“Ada Minta Dua, Tunjuk Isteri Berkerusi Roda, Ada Bawa Anak Kecil.” Lepas Bantu Peniaga Bazar, Ebit Lew Jamu Gelandangan Buka Puasa. Sebak!

Share

Keprihatinan susuk tubuh bernama Ebit Lew ni tidak mengenal jantina, bangsa dan keturunan. Dengar sahaja ada orang yang memerlukan, pasti dengan pantas dia dan team turun padang menghulur bantuan.

Walaupun adakalanya terpaksa berhadapan dengan kata-kata cercaan, namun itu tidak meninggalkan kudis pada pendakwah bebas ini untuk meneruskan misinya membantu semampu yang boleh.

Itulah yang membuatkan ramai kagum dan cukup berterima kasih dengan Ebit Lew. Tidak pernah mengharapkan balasan jauh sekali penghargaan, apa yang dilakukan adalah jihad dalam membantu yang memerlukan.

Terbaru, Ebit dan team turun padang meraikan dan menjamu golongan gelandangan berbuka puasa. Sayu dan sebak melihat wajah-wajah yang beratur panjang untuk mendapatkan makanan.

Belum hilang rasa sebak sayu di Pasar Ramadhan. Berdoa untuk mereka. Saya borong di beberapa kedai. Nasi beriyani dan tomato untuk 300 orang.

Periuk panas-panas terus saya bawa ke kawasan gelandangan atau jalanan bagi buka puasa. Sesetengah mereka menyewa bilik di kawasan ini.

Bilik kecil dengan keluarga ramai tandas diluar. Saya jamu semua tanpa mengira bangsa atau agama.

Paling terharu bila mula buka belakang hilux dan senduk buat mereka. Semua beratur. Barisan makin ramai. Doa makanan cukup sebab barisan panjang. Lama saya tak kesini. Bila tengok anak-anak kecil ceria lagi buat hati sayu.

Nasib berbeza bagi setiap orang. Tapi rasa syukur buat rasa tenang bahagia. Semua kenal saya. Panggil ustaz apa khabar dan ucap terima kasih. Dengar terima kasih sebahagiannya buat hati saya rasa kecil jer sebab cara mereka hargai makanan. Tapi bersungguh cakap terima kasih.

Ada yang minta dua. Tunjuk isterinya berkerusi roda sakit. Boleh ker ustaz. Boleh abang. Ada yang bawa 5 anak kecil. Untuk semua anak boleh ke ustaz. Boleh kakak. Cukup untuk semua. Allah bagi cukup.

Gembira sebab ayam-ayam semua ketul besar. Puas rasa makan panas-panas semuanya. Biasa saya beri dalam bekas tak sama dari periuk begini.

Tak sampai 40 minit habis 300 nasi dan lauk saya senduk dan masuk Maghrib. Sekejap jer. Terasa puas makanan habis dan ngam jer.

Dulu saya tidur masjid. Kadang tumpang makan jika ada jamuan begini. Selalu lapar masa duduk kl cari kerja. Duit semua hantar dekat kampung. Ujian kan..

Team saya semua gembira puasa kedua dapat berbuka bersama mereka gelandangan dan orang susah di jalanan. Melihat sebahagian makan atas lantai tepi jalan lagi sayu rasa. Anak kecil makan jer dekat tepi tu sebab dah nak azan.

Semoga menjadi asbab kebaikan dan kenangan terindah buat kami

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club