“Ada Masa Aku Rebah & Ada Ketika Aku Kuat.” Wahai Suami, ‘Me Time’ Isteri Bukan Untuk Diri Sendiri Sahaja. Ini Sebabnya!

Share

Tugas seorang ibu bukan sesuatu yang mudah. Menguruskan anak-anak dan rumah tangga sendiri, mungkin ada yang kata tak perlu pening kepala nak fikir hal kerja, tak perlu stres mengadap jem dan sebagainya. Namun sebenarnya tugas suri rumah paling stres.

Bermula pagi membawa ke malam, tiada istilah bersenang lenang dan hanya waktu tidur masa untuk rehat. Belum bab cuti umum, orang lain ‘merdeka’ dari bebanan kerja namun tugas suri rumah sama sahaja.

Dek tertekan ada antara ibu-ibu yang mula mengalami halusinasi dan bertindak diluar kawalan. Apabila sudah berlaku kes kematian, barulah kita mula sedar ada ‘yang tak kena’ dengan ibu tersebut.

Malangnya sudah terlambat. Tapi bak kata pepatah ‘better late than never’, jangan biarkan si ibu ini terus dirundung masalah tekanan perasaan. Insan terdekat lebih-lebih lagi pasangan patut take note dan alert akan perubahan pada si isteri.

Perkongsian seorang isteri bernama Hazirah Maulana ada benarnya. Mungkin ada sesetengah lelaki beranggapan suami juga bukan goyang kaki tetapi keluar mencari rezeki. Namun, apa salahnya kalau sesekali turun ke dapur bantu isteri. Atau sekadar menjadi pendengar yang setia, meneliti setiap butiran kata dan keluh kesah isteri. Atau mungkin bawa isteri keluar berdua tanpa gangguan.

Barulah pasangan anda terasa dihargai. Penat macam mana sekalipun bila ada insan tersayang yang prihatin semuanya akan hilang di bawa dek angin lalu. Tak salah kan kalau beri isteri sedikit waktu untuk ‘me time’. Itu barulah dinamakan #relationshipgoals

Jom baca perkongsian ini dan bagaimana ibu kepada tiga cahaya mata ini memanfaatkan ‘me time’ yang diberikan suami. Moga kita mendapat manfaat bersama!

Hazirah Maulana


Lunch tadi suami hantar gambar dia makan oden family mart dengan tenang sambil menikmati swimming pool.


.
Aku? Tgh makan jugak tp sambil berhempas pulas layan 3 orang anak. Yang kecik tgh menangis minta didukung , 2 org lagi tgh bergaduh berebut toys. Dah lupa apa itu nikmat makan.
.
Dalam hati. Ya allah jeles nya dengan suami. Setiap minggu dia outstation jadi setiap minggu dia dapat lari seketika daripada hingar bingar suara anak anak. Nangis, jerit, gaduh mereka.
.
Tapi aku? All the time dgn anak anak. Kuali periuk belanga kain baju. Kerja yang tak pernah habis. Ada masa stress dan penat datang menjengah.
.
Bila rasa stress dan penat datang, mula lah bende kecik pun nak jadi besar. Mula lah mudah nak naik angin. Anak buat salah sikit jadi isu besar walhal selalunya handle anak anak bukan jadi isu besar pada aku.
.
Bila jadi macam ni selalu nya untuk aku refresh, aku perlukan ME TIME. Dan cara aku layan me time aku ialah dating dgn suami 2 ke 3 jam tanpa anak anak. Aku perlukan sokongan dan kasih sayang dari dia. Dapat sekejap pun jadilah. Kalau nak bersuka ria dan berhoney moon tanpa anak, mmg tak sampai hati nak tinggalkan.
.
Syukur? Ya bukan tak syukur. Tapi aku juga manusia biasa. Ade mase aku rebah, ada ketika aku kuat.

Pesanan buat para suami,

Kalau anda terlihat tetibe isteri mudah naik angin, mudah nak menangis, itu tanda dia betul betul perlukan sokongan dan bantuan dari anda.

Tak kire lah isteri itu suri rumah atau berkerjaya. Isteri juga manusia biasa. Ada kala dia jadi sangat kuat dan ada kala dia jadi sangat lemah seperti anak kecil. Si suami, ambil alih tugas jaga anak dan rumah buat seketika. Beri isteri QUALITY ME TIME. Bagi isteri tu buat ape yang dia suka tanpa apa apa gangguan.

Me time utk isteri ni sebenarnya bukan semata mata utk diri dia sendiri tapi kebaikan utk anak anak dan suami. Percayalah bila isteri dah dapat quality me time dia akan refresh energy dan kembali dengan senyum tawa dan gembira.


.
Tiada lagi marah. Tiada lagi stress. Tiada lagi mudah naik angin. Tiada lagi emosi anak anak dan suami yang akan tercalar. Hidup kembali bahagia. Aman dan harmoni. Tangisan jerit anak anak pun dapat dia handle dgn mudah. Masakan pula kembali lazat sedap dan menyengat. 


Tapi andai si isteri itu rebah kembali, ulang kembali. Setiap isteri ialah manusia biasa yang tak lepas dari membuat kesalahan. Tak lepas dari fitrah kehidupan.
.
Sebagai suami, anda perlu cakna dan sensitive dgn perubahan si isteri. Sekian. 
.
Aku,
suri rumah bersama 3 anak kecil 
Bahagia dengan cara sendiri