Ada Masa ‘Free’, Tapi Malas Keluar Mengundi! Ni Jawapan Ustaz Azhar Idrus

Share

Kurang dari sebulan Malaysia akan mengadakan pilihan raya. Semestinya bagi individu yang perlu menjalankan tanggungjawab untuk mengundi sudah membuat persediaan dari segi pemilihan calon yang bakal diundi.

Namun, ada pula sesetengah pihak yang mengambil endah tak endah tentang pilihan raya ini dengan yakinkan tidak mahu laksanakan kewajipan untuk masa depan negara ini. Bagi yang ada alasan kukuh, boleh difikirkan juga. Tetapi yang sengaja tu, boleh ke? Jom ikuti jawapan dari penceramah tersohor ustaz Azhar Idrus mengenai hukum jika tidak keluar mengundi.

HUKUM JIKA TIDAK KELUAR MENGUNDI

Satu pertanyaan telah dijawab oleh ustaz Azhar Idrus mengenai apakah hukum tidak mengundi?

Mengundi ini adalah untuk melantik kerajaan, jika seseorang tidak mengundi maka mana-mana kerajaan yang naik semuanya untuk menegakkan Islam dan keadilan. Jadi tak wajib untuk mengundi. Faham.

Tak mengundi pun, tiga parti ini masuk. Tiga-tiga ini semua menegakkan Islam dan keadilan bersama rakyat. Tak mengundi tak apa. Mana-mana betul.

Contohnya, ada tiga orang untuk diundi jadi imam di masjid. Tetapi tiga-tiga orang ini layak menjadi imam. Pandai baca, banyak surah hafal maka kalau tak mengundi pun tak apa. Kalau menang salah seorang pun dia akan menjadi imam yang baik.

Tetapi jika seorang sahaja boleh menjadi imam yang lagi dua orang lagi kaki todi. Seorang kaki nombor ekor, seorang tak pernah sembahyang. Dia masuk juga mengundi nak jadi imam. Maka wajib kita beri undi kepada yang layak menjadi imam supaya tak naik dua orang tadi yang akan merosakkan jemaah kita. Faham.

Jadi kalau kita tidak mengundi, maka menang lah musuh-musuh Islam, menang lah orang-orang yang akan merosakkan persaudaraan Islam yang tidak akan menegakkan Al-Quran dan Hadis dalam negara. Maka kita berdosa di hadapan Allah.

@ainul_ayra #fypシ #ustazazharidrusofficial #ustazwadiannuar #mengundilahdenganbijak #ustazmuhaizad♥️☝️ #mukmininwalmukminat #musliminmuslimat ♬ original sound – @ainul🥰🍓

Sumber: Tiktok @ainul_ayra