Ada Lubang Angin Di Rumah Buatkan Begini Untuk Tutup. Mudah & Jimat!

Share

Pengaliran udara yang baik  di sesebuah rumah selain dapat diwujudkan  pada bukaan tingkap dan pintu, tidak dinafikan aliran udara  di dalam rumah bertambah baik jika adanya lubang angin di bahagian dinding.

Pun begitu, kadang-kadang lubang angin ini mendatangkan masalah lain pula, contohnya nyamuk mudah masuk ke dalam rumah malah menjadi tempat cicak pula.

Oleh itu, ada baiknya atasi masalah tersebut dengan memasang ‘penutup’ lubang angin dengan cara yang dikongsikan oleh Azmi Ahmad yang cukup mudah dibuat sendiri. Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya.


 

Tutup lubang angin guna jaring plastik saja, tidak perlu gam dan double-sided tape:

* udara boleh keluar masuk,

* habuk kurang masuk,

* nyamuk, lalat, tebuan dan cicak … InsyaALLAH tidak lepas masuk.

Projek pelan-pelan bila masa lapang ….

* buat satu template untuk tutup lubang … lebar ngam-ngam lebar lubang, panjang dalam 10 inci. Jangan pendek sangat, nanti gulung nya mudah terlerai,

* potong jaring plastik nyamuk ikut template,

* ambil satu potongan dan gulung spara,

* selit di celah lubang angin. Adjust supaya terletak di lubang yang kecil dan ia terletak cantik tidak bergerak,

* ulang dan tutup semua lubang angin,

* kalau ada cicak masuk … adjust semula kedudukan jaring supaya tiada lubang,

* kalau terlalu banyak cicak …. spray ubat halau cicak pada jaring tu,

* kalau ada burung buat sarang kat celah tu … biarkan dia menumpang dan makan cicak atau pasang cara sama di lubang luar untuk elak burung bersarang (pasang luar dalam)

Sumber : Azmi Ahmad