
Kalau ada lebih roti dah nak expired usah dibuang, cuba resipi yang dikongsikan ini. Dimakan bersama sos kastard yang lemak berkrim pasti menambahkan selera seisi keluarga. Resipi ini dikongsikan oleh Nurul Shafira .
Jika anda tak suka buah campur, boleh juga digantikan dengan coklat chip dan sebagainya,. Ikut selera dan citarasa sendiri. Jom cuba nanti!
Puding roti sos kastard lemak berkrim.. pnjang namaaaaa 😜
Roti dh expired 2 hari lepas.. x berkulat lg.. jd hri ni bt puding roti ni.. Buh dalam peti mkn sejuk2 sdp ni.. ad peminat ke puding simple mcm ni?😜🤗
Update resepi :
Bahan puding roti :
==============
10 keping roti gardenia ( potong empat segi )
1 tin susu cair
3 biji telur
1sk esen vanila
5sb gula
Buah campur kering rendam air pnas kejap (optional)
Cara membuat:
~ blend smua bahan kecuali roti
~ sapu butter setiap keping roti dan loyang
~ susun roti dalam loyang dan curah bahan blend tadi. Tekan2 roti bagi smua meresap.
~ taburkan buah2 kering tadi
~ kukus 30 mnit.
Sos kastard :
1 tin susu cair
1/2 cwn air
2sb tepung kastard
4 1/2sb gula
Cara membuat:
~ campur tepung kastard dlm air, kacau rata. Kemudian campur smua bhan masak ats api perlahan. Kcau2 ye smpai agk sedikit pekat. Siap
Tak Ada Pengukus, Guna Kuali Pun Boleh. Ini Cara Masak Siakap Stim Limau Ala Thai Yang Cukup Mudah Tapi Padu

Ini salah satu hidangan yang menjadi kegemaran ramai. Selain rasa dan baunya yang menyelerakan, ia juga sihat kerana menggunakan kaedah stim tanpa guna minyak pun.
Ibu-ibu yang nak cuba masak sendiri di rumah, jom kita cuba resepi siakap stim limau ala Thai yang dikongsikan oleh Puan Zurina Zulkefli ini.
Kita baru nak makan haaa, pagi tadi suami pesan “Selagi saya tak jumpa serai, awak jangan cuba2 masak ikan steam tau, tunggu saya.” Kita pun tunggu sampai la dh jumpe serai td lalu kita pun masak. Happy ending.
Resepi Ikan Siakap Stim ala Thai
Bahan yg diperlukan:
Seekor ikan siakap
2 biji limau nipis
1 batang serai
5 hirisan halia
3 tangkai cili kecik merah
3 tangkai cili kecik hijau
5 ulas bawang putih
1 batang daun ketumbar
Setengah kiub pati ayam
Sos ikan
Cara kukus ikan:
Bersih ikan siakap dan hiris bahagian badan nya
Masukkan halia dan serai ke dalam perut ikan
Perah jus limau nipis ke atas ikan untuk menghilangkan bau hanyir
Kukus ikan ke dalam periuk kukus selama 5 minit dan biarkan seketika pada suhu api perlahan.
Cara masak kuah stim ala Thai:
Cincang bawang putih secara kasar
Gorengkan bawang putih yg telah dicincang di dalam kuali sehingga warna keemasan – kerangupan bawang putih goreng menaikkan aroma ikan siakap stim
Padamkan api kuali lansung masukkan sedikit air suam, setengah kiub pati ayam, 4 sudu besar sos ikan, 1 sudu kecil gula, cili hijau dan merah, lebihan serai dan perahan jus limau.
Rasa dahulu kuah, sekiranya termasin sila tambah sedikit air.
Kacau kuah sehingga sebati.
Tuangkan kuah stim ke atas ikan siakap dan taburkan hirisan daun kertumbar.
Kukus lagi ikan siakap bersama kuah selama 3 minit.
Sedia dihidang.
*Nota: Bagi yang tak ada pengukus, boleh juga gunakan kuali untuk mengukus.
CARA KUKUS GUNA KUALI
Mungkin ada yang tertanya-tanya, macam mana nak kukus guna kuali.
Ini saya kongsikan cara saya kukus guna kuali.
1. Mula-mula letak air dalam kuali, kemudian letak mangkuk kaca berisi air di dalamnya.
2. Kemudian isi pinggan besi yang nak letak ikan stim nanti.
3. Lepas tu guna penutup yang muat dengan kuali tu. Kalau nak guna mangkuk kecil pun boleh.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Skrub Homemade 3 Bahan, Muka Kusam Boleh Jadi Cerah Jelita!

Kalau muka kusam dan berjelaga kesan daripada percutian hujung tahun ni, ada baiknya anda sental wajah dengan skrub muka yang sesuai.
Nak lagi hebat dan mujarab, pilihlah skrub tradisional yang dibuat sendiri di rumah. Perkongsian Awanie Hashim yang mencuba melakukan skrub sendiri di rumah dengan hanya menggunakan tiga bahan dapur, buat kita rasa tertarik untuk mencuba. Nampak mudah sebab hanya guna tiga bahan saja!
Jom cuba ikut caranya. Mana tahu hasilnya mantap.
Hari cuti ni tak tau nak buat apa kan, apa kata kita buat homemade skrub. Guna apa yang ada kat dapur je. Mudah kan? Senang pun senang dan jimat duit.
Apa yang bestnya skrub ni boleh tanggalkan sel kulit mati. Lepas pakai kulit kita rasa lembut dan halus je. Bukan boleh pakai dekat muka je, badan pun boleh.
Bahan-bahan:
Beras
Kunyit
Asam jawa
Caranya:
1. Ni bahan-bahannya. Hanya guna beras, kunyit(seeloknya kunyit hidup tapi kalau tak ada, kunyit pun boleh) dan asam jawa. Kuantiti agak-agak je.
2. Kisar bahan-bahan tadi dalam pengisar kering sampai hancur semuanya.
3. Ok ni hasil lepas dikisar.
4. Bila kita nak guna ambil sikit dan campur dengan air.
5. Jangan cair sangat ataupun terlalu pekat.
6. Lepas tu, sapu lah dekat muka, badan kat mana kita nk pakai. Dah siap, bilas dengan air kemudian baru cuci dengan sabun pencuci biasa.
7. Lihat hasilnya.
Selamat mencuba.
Sumber: Awanie Hashim
Dr Hamid Arshat Kongsi Tip Untuk Ibu-Ibu Amalkan Jika Mahu Sihat Dan Berjaya. Wajib Baca Ni!

Wanita sememangnya cukup bertuah. Mereka mempunyai banyak sumber pahala untuk membantu kaki melangkah masuk ke syurga.
Selain berkorban nyawa melahirkan zuriat demi penyambung warisan keluarga, ada juga yang terpaksa berpenat lelah bersengkang mata dalam membahagikan masa menjaga anak-anak dan dalam masa yang sama bekerja membantu suami demi kelangsungan hidup.
Justeru, wanita memerlukan penjagaan yang lebih baik bagi memastikan kesihatan tubuh dalam keadaan yang baik. Berikut beberapa pesanan daripada Dr Hamid Arshat kepada wanita di luar sana, satu pesanan yang amat berguna untuk dipraktikkan, seperti pesanan seorang ayah kepada anak.
Pesanan kepada wanita dan pesakit-pesakit saya
1. Jagalah kesihatan anda sebelum ditimpa penyakit. Tiada harta dan wang ringgit yang bertimbun banyaknya pun yang boleh menebus kesihatan bila sudah dilanda penyakit kronik.
2. Pencegahan penyakit adalah lebih baik dari rawatan. Tapi bila sudah ditimpa penyakit perlu cari ubat dari peringkat awal. Cari ubat dari doktor bertauliah dulu. Rawatan alternatif dan tradisional boleh dikabungkan kemudian.
3. Berdoa kepada Allah SWT setiap hari dan setiap waktu dan ditempat yang makbul doa agar dikuatkan iman dan diberi kesihatan badan, jiwa dan panca indera. Jangan putus doa atau putus harapan. Allah Maha Pengasih dan Penyayang.
4. Kuasai, kawal dan urus diri untuk mengikuti cara,gaya, budaya dan tabiat hidup kearah sihat walafiat. Jangan asyik bergantung dengan ubat. Ubah minda dan ubah tabiat kepada ciri2 positif. Hapuskan kepercayaan dan amalan kuno yang tidak berasaskan ilmu pengetahuan.
5. Maksud hadis – pada akhir zaman (sekarang) dua perkara menjadi punca utama bagi pelbagai penyakit iaitu makanan tidak seimbang dan gangguan jiwa dan rohani. Memang benar.
Lain-lain punca penyakit ialah keracunan dari berbagai punca saperti bahan-bahan kimia, radiasi dan pencemaran.
6. Penyakit timbul dari tabiat makan yang tidak sesuai serta pemilihan makanan yang kurang berkhasiat dan berzat. Sering berlebihan gula dan karbohidrat. Juga makanan yang mungkin mengandungi toksin sebab diawet, diperoses, ditambah perisa serta disimpan dalam tin.
Jauhkan makanan tersebut dan juga makanan segera serta minuman manis dan bergas. Makan bahan-bahan yang mentah dan segar – banyakkan mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan.
70% dari makanan dari sumber tersebut. Kurangkan gula dan garam dalam masakan. Juga jangan memasak keterlaluan ( over cooking khususnya sayuran)
7. Makan bila lapar berhenti sebelum kenyang. Kunyah makanan perlahan-lahan dan berulang sehingga makanan dalam mulut jadi lumat sebelum ditelan. Tebaik kunyah antara 15 hingga 20 kali setiap suap makanan.
8. Mulakan makan dengan buah-buahan dan tunggu 15 hingga 20 minit sebelum makan nasi. Kalau boleh jangan tambah nasi; tambah lauk(protien) dan sayur-sayuran jika sajian pertama tidak mengenyangkan.
Waktu selingan (teh dan coffee break) makan kacang badam , gajus atau walnut berserta kismis, keroma atau berries yang dikeringkan. Biji-biji kuaci, labu, semangka, adalah makanan sihat. Disertai air kosong atau air teh hijau.
9. Kurangkan minuman kopi kepada satu atau dua kali sahaja dalam sehari. Biasakan minum jus buah yang segar. Jus air kelapa muda tanpa ditambah gula adalah jus buah yang terbaik dari segi kandungan zat, vitamin dan logam. Banyakkan minum air mineral atau air kosong. Mereka yang sering mengalami gangguan kencing dan lelehan lendir faraj amalkan minum juz cranberry, lemon , limau nipis atau kasturi.
10. Minyak kelapa dara (VCO) atau extra virgin olive oil adalah baik untuk fungsi otak dan jantung. Minumlah satu sudu pagi dan petang. Juga satu sudu madu lebah setiap hari.
11. Jadikan suka makan ulam dan salad sebagai satu tabiat dan budaya hidup. Ulam raja telah dikaji dan dibuktikan sebagai antikanser. Begitu juga pelbagai pucuk daun yang mudah ditanam disekitar rumah – Sambung Nyawa, Misai Kucing, Kacang Botol, Tujuh Jarum dan sebagainya- mengandungi pelbagai khasiat kesihatan ; mengawal kencing manis, darah tinggi serta meningkatkan fungsi otak dan jantung.
12. Bila sudah capai umur 50 tahun iaitu umur bagi kebanyakan wanita capai menopaus atau putus haid waspadalah tentang makanan. Ketika itu falsafah kita ialah makan untuk sihat bukan untuk menjamu selera atau untuk puaskan nafsu. Ketandusan hormon estrogen ketika menopaus boleh beri kesan negatif kepada kesihatan.
Banyak mengambil sayuran, bijiran dan kekacang saperti soya yang mengadungi phytoestrogen dan boleh dijadikan gantian. Jika mengalami gejala-gejala teruk akibat menopaus sebaiknya makan pil hormon estrogen sebagai gantian.
13. Stress yang tidak terkawal dan berlanjutan adalah punca bagi 1001 jenis penyakit. Sukar untuk kita lari dari pelbagai jenis tekanan fizikal, mental dan rohani kerana ia boleh timbul dimana-mana saja. Tetapi kita boleh tangkis, atasi dan mengurus stress supaya ia tidak menimbulkan penyakit.
14. Kaedah utama mengawal stress ialah mengamalkan ibadah mengikut jadual dan arahan Allah – solat fardu dan sunat, baca quran, zikir dan selawat, puasa dan sedekah. Quran adalah satu mukjizat dan rahmat terbesar dari Allah dan didalamnya terdapat syifa iaitu penyembuh bagi segala penyakit. Baca quran setiap hari.
15. Senyum selalu, ucap salam kepada sesiapa kita bertemu, bersalaman mesra dan berkenalan, kawal marah, jangan menyakiti dan menghina orang lain, terima teguran, rasa tawaduk dan rendah diri. Terima segala jenis musibah dan ujian Allah sebagai ‘ qada’ dan kadar Allah ‘
16. Senaman juga satu kaedah kurangkan stress. Pilih saja apa jenis senaman sesuai dengan gaya hidup kita selama 30 minit asalkan berpeluh – berjalan kaki, jogging, tunggang basikal, pergi gim, treadmill, taichi, silat atau yoga.
senaman hasilkan banyak khasiat kesihatan, menfaat dan kebaikan bagi kehidupan sesorang; bantu kawal penyakit diabetes, darah tinggi dan serangan jantung dan angin ahmar.
17. Lakukan ‘deep breathing exercise’ di mana-mana saja, sambil duduk atau berdiri; di pejabat atau dirumah ; di pejabat khusus setelah berjam-jam buat kerja atau pandang komputer. Duduk di kerusi, pusingkan menghadap ke belakang atau ke sudut.
Sedut nafas melalui hidung sedalam-dalam dan hembuskan keluar perlahan-lahan melalui mulut sambil baca subhanallah dan lafaz istighfar. Ulang beberapa kali selama 5 – 7 minit.
Kaedah ini boleh meningkatkan bekalan oksigen sambil mengurangkan karbon dioksida dari otak menjadikan kita lebih segar dan lebih tenang.
18. Amalkan memeriksa buah dada sendiri waktu mandi untuk mengesan ketulan khususnya kanser payudara. Untuk periksa payudara kanan, angkat ke atas tangan kanan dan guna tangan kiri untuk periksa.
Ulang sebelah kiri. Juga rasa dan periksa celah ketiak untuk kesan ketulan. Picit puting jika ada keluaran lendir atau darah. Jika ada symptom-simptom tersebut terus jumpa doktor.
19. Buat ujian ‘pap smear’ khususnya wanita yang pernah melahirkan anak, yang mengalami lelehan keputihan , perdarahan selepas persetubuhan dan perdarahan lepas menopaus.
Ulang ujian setiap tahun. Ini bertujuan mengesan kanser pangkal rahim. Malah lebih baik dikesan sebelum jadi kanser.
20. Pantau berat badan. Sebaiknya jangan biarkan melebihi 60 kg. Memang mudah naik berat tetapi untuk menurunkan berat badan sangat sukar. Kawal makan khususnya gula dan karbohidrat. Lakukan senaman setiap hari.
21. Jadikan tabiat berjumpa doktor jika ada sesuatu kelainan dalam edaran haid . Buat scan peranakan khususnya jika anda mengalami senggugut, perdarahan banyak, berpanjangan dan tak tentu masa atau merasai benjolan atau tumbuhan pada perut.
Sila hubungi YJN untuk dapat temu janti buat scan peranakkan. http://www.jabalnur.net/376648669
22. Amalkan makan multivitamins (saperti obimin atau lain), fish oil, kalsium dan vitamin C terus menerus sehingga akhir hayat. Jangan berhenti selepas bersalin. Jadikan ia satu tabiat dan amalan harian.
Makanan harian kita tidak dapat menampung keperluan vitamin untuk tujuan baik pulih tisu dan organ penting dalam tubuh badan. Keperluan vitamin dan logan meningkat selepas bersalin, penyusuan bayi dan lepas bedan. Wanita juga kehilangan logam iron ketika haid.
23. Makanan tambahan yang mengandungi pelbagai unsur saperti antioxidants, fiber, kolegen, peptides dan amino asid banyak dijual di pasaran. Saya sendiri mengambil extra virgin olive oil, grape seeds(mengandungi resveraterol untuk jantung dan otak), royal jelly dan honey dan habbatus sauda.
24. Jangan tanya saya ‘Apa pantang selepas bedah atau lepas bersalin”. Tanya saya ‘Apa yang baik dimakan waktu pemulihan?’ Pertanyaan kedua lebih wajar dan positif serta proaktif.
Semoga Allah berkati hidup kita dengan keteguhan iman, kesihatan badan dan murah rezeki yang halal. Serta kejayaan dan kebahagian hidup didunia dan akhirat. Aamin.