Ada Panau Di Muka Tak Tahu Nak Buat Apa, Ni Petua Lama Boleh Hilangkannya!

Share

Ada orang kata bila kerap mencuci wajah ketika berpeluh, itulah penyebab adanya panau di muka. Bila terjadi begitu, bimbang pula rasanya kalau ada tompok-tompok kecil berwarna putih yang dikenali sebagai panau. Tak tahu cara untuk hilangkannya, diharapkan perkongsian ini dapat membantu. Jom semak.

PETUA HILANG PANAU DI WAJAH DAN BADAN

Kecik-kecik dulu kan, balik jur dari sekolah rendah, panas-panas terik, saya terus basuh muka.

Puas mak larang, “Jangan basuh muka tengah panas, nanti muka tumbuh panau, baru mai akai” !

Dah sejenis yang degil, tak mau dengar kata, saya basuh juga, langsung tak peduli nasihat mak.

Panass kut. Mana boleh tahan? Tambah pula kalau bulan puasa kan? Haaa amek ko, penuh panau bertapak di muka saya, diri sendiri tengok pun geli.

Jadi kat bawah ni, saya kongsikan petua yang cukup mujarab mak saya buatkan untuk saya setiap malam. Syukur, tak de lama manalah, hilang habis panau di muka saya tau.

Bahan-bahannya.

1) Setengah biji limau kasturi
2) Bedak Sejuk Kampung yang jenis biji-biji, bukan jenis cair tau.
3) Piring atau mangkuk.

Cara-caranya.

1) Letakkan bedak sejuk di dalam mangkuk atau piring, anggaran agak-agak cukup satu wajah.

2) Perahkan setengah biji @ sebiji jus limau kasturi, jangan terlalu banyak limau ye, nanti takut iritasi pula.

3) Kacau hingga sebati hingga pekat, jangan letak air langsung tau.

4) Tepekkan seluruh muka atau badan yang mana ada panau. Biar sehingga kering di wajah. Saya biarkan semalaman, bangun pagi esok baru cuci.

Seriyess waktu tu, wajah akan jadi gatal, merenyam, akan rasa berdenyut-denyut sikit. Jangan risau ye. Jap je tak lama pun.

Ehemm ehemm tapi jangan digaru tau. Bedak sejuk tengah buat kerja.

Tak percaya cubalah, result dia pasti kebabomm. Hoyayy !! Panau pun lari tak cukup tanah. 

Sumber : Dayyan Haadidayyan via petua & ilmu