan melindungi saudara saudari sekelian dalam tempoh krisis masih kita hadapi pada masa ini.
“Namun, sebagai manusia seperti biasa pastinya ada salah silap di sana sini, jadi saya mohon ribuan ampun dan maaf,” kata Ahli Parlimen Pagoh ini.
Dalam pada itu, Muhyiddin turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Keluarga terutama Isteri yang menjadi sumber inspirasi selama ini.
“Saya sentiasa prihatin dengan nasib saudara dan saudari sekalian kerana saya menganggap saudara dan saudari sebagai anak saya sendiri tak tahu lah ada yang panggil saya ‘abah’ terima kasih.
“Ucapan terima kasih yang paling istimewa buat isteri saya yang tercinta dan keluarga yang menjadi sumber inspirasi saya sejak dari dahulu hingga hari ini.
Sejak awal dilantik sebagai Perdana Menteri, insan yang setia disisi perjuangan beliau tak lain tak bukan adalah Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.
Penampilan Puan Sri yang agak berbeza daripada isteri-isteri perdana menteri sebelum ini pasti memberi kelainan dan identiti tersendiri buatnya.
Dilahirkan pada 21 April 1949, Puan Sri Noorainee merupakan anak kelahiran Muar, Johor.
Untuk rekod , Tan Sri Muhyiddin dan Puan Sri Noorainee telah berkahwin pada 22 September 1972 dan mempunyai 4 orang anak.
Sebagai isteri kepada orang nombor satu negara, Puan Sri Noorainee dilihat bijak membawa diri dan tetap setia, menemani suami tercinta dan menjadi tulang belakang kepada Perdana Menteri ke-8 dari awal pembabitan dalam bidang politik sehingga kini.
Dalam usia yang kini memasuki 72 tahun, Puan Sri Noorainee pernah menyandang jawatan Timbalan Yang diPertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI) dan Penasihat Pertubuhan Badan Amal Tenaga Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Johor (JUITA JOHOR) ketika Tan Sri Muhyiddin menjadi Menteri Besar Johor sekitar tahun 1986 hingga 1995.
Bukan itu sahaja, Puan Sri Noorainee kinj turut bergelar Penaung Kempen Tabung Pahlawan. Pada Julai tahun lalu, Puan Sri Noorainee berpeluang menyematkan pin veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di pakaian Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.