“Ada Kata Jangan Rapat Sangat, Tak Elok, Tak Manis. Ada Kata Saya Masih Nakkan Norman.” Dah 14 Tahun Berlalu, Abby Abadi Luah Rasa

Share

Abby Abadi menerusi laman Instagramnya meluahkan rasa sedih susulan keakrabannya bersama keluarga bekas suami, pelakon Norman Hakim sehingga kini masih menjadi persoalan di kalangan sesetengah netizen.

“Sambung lagi video raya pertama haritu dengan sedikit cerita supaya takde yang iri & berkata yang tidak-tidak ya. Dah 2022 dah ni, tolong ubah mentaliti.

“Dalam pada kami berbaik-baik, Allah izinkan raya bersama, berkongsi apa adanya, hidup aman damai penuh kasih sayang Lillahi Taala.

“Ada juga yang kata jangan rapat sangat, tak elok, tak manis, kenapa mesti nak raya sesama? Keluarga sendiri kan ada? Kenapa begitu kenapa begini.

“Banyak pulak persoalan ya? Baik pun dicari-cari pulak salah. Bila bergaduh? Suka? Tambah garam, tambah perisa supaya perang berpanjangan ya?,” tanya pelakon Gerak Khas itu.

Abby pada masa sama menjelaskan, mereka beraya bersama dengan keluarga masing-masing dan ia menjadi rutin setiap kali menyambut Syawal.

“Tahun sebelum ni ada artis persoalkan kenapa mesti nk raya dengan ex (bekas suami) bla… bla… Halluu! Tak nampak ke dengan anak-anak sekali dengan pasangan kami tu?

“Kami memang duduk berdekatan sangat. Bertahun-tahun dah mcm ni. Memang kemana-mana pun plan sesama sebab anak-anak ramai, bincang supaya semua dpt bersama. Apa yang jadi masalah sangat tu?

“Lebih tragis ada ramai yang komen kata saya masih nak kan Norman, aiyoooo! Dah 14 tahun berlalu, sudahlah tu.

“Mari sama-sama bersihkan hati. Doakan yang baik-baik untuk semua agar kita sentiasa hidup dalam redhaNya, doakan kita & kami dapat terus sebagai satu keluarga hingga ke Syurga FirdausiNya.

“Buat baik & berbaik-baik. Allah lah sebaik-baik penilai,” tulisnya lagi.

Sumber:abbyabadi_official


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club