Kehadiran cahaya mata melengkapi kehidupan pasangan suami isteri. Inilah anugerah yang dinanti-nantikan oleh Pengacara dan pelakon Che Puan Sarimah Ibrahim.
Dalam satu majlis, beliau turut mengumumkan bakal menerima kehadiran cahaya mata perempuan.
“Sejujurnya, saya rasa sangat teruja untuk mendedahkan jantina anak kerana ramai sahabat dan rakan media ingin tahu.
“Kandungan saya pun sudah mencecah usia lapan bulan. Jadi, majlis pelancaran produk saya di Shopee ini digunakan sebagai kesempatan yang baik untuk mendedahkan berita gembira yang dinanti-nantikan,” kata Sarimah.
Ads
Berita gembira itu dikongsikan sempena di majlis pelancaran produk ‘Thrill by Sarimah Ibrahim Eksklusif di Shopee’ serta pengumuman jantina anak sulungnya di Glam Hall, Damansara Perdana dua hari lepas.
Dalam pada itu, beliau turut melahirkan rasa syukur dan teruja tatkala mengetahui bakal menimang anak perempuan.
“Saya dan suami sangat bersyukur kerana bakal menerima kehadiran puteri dalam hidup kami.
Ads
“Alhamdulillah lepas ni saya akan ada kawan baru untuk melakukan pelbagai aktiviti bersama anak perempuan saya seperti bersolek dan juga pilih pakaian.
“Di dalam keluarga, saya merupakan anak sulung daripada empat adik beradik. Adik saya semuanya lelaki. Jadi, saya dah terbiasa dengan lelaki.
Ads
“Saya tak sangka pula saya sedang hamil anak perempuan. Saya rasa sangat teruja dengan berita gembira ini,” katanya lagi.
Sarimah dan suami, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar mendirikan rumah tangga pada 2 April 2015.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Membaca kisah selebriti Elyana yang kental melawan penyakit kanser cukup menyentuh hati. Bahkan semangatnya yang kuat dan tidak kenal erti putus asa sehingga disahkan bebas dari penyakit tersebut cukup dikagumi ramai.
Bukan sahaja pelantun lagu Diriku Tapak Sulaiman, bahkan suaminya, Khairul yang sentiasa di sisi menjadi inspirasi buat semua. Rata-rata memuji akan pengorbanan Elyana serta suami selama 10 tahun mengharungi dugaan tersebut.
Bukan calang-calang orang yang mampu bertahan apatah lagi terpaksa melawan penyakit yang cukup digeruni ramai. Namun pasangan ini membuktikan tiada yang mustahil jika sudah ditetapkan oleh Sang Pencipta.
Dalam satu perkongsian menerusi Media Hiburan baru-baru ini, Khairul mengakui, segala yang dilakukan adalah kerana terlalu sayangkan Elyana. Malah, itu adalah janjinya yang diungkapkan ketika akad nikah mereka dahulu yang mana akan terus menyayangi isterinya itu.
Sementelah dalam hidupnya cuma ada Elyana dan anak-anak sahaja memandangkan kedua ibu bapanya juga sudah tiada.
Mendengar ucapan suaminya yang tulus itu membuatkan Elyana yang berada disisi tersenyum bahagia. Apa lagi yang diperlukan oleh seorang isteri selain daripada kasih sayang dan perhatian daripada seorang bernama suami.
Tular video yang memaparkan pesanan seorang ibu kepada guru untuk bersikap tegas kepada anaknya. Terasa meremang bulu roma pesanan guru ini. Tidak ramai ibu bapa bersikap begini.
Video berkenaan dilihat seorang ibu sedang duduk di sebuah bilik sambil memegang rotan sambil bercakap dengan penuh semangar kepada seorang guru. Manakala anaknya pula berdiri disebelah mendengar pesanannya.
Video berkenaan dikongsikan menerusi Fairuz Fairuz sehingga kini telah mendapat ‘dishare’ sehingga 25K. Kata-kata ibu itu memberitahu kepada kita bahawa begitulah harapan setiap ibu bapa.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita untuk mendidik anak menjadi mukmin yang terbaik.
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
“Saya serahkan anak saya kerana Allah kepada asrama. Ini rotan saya tuntut pada ustaz, jika dia tak bangun solat, tak bertahjjud.
“Saya percaya cikgu, rotan lah dia. Jika dia patah kaki, patah tangan, itu kifarah dia. Tapi jika dia mati itu adalah ajalnya fisabilillah.
“Saya serahkan anak saya 100 peratus. Cikgu didiklah macam didik nyawa cikgu. Saya tak kisah. Ini rotan saya hadiahkan kepada guru. Saya nak ibu bapa di luar sedar zaman sekarang akhir zaman.
“Biar tak pandai menyanyi tapi pandai mengaji. Biar tak pandai meniadi menjerit biar pandai muazzin.
“Sambil memandangnya ibu itu juga sempat bertanya anaknya mendengar apa yang diucapkannya.
“Kita lahirkan anak itu adalah pemulaan akhirat kita. Saya tuntut cikgu jika tak belasah kerana Allah.
Sediakan payung sebelum hujan, peribahasa ini begitu selalu kita dengar dan biasa kita praktikan dalam kehidupan ini. Kita sedar kepentingan perlu bersiap sedia dalam sesuatu perkara sebelum ditimpa musibah atau masalah, adalah sangat penting!
Lagi-lagi bila memikirkan keluarga tersayang. Banyak perkara perlu dipersiapkan dan antaranya bila menyentuh tentang perlindungan insuran.
Jika sebelum ini, diakui untuk mendapatkan perlindungan insuran untuk diri sendiri apatah lagi untuk seisi keluarga memerlukan jumlah yang besar, pun begitu baru-baru ini Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperkenalkan i-Lindung yang membolehkan pencarum (ahli) membeli produk perlindungan di bawah Pelan Perlindungan Ahli (PPA) serendah RM30.
Melalui PPA, ahli KWSP dibenarkan membeli produk insurans/takaful daripada Syarikat Insurans & Takaful (SIT) yang hanya diluluskan oleh KWSP.
Pengerusi KWSP, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir memberitahu pelan perlindungan premium yang ditawarkan bermula serendah RM30 setahun dan menjanjikan perlindungan berjumlah RM10,000.
Untuk makluman, i-Lindung ini adalah sebuah platform layan diri di dalam i-Akaun (Ahli) yang digunakan untuk tujuan pembelian produk perlindungan di bawah Pelan Perlindungan Ahli (PPA).
Melalui PPA, ahli dibenarkan membeli produk insurans/ takaful daripada Syarikat Insurans & Takaful (SIT) yang diluluskan oleh KWSP.
Ini adalah untuk menyediakan pilihan kepada ahli dalam mendapatkan perlindungan bagi membantu ahli berdepan dengan tempoh sukar atau kejadian yang tidak diingini pada masa hadapan.
Siapa Yang Boleh Memohon
Warganegara Malaysia
Berumur Tidak Melebihi 55 Tahun
Pengguna i-Akaun (Ahli)
Memiliki Baki Simpanan dalam Akaun 2
Bagi mereka yang berumur 55 tahun ke atas, masih dibenarkan untuk memohon dengan syarat mengekalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 55 atau akaun Emas.
Jenis Pelindungan Yang Ditawarkan
-Perlindungan Hayat
-Perlindungan Penyakit Kritikal
Pelan perlindungan yang diperkenalkan merupakan salah satu inisiatif untuk memastikan kesejahteraan ahli terjamin sekiranya berdepan tempoh sukar mahupun kejadian yang tidak diingini pada masa akan datang.
Para pencarum yang berminat, boleh melakukan pembelian secara atas talian dengan menggunakan i-Akaun pada bila-bila masa tanpa memerlukan pemeriksaan kesihatan.
Manakala meninjau maklum balas Kerajaan tentang ini, nyata menyambut baik sepertimana yang dilaporkan di Astro Awani.
Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, menerusi inisiatif KWSP itu, rakyat Malaysia kini boleh mendapatkan pelan perlindungan premium dengan harga rendah demi kesejahteraan jangka panjang.
“Ini merupakan satu titik tolak yang penting bagi melindungi rakyat Malaysia serta keluarga masing-masing daripada risiko kematian, kehilangan upaya secara menyeluruh dan penyakit kronik.
“Pelan-pelan tersebut dapat menggantian pendapatan atau simpanan tambahan sekiranya ahli menghadapi sebarang musibah.
“Yang paling penting, perlindungan ini boleh diperolehi dengan sumbangan premium yang berjumlah hanya beberapa ringgit sebulan, menerusi syarikat-syarikat insurans serta pengendali takaful yang disediakan di atas platform KWSP,” katanya.
Jom saksikan selebriti berkongsi resipi dan momen memasak bersama keluarga tercinta pada 11-17 Julai ini setiap jam 2.30 petang hanya di FB keluargamagazine.