Ada Lebihan Roti Nak Expired? Jom Buat Resipi Puding Roti Sos Kastard Yang lemak berkirim.

Share

Kalau ada lebih roti dah nak expired usah dibuang, cuba resipi yang dikongsikan ini. Dimakan bersama sos kastard yang lemak berkrim pasti menambahkan selera seisi keluarga. Resipi ini dikongsikan oleh Nurul Shafira .

Jika anda tak suka buah campur, boleh juga digantikan dengan coklat chip dan sebagainya,. Ikut selera dan citarasa sendiri. Jom cuba nanti!


Puding roti sos kastard lemak berkrim.. pnjang namaaaaa 😜

Roti dh expired 2 hari lepas.. x berkulat lg.. jd hri ni bt puding roti ni.. Buh dalam peti mkn sejuk2 sdp ni.. ad peminat ke puding simple mcm ni?😜🤗

Update resepi :

Bahan puding roti :

==============

10 keping roti gardenia ( potong empat segi )

1 tin susu cair

3 biji telur

1sk esen vanila

5sb gula

Buah campur kering rendam air pnas kejap (optional)

Cara membuat:

~ blend smua bahan kecuali roti

~ sapu butter setiap keping roti dan loyang

~ susun roti dalam loyang dan curah bahan blend tadi. Tekan2 roti bagi smua meresap.

~ taburkan buah2 kering tadi

~ kukus 30 mnit.

Sos kastard :

1 tin susu cair

1/2 cwn air

2sb tepung kastard

4 1/2sb gula

Cara membuat: 

~ campur tepung kastard dlm air, kacau rata. Kemudian campur smua bhan masak ats api perlahan. Kcau2 ye smpai agk sedikit pekat. Siap