Serai menjadi antara bahan masakan yang sering digunakan dalam masakan, jika dibeli dikedai runcit dalam seikat adalah 3-4 batang. Namun kebiasaannya untuk memasak kita gunakan banyak, jadi rugi pula jika sentiasa dibeli. Lebih baik ditanam, bila hendak masak boleh diambil mengikut kuantiti yang kita perlukan.
Memandangkan serai ini katanya mudah ditanam, jadi bolehlah anda cuba menanam sepokok dua. Pun begitu, tidak dinafikan ada juga yang berdepan dengan kegagalan menanam serai.
Maka banyaklah cara dan tips dikongsikan untuk membantu anda berjaya menanam serai dengan subur. Hal ini turut dikongsikan oleh saudara Izham Idris di group Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri, salam usahanya menanam serai paha ayam.
Ikuti perkongsiannya di sini.
Tanam Serai Paha Ayam
Di rumah ini, isteri selalu pesan saya beli serai tatkala saya beritahu saya akan ke kedai.
Jiran hadapan ada serai. Tapi serai biasa yang bukan pilihan isteri saya. Orang panggil serai kampung.
Ketika tinggal di Sabah, mudah untuk saya dapatkan stok serai paha ayam. Di sini nampaknya tak nampak lagi gerai yang jual.
Akhirnya saya ambil keputusan untuk beli benih serai paha ayam di Shopee.
Sebaik sampai, saya rendam semalaman dahulu dalam air. Isteri nampak. Muka berseri sambil tanya boleh tak guna untuk masak.
Saya terus melarang. Untuk buat benih, kata saya. Harga sebatang dekat RM1!
Isteri ketawa.
Sabar. Nanti 3 bulan baru boleh tuai serai sokmo.
Saiz serai paha ayam lebih besar berbanding saiz serai kampung. Walaupun ada kata bau berbeza, kata isteri serai paha ayam lebih senang nak masak. Tak perlu banyak. Jimat.
Saya ikut sahaja. Sebab yang memasak dia. Hoho.
Saya tanam pelbagai cara. Yelah, ada kata perlu 4 batang satu lubang. Ada kata perlu serong.
Ah, banyak sangat mazhab. Nah, setiap satu lubang tu saya tanam lain-lain. Biar kita tengok mana yang betul menjadi.
Cara 1 : Tanam menyerong
.
Cara 2 : Tanam menegak
Cara 3 : Tanam 45 darjah satu tiga batang dalam satu lubang
Cara 5 : Tanam empat penjuru dalam satu lubang
Melihat di ruangan komen, ramai juga yang memberi respon tentang cara tanam yang mereka praktikkan.
“Saya pakai mahzad ini tanam 45 darjah dan cara antara btang serai 2 hingga 3 inci,” kata Bee Soon Yean
“Saya pun dah tanam cara ni orang Pertanian bagi petua”, kongsi Zaiton Idrus yang menggunakan teknik tanam 45 darjah.
“Saya gali lubang, terus letak baja subur sikit letak serai dua tiga batang,kambus…. Tunggu siram je,” Kongsi Tamara Azueka
“Tanam macam mana pun hidup. Serai senang hidup kalau hujan lagi cepat hidup,” tulis Siti Aminah pula.
“Jiran saya tanam serong macam ni..hidup subur-subur gemok-gemok serai peha ayam,”jelas Ana J Sen King
Sumber : Izham Alias
ARTIKEL MENARIK: Rupanya Banyak Perkara Boleh ‘Settle’ Bila Ada 2 Rumah. Perunding Kewangan Ni Listkan, Rugi Tak Buat!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual untuk anda merasai seperti berada di Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands dan beberapa lagi tempat menarik di Genting Highlands!
Bila anda join event ini, anda juga layak menerima 2 tiket Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands secara PERCUMA untuk anda sekeluarga.
Bukan itu sahaja malah banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama-sama sepanjang program ini. Jadi jangan tunggu lagi, tempat terhad! Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club